omniture

Aplikasi Kesetiaan Canggih Sedia Perhebat Pedagang Runcit Kecil Hasil Kerjasama AEVI dan Welcome Real Time

WRT, Collinson Group
2016-11-29 10:00 354

AIX EN PROVENCE, Perancis, 29 November 2016 /PRNewswire/ -- AEVI dan Welcome Real Time, sebuah Syarikat Collinson Group, hari ini mengumumkan jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak bagi menawarkan penyelesaian aplikasi kesetiaan baharu untuk Pasaran Global AEVI. At Store mPOS, iaitu aplikasi ganjaran masa sebenar, kini tersedia untuk bank dan pembeli dagangan untuk ditawarkan kepada pedagang kecil-kecilan. Perkhidmatan tambahan ini akan membolehkan pedagang runcit menawarkan ganjaran kesetiaan ditempah khas untuk pelanggan mereka, dan dengan berbuat demikian boleh mendapatkan semula kelebihan daya saing terhadap jenama-jenama yang lebih besar dan lebih mantap.

Logo http://photos.prnewswire.com/prnh/20151026/280732LOGO

Welcome Real Time akan memperluas penyediaan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan bernilai tambah serta berkualiti tinggi yang disediakan melalui Pasaran Global AEVI, gedung aplikasi berlabel putih, perniagaan-kepada-perniagaan yang membolehkan pihak bank serta pembeli menawarkan penyelesaian perniagaan yang lengkap kepada pedagang menerusi pelbagai peranti mPOS pintar didayakan oleh AEVI.

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan AEVI. At Store mPOS sangat bersesuaian dengan Pasaran AEVI sebagai aplikasi utama kesetiaan dengan bayaran bersepadu masa sebenar," kata Pierre Boces, Ketua Bahagian Pemasaran Produk dan Khidmat Runding untuk Welcome Real Time. "Dengan adanya At Store mPOS untuk AEVI, Welcome Real Time terus berusaha untuk menjadikan kesetiaan sebagai keutamaan dalam setiap interaksi bayaran."

Dengan menawarkan penyelesaian yang diperhebat, disesuaikan sepenuhnya dan berciri kesetiaan, At Store mPOS membolehkan pedagang lebih mengawal inisiatif pemasaran mereka, menjejaki perbelanjaan pelanggan dan menyediakan ganjaran masa sebenar untuk pelanggan mereka, khusus mengikut tabiat perbelanjaan mereka. Pelanggan diberi ganjaran dengan sempurna di titik jualan, tanpa memerlukan kad tambahan yang tidak penting.

"Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Welcome Real Time dan amat teruja mengalu-alukan mereka sebagai rakan penting untuk Pasaran Global kami," kata Mike Camerling, Ketua Pegawai Produk di AEVI. "Seringkali pedagang kecil-kecilan tidak mempunyai sumber untuk bersaing dengan skim kesetiaan daripada jenama hebat, namun menerusi At Store mPOS, pelanggan kami berpeluang menyediakan penyelesaian kesetiaan yang ringkas dan disuai khusus kepada pedagang runcit demi meningkatkan pilihan dan keanjalan."

Source: WRT, Collinson Group
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Internet Technology Retail