HONG KONG, 1 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Sambutan Krismas Putih yang luar biasa telah tiba di Times Square di Hong Kong dan penggemar keseronokan dihidangkan dengan pengalaman musim sejuk yang unik di Kamar Salji yang ajaib.
Direka bentuk dengan begitu indah oleh sekumpulan pakar dari Perancis yang membawa keajaiban salji Krismas mereka buat pertama kali ke Asia, pengunjung ke pameran di Times Square boleh membina orang salji, bermain dengan bola salji, menaiki kereta luncur, malahan dapat merasa pengalaman ski. Satu pertunjukan audiovisual yang luar biasa juga dijanjikan, sementara himpunan lagu kegemaran untuk perayaan Krismas akan menyediakan suasana untuk pertunjukan cahaya yang memukau di tempat istimewa ini. Cuaca Hong Kong mungkin panas sedikit tetapi kasut salji akan disediakan untuk penggemar keseronokan yang mahu menikmati suasana musim sejuk asli di dalam Kamar Salji beratmosfera tanpa perlu risau tentang peralatan mereka.
Kamar Salji di Krismas Putih Times Square akan berlangsung dari 24 November 2016 sehingga 1 Januari 2017.
Latar Belakang Times Square
Terletak di Causeway Bay, daerah yang paling bertenaga di Hong Kong, Times Square merupakan salah satu tempat paling popular untuk pelancong, tempat kegemaran untuk membeli-belah dan menjamu selera di rantau itu, dan pasar raya besar yang paling meriah di bandar dengan kehadiran lebih 150 ribu pelawat setiap hari.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161128/8521607736-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161128/8521607736-b