omniture

Upsolar, Koine dan CW laksana Sistem Tempat Ujian PV Terapung di Singapura

Upsolar Global Co., Ltd.
2016-11-28 12:00 442

SHANGHAI, 28 November 2016 /PRNewswire/ -- Upsolar (Singapore) Pte. Ltd., subsidiari Upsolar, yang merupakan pembekal utama modul dan perkhidmatan PV solar, Koine iaitu sebuah syarikat reka bentuk yang mengkhusus dalam teknologi apungan, dan CW, rakan kongsi pemasangan tempatan Upsolar, baru-baru ini telah membuat satu sistem apungan PV di Empangan Tengeh di Singapura. Sistem ini merupakan sebahagian projek usahasama yang diseliakan oleh Solar Energy Research Institute of Singapore (SERIS) dan diketuai oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB) dan PUB, Agensi Air Kebangsaan Singapura, sebagai sebahagian inisiatif hijau Singapura untuk menilai daya maju penggunaan sistem apungan PV.

Upsolar merupakan salah satu daripada lapan syarikat lain yang terpilih untuk memasang panel solarnya yang dijangka akan menghasilkan hampir 100kW elektrik apabila disambung kepada grid negara. Dikuasakan oleh UP-M320P Upsolar yang mempunyai salah satu output tertinggi dalam rangkaian produk mereka, sistem ini membolehkan purata 20 isi rumah berfungsi sepenuhnya dengan tenaga hijau. Panel-panel ini diangkat di atas struktur terapung yang direka oleh Koine Multimedia, dan pemasangan itu dijalankan oleh CW Group pada bulan Oktober 2016.

Projek usahasama ini akan menyediakan pandangan bernilai dari segi kos, faedah dan cabaran sistem apungan PV yang mana SERIS akan menganalisis sistem solar PV, dan PUB pula akan mengkaji kesan-kesannya ke atas keadaan air di persekitaran.

"Upsolar bangga dan teruja dapat menjadi sebahagian projek yang boleh membuka peluang baharu untuk PV terapung," kata Roy Li, Pengarah Urusan Rantau APAC di Upsolar Group. "Kekangan tanah di Singapura merupakan cabaran yang besar untuk pemasangan fotovolta solar, tetapi kami yakin PV terapung boleh menjadi satu penyelesaian dan kami sangat gembira dapat melibatkan diri dalam projek yang akan datang."

Latar Belakang Upsolar

Upsolar ialah pembangun dan pengeluar utama antarabangsa modul PV yang berkualiti tinggi pada harga yang berdaya saing, memastikan pelaburan jangka panjang yang selamat untuk pelanggan kami di seluruh dunia. Dengan menggunakan model perniagaan tanpa kilang, beraset ringan, dan komponen modul berkualiti tinggi, Upsolar berupaya untuk sentiasa mendahului lekuk permintaan dan menawarkan teknologi PV yang inovatif, tercipta untuk memenuhi pelbagai prestasi dan keperluan estetik pelanggan. Untuk maklumat lanjut sila lawati www.upsolar.com.

Ikuti kami di media sosial:

LinkedIn: linkedin.com/company/upsolar-group 
Facebook: facebook.com/Upsolar  
Twitter: twitter.com/upsolargroup 
YouTube: youtube.com/user/upsolargroup

Source: Upsolar Global Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Oil/Energy Utilities New products/services