omniture

Negara-negara Ekonomi Asia Perlu Lebih Fokus terhadap Bakat Tempatan, menurut Kajian IMD

IMD International
2016-11-29 15:00 492

SINGAPURA, 29 November 2016 /PRNewswire/ --

Asia menghadapi risiko kehilangan daya saingnya di persada dunia sekiranya ia terus mengabaikan pembangunan bakatnya, menurut satu kajian baharu yang utama.

Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161124/442730-INFO

Buat tahun kedua berturut-turut, rantau ini hanya mempunyai satu wakil dalam senarai 10 Penarafan Bakat Dunia terbaik, yang dikeluarkan oleh sekolah perniagaan global yang terkemuka, IMD.

Laporan tahunan itu menilai sejauh mana 61 negara membangun, menarik dan mengekalkan kumpulan bakat yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan bagi memaksimumkan prestasi mereka.

Daripada 61 negara, Hong Kong menduduki tempat ke-10 bagi penarafan tahun ini, mendapat dua kedudukan sejak tahun 2015, namun setiap negara ekonomi Asia yang lain gagal mencapai kedudukan sejak 12 bulan lalu.

Singapura – satu-satunya negara yang tersenarai antara 10 negara terbaik tahun lalu – jatuh lima anak tangga dan berada di kedudukan ke-15, Malaysia daripada tempat ke-15 jatuh kepada kedudukan ke-19, Taiwan daripada tempat ke-23 jatuh kepada kedudukan ke-24 dan Thailand daripada tempat ke-34 jatuh kepada kedudukan ke-37.

Walaupun masih kekal sebagai salah satu negara ekonomi paling hebat di dunia, tanah besar China berada pada kedudukan ke-43 – jatuh tiga anak tangga – manakala Indonesia jauh ketinggalan di kedudukan belakang.

Profesor Arturo Bris, Pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD yang menerbitkan laporan itu, mengenal pasti bahawa kekurangan pelaburan dalam bakat tempatan merupakan faktor kegagalan utama.

Beliau berkata: "Tidak dinafikan bahawa banyak negara Asia, Singapura boleh dikatakan yang paling hebat antara semua, kekal menjadi antara penarik bakat dari luar negara yang terbaik."

"Tidak dinafikan juga mereka mampu meningkatkan daya saing keseluruhan hasil daripada pengetahuan dan pengalaman yang dibawa oleh bakat asing ini."

"Namun, ini tidak mencukupi untuk mengimbangi masalah kekurangan pembangunan bakat tempatan, khususnya berkaitan dengan kekurangan pelaburan sektor awam dalam bidang pendidikan."

"Faktor ini dan isu-isu berkaitan menandakan negara-negara Asia menunjukkan prestasi yang lemah terhadap beberapa dimensi paling penting yang biasa kami gunakan untuk menilai daya saing keseluruhan sesebuah negara ekonomi itu."

Penarafan dibahagikan mengikut prestasi kepada tiga kategori – pelaburan/pembangunan, rayuan dan kesediaan – yang disusun berdasarkan pelbagai faktor. Ini termasuk pendidikan, perantisan, latihan pekerja, motivasi pekerja, kemahiran berbahasa, kos sara hidup, kualiti kehidupan, gaji, kadar cukai dan penghijrahan cendekiawan.

Switzerland, Denmark, Belgium, Sweden, Belanda, Finland, Norway, Austria, Luxembourg dan Hong Kong – mendahului Jerman – tersenarai sebagai 10 terbaik bagi tahun 2016.

Profesor Bris berkata Singapura terkeluar daripada senarai elit sejak setahun lalu berpunca terutamanya oleh kegagalan negara itu melabur secukupnya dalam pendidikan rendah dan menengah.

Menjelaskan tentang kedudukan lemah China yang berterusan, beliau menambah: "Walaupun terdapatnya peluang perniagaan yang semakin bertambah, China masih bukan penarik utama dari segi bakat asing berbanding negara-negara yang memiliki bakat berdaya saing."

A full breakdown of the IMD World Talent Report 2016 is available at:

Pecahan lengkap Laporan Bakat Dunia IMD 2016 disediakan di:
http://www.imd.org/uupload/IMD.WebSite/Wcc/NewTalentReport/Talent_2016_web.pdf

Latar Belakang IMD
Pusat Daya Saing Dunia IMD ialah sebahagian daripada sekolah perniagaan IMD dan turut menerbitkan Buku Tahunan Daya Saing Dunia. Buku Tahunan Daya Saing Dunia IMD telah diterbitkan sejak tahun 1989 dan diperakui secara meluas sebagai laporan tahunan utama tentang daya saing negara-negara.

HUBUNGI:
Matthew Mortellaro, +41-21-618-0352, matthew.mortellaro@imd.org 

Singapura 
Lynette Wong, +65-9027-7015 lynette.wong@mslgroup.com

Sumber: IMD International

Source: IMD International
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research