omniture

Kecapi Impian Bersama - THOMAS SABO Persembahkan Koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2017

THOMAS SABO GmbH & Co.KG
2016-12-01 04:11 351

LAUF AN DER PEGNITZ, Jerman, 1 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Rekaan gaya Afrika, warna-warna hebat dan corak bunga – Koleksi Sterling Silver THOMAS SABO baharu memberikan suatu impak sebenar menerusi perhatian kepada perincian yang tersendiri dan mesej penuh perasaan. Dirangkumkan dalam sebuah kempen yang penuh emosi, setiap barangan kemas ialah simbol impian yang dikecapi, pengalaman yang dicipta bersama dan perasaan saling menghormati.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161128/443346 )

Musim Bunga/Musim Panas 2017 mengarak ketibaan warna, corak dan bentuk gaya Afrika ke dalam hasil seni ciptaan THOMAS SABO. Loket, anting-anting, rantai leher dan cincin daripada koleksi gaya Afrika ini memperlihatkan kemahiran seni grafik yang mantap, hasil daripada teknik lapisan mereka yang inovatif. Elemen rekaan hasil inspirasi kumpulan etnik seperti kepala lembing dan corak anyaman selain bahan-bahan yang digunakan menghasilkan kontras antara terang dan gelap yang benar-benar mengujakan. Selain elemen ini, koleksi wanita juga mempersembahkan motif bunga bertebuk dengan permukaan berlian putih serta reka bentuk mozek maritim. Menerusi gaya Rock 'n' Roll, interpretasi gaya feminin terhadap motif tengkorak yang memukau, Diamond Bars baharu pula menjadi sumber kekuatan rekaan minimalis.

Gelang Kuasa THOMAS SABO dengan Manik XXL diperbuat daripada batu mata harimau, jasper dan obsidian atau lapis lazuli untuk lelaki serta wanita memberikan koleksi ini tenaga yang mengagumkan. Semua rantai tangan ini merupakan satu pernyataan yang kukuh dengan reka bentuk yang amat menarik dan serlahan elemen yang ikonik.

Rangkaian Good Karma! The Karma – sebahagian daripada Koleksi Jam Tangan – kini menyediakan rekaan untuk golongan lelaki buat pertama kalinya. Tali jam kulit gaya vintaj dan jarum jam guilloche memegang muka jam tangan Rebel with Karma berbentuk bundar agar menjadi tumpuan.

Imej: http://images.thomassabo.com/www/2/2016/11/THOMAS-SABO_SS17_IMAGES.zip

Latar Belakang THOMAS SABO
THOMAS SABO merupakan salah satu syarikat peneraju global barangan kemas, jam tangan dan kecantikan, yang mereka, menjual dan mengedarkan produk gaya hidup wanita dan lelaki. Syarikat ini mengendalikan hampir 300 kedainya sendiri merentasi lima benua dan berkolaborasi di peringkat global bersama kira-kira 2,800 rakan kongsi dagangan.

Maklumat perhubungan media
Felizia Kindermann | Ketua Perhubungan Awam Antarabangsa & Korporat
No. Telefon: +49-912397150-0
E-mel: press@thomassabo.com

Sumber: THOMAS SABO GmbH & Co.KG

Source: THOMAS SABO GmbH & Co.KG
Keywords: Fashion Jewelry Mining/Metals Precious Metals Retail