SHENZHEN, China, 1 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Sebagai perintis dan pameran perdagangan hadiah dan barangan rumah paling mantap di China, Pameran Hadiah, Kraf tangan, Jam & Barangan Rumah Antarabangsa (Shenzhen) China (Hadiah & Rumah China) ditubuhkan pada tahun 1993. Ia merupakan pameran perdagangan profesional selama 4 hari dengan pelbagai seminar dan aktiviti pertemuan industri. Edisi yang akan datang akan diadakan dari 25- 28 April 2017, di Shenzhen. Menjadi pempamer di pameran ini ialah salah satu pilihan terbaik bagi syarikat asing untuk bertemu rakan perniagaan dan pembeli yang sesuai di China. Acara ini dianjurkan oleh Reed Huabo.
Statistik:
Barang Pameran:
Hadiah & Barangan Premium, Barangan Rumah, Barang Harga Promosi, Seni & Kraf, Hiasan Rumah, Tekstil Rumah, Kristal & Barangan Kaca, Produk Kertas & Pembungkusan, Bekas, Beg & Produk Kulit, Produk Kecantikan & Kesihatan, Alat Tulis, Produk Sukan & Aktiviti Masa Lapang, Aksesori Barang Kemas & Fesyen, Makanan
Profil Pembeli:
Syarikat Iklan & Hadiah, Ejen & Pengedar, Pengilang, Pemborong, Pengimport, Hotel & Hartanah, Bank, Insurans & syarikat sekuriti, Syarikat Telekomunikasi, Syarikat Automobil & Penerbangan, Syarikat Pakaian, Pemilik Kedai & Peruncit, Pasar Raya & Kedai Rantaian, Pejabat Pembelian, Peniaga E-commerce, dsb.
Perkhidmatan yang disediakan:
Pameran ini menawarkan platform terbaik untuk pempamer bertemu pelanggan baru dan mendapatkan pembeli yang sesuai. Ramai pembeli hanya memilih untuk menghadiri pameran ini. Hasilnya, ramai pempamer menerima banyak tempahan dan mengubah syarikat mereka. Pameran ini merupakan tempat terbaik bagi pempamer yang mahu mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Setakat ini, pempamer dari Iran, Thailand, Korea Selatan, Jepun, Malaysia, Australia, Belanda, Jerman, Amerika Syarikat, India, Pakistan, Nepal, Hong Kong dan Taiwan telah menyertai pameran itu. Astaka kumpulan yang dianjurkan oleh GSBC, Kotra, KOHAND Korea Selatan dan DITP dari Thailand memperoleh maklum balas positif di pameran.
Pameran ini akan menyambut ulang tahunnya yang ke-25 pada tahun 2017. Penganjur akan mengadakan satu siri aktiviti promosi untuk memadankan pempamer dan pembeli.
Jadi, tunggu apa lagi, bertindak sekarang dan sertai pameran ini.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati kami di: www.chinagiftsfair.com
Hubungan Pameran & Hubungan Media:
Lisa Li
Tel: +86-755-3398-9311
E-mel: lisa.li@reedhuabo.com