omniture

Capella Hotel Group Teruskan Peluasan di Asia Dengan Tempat Percutian Mewah Berkhemah: Capella Ubud, Bali

Dibuka pada Musim Luruh 2017
Capella Hotel Group Asia
2016-11-28 21:41 1052

SINGAPURA, 28 November 2016 /PRNewswire/ -- Capella Hotel Group Asia telah dilantik oleh PT Awahita Indonesia untuk menjadi pengendali pusat peranginan ultra mewah di Ubud, Bali. Sebagai sebuah tempat penginapan tersembunyi yang terletak dalam kawasan hutan tebal, Capella Ubud akan menakrifkan semula landskap hospitaliti menerusi 22 khemah mewah yang direka oleh arkitek terkenal Bill Bensley. Terletak di sepanjang Sungai Wos yang suci, iaitu sungai yang menjadi lokasi perhimpunan penduduk Bali untuk mengadakan perarakan perayaan, pusat peranginan ini dapat memberikan kefahaman menarik tentang gaya hidup tradisional mereka.

Capella Ubud – lukisan cat air tempat percutian mewah berkhemah
Capella Ubud – lukisan cat air tempat percutian mewah berkhemah
Capella Ubud – pandangan dari seberang lembah pada waktu subuh
Capella Ubud – pandangan dari seberang lembah pada waktu subuh

"Pengalaman Capella sensitif terhadap budaya dan sejarah tempatan. Diinspirasikan oleh peneroka Eropah awal dari tahun 1800-an, Capella Ubud memberi peluang kepada tetamu arif kami untuk mengalami semula semangat pengembaraan sambil menikmati alam semula jadi Bali dalam keselesaan mewah," kata En. Nicholas M. Clayton, Ketua Pegawai Eksekutif Capella Hotel Group Asia. "Dalam tempoh 18 bulan akan datang, kami akan memperkenalkan tiga projek penting Capella untuk Asia, bermula dengan Shanghai pada Musim Bunga 2017, Ubud pada Musim Luruh 2017 diikuti dengan Bangkok pada Musim Bunga 2018. Setiap hotel Capella akan memaparkan aneka warisan setiap destinasi, membawakan pengalaman sebenar yang diharapkan oleh tetamu kami."

"Menerusi bakat kreatif Bill Bensley dan kepakaran Capella Hotel Group Asia, kami yakin Capella Ubud bakal membangkitkan imaginasi setiap individu yang mahu menyertai budaya ini sepenuhnya. Kolaborasi strategik ini adalah bukti komitmen kami dalam memulihara keindahan alam semula jadi Ubud, di samping menonjolkan warisan penting dalam cara hidup penduduk Bali," menurut En. Suwito Gunawan, Presiden Pengarah PT Awahito Indonesia.

Dikelilingi oleh sawah padi, Capella Ubud menyediakan 22 khemah ultra mewah yang turut membawakan kolam terjun individu yang dilatari oleh kawasan hutan tebal. Kemudahan lain yang disediakan termasuk Perpustakaan Capella yang terkenal, kolam tangki berkanopi, gimnasium berkhemah, tempat memanggang Robatayaki, ruang makan di taman yang istimewa serta Auriga Spa yang pernah memenangi anugerah selain tempat percutian kesihatan.

Pembantu Peribadi Capella sentiasa bersedia untuk memenuhi citarasa setiap tetamu, bermula ketika membuat pendaftaran sehingga mendaftar keluar. Untuk memilih pengembaraan Bali yang sempurna, Pembantu Peribadi Capella dapat membantu menyediakan program yang ditempah terlebih dahulu yang aktif atau santai mengikut kehendak individu. Terletak berhampiran dengan Kawasan Perlindungan Hutan Sacred Monkey dan Pasar Seni Tradisional Ubud, tetamu berpeluang menikmati budaya mereka dengan berjalan kaki di sekitar sawah padi atau mengalami protokol kesihatan yang terdapat dalam pusat peranginan tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang Capella Ubud, sila hubungi joleena.seah@capellahotelgroup.com.

Latar Belakang Capella Hotel Group:

Capella Hotel Group, beribu pejabat di Atlanta, Georgia, AS dengan beberapa buah pejabat di Asia dan Eropah, menawarkan perkhidmatan pengurusan hospitaliti untuk seluruh dunia menerusi empat model operasi yang berbeza: Capella Hotels and Resorts, sebuah konsep untuk hotel, tempat peranginan dan kediaman yang serba mewah, direka untuk pelancong yang amat teliti serta menawarkan perhatian peribadi menerusi lokasi-lokasinya di Dusseldorf, Singapura, Ixtapa, dan juga Saint Lucia selain beberapa buah hotel yang bakal dibangunkan di Orlando, Bangkok, Todos Santos, Shanghai dan Bali.

Solís Hotels and Resorts ialah himpunan tempat peranginan, hotel dan kediaman yang eksklusif, direka untuk pelancong dan perancang perjumpaan yang inginkan persekitaran dengan pelbagai pilihan global terhadap keselesaan gaya kosmopolitan, hidangan yang menyelerakan, spa bertaraf dunia yang terletak di Donegal, Ireland dan Nanjing, China berserta hotel-hotel yang bakal dibangunkan di Bali, Atlanta, Guangzhou, Suzhou serta Orlando.

Independent Hotels and Resorts ialah hartanah tersendiri yang memanfaatkan kepakaran pengurusan dan budaya perkhidmatan Capella Hotel Group. Ia terletak di New Zealand, Bali dan Amerika Syarikat, selain hotel-hotel yang bakal dibangunkan di Mexico, China dan juga Eropah.

Auriga ialah konsep spa kesihatan dan kesejahteraan bertaraf dunia, diinspirasikan oleh kitaran fasa bulan. Setiap rawatan khusus Auriga disediakan dengan teliti dengan mengambil kira kesan kitaran fasa bulan yang berbeza terhadap kesejahteraan fizikal dan emosi kita.

Ketahui lebih lanjut di www.capellahotelgroup.com.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA:

Capella Hotel Group Asia
Joleena Seah
Pengarah, Pemasaran & Telekomunikasi
No. Telefon: +65 6887 9835
E-mel: joleena.seah@capellahotelgroup.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161116/8521607504-a   
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161116/8521607504-b  
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161116/8521607504LOGO  

Source: Capella Hotel Group Asia
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services