omniture

Rekod Dunia Baharu untuk Perisian Pengecaman Cap Jari

Hampir satu bilion padanan setiap satu saat dengan AFIS DERMALOG berkelajuan tinggi
DERMALOG Identification Systems GmbH
2016-11-29 18:00 586

CANNES, Perancis, 29 November 2016 /PRNewswire/ -- Pembekal terbesar biometrik Jerman memperkenalkan Sistem Pengenalan Cap Jari Berautomat terpantas di dunia – AFIS DERMALOG. Sebagaimana yang telah disahkan oleh badan pengujian terkenal iaitu SGS-TÜV Saar, perisian ini membolehkan pemprosesan satu bilion padanan dalam satu saat. Meskipun laju, sistem ini sangat boleh dipercayai. DERMALOG akan mempersembahkan inovasi biometriknya yang terkini dari 29 November sehingga 1 Disember di TRUSTECH 2016 di reruai RIVIERA L020, Cannes.

Cannes, 29.11.2016 Sistem Pengenalan DERMALOG memperkenalkan generasi terbaru AFIS. Selepas beberapa tahun kajian dilaksanakan, para pembangun dan jurutera sistem akhirnya berjaya dalam menyempurnakan sistem pengecaman cap jari mereka. Rekod dunia untuk pemadanan cap jari setakat ini ialah 914,959,533 dalam satu saat mengikut standard pelayan bilah.

Pengasas dan pengarah urusan DERMALOG, Günther Mull: "Oleh kerana kelajuan pemadanan cap jari kian meningkat, mengekalkan ketepatan menjadi satu cabaran. Walau bagaimanapun, kualiti AFIS tetap sama. Pakar-pakar dari SGS-TÜV Saar telah mengesahkan bahawa kualiti AFIS kami ini merupakan yang terunggul dari segi pengekodan dan pemadanan."

AFIS merupakan salah satu produk utama DERMALOG. Cerita kejayaannya agak bersejarah. Rio de Janeiro telah menangani isu identiti duplikasi atau palsu dengan menggunakan satu penyelesaian DERMALOG selama lebih daripada 15 tahun. AFIS telah memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan rangkaian di antara pihak-pihak berkuasa. AFIS untuk Rio juga merupakan AFIS yang pertama di Brazil yang digunakan untuk pengenalan sivil dan jenayah.

Sebagai sebuah penyedia pelbagai biometrik, DERMALOG berupaya menyambung sistem pencapjarian AFIS kepada parameter biometrik yang lain.  Contohnya, pengecaman anak mata dan muka boleh digunakan untuk pengenalan pelbagai modal. Günther Mull: "Kami adalah pembangun, pengeluar dan penyepadu sistem, semua dalam satu. DERMALOG ialah peneraju inovasi biometrik dan produk kami diperbuat di Jerman. Kami merupakan lambang kepada ketinggian keperluan keselamatan dan operasi intuitif"

Maklumat selanjutnya tentang produk dan penyelesaian biometrik inovatif daripada DERMALOG boleh didapati di http://www.dermalog.com.

Hubungan Akhbar:
DERMALOG Identification Systems GmbH

Hubungan Akhbar
Jan Runzheimer

Mittelweg 120
20148 Hamburg
Germany
Tel: +49(40)413227-0
Fax: +49(40)413227-89
Emel: info@dermalog.com

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161122/442112 
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161122/442113

Source: DERMALOG Identification Systems GmbH
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Awards