omniture

Pelantar Gerudi Berputar Siri C10 SANY Baru Dilancar Peroleh Tempahan USD15 Juta

SANY
2016-12-01 04:58 600

BEIJING, 1 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Pada 20 November, SANY Heavy Machinery, sebahagian daripada SANY Heavy Industry, memperkenalkan pelantar penggerudian berputar siri C10 di seluruh dunia dan 16 unit yang bernilai 15 juta USD telahpun ditempah semasa majlis pelancaran unit itu di Taman Perindustrian Nankou, SANY di Beijing.

Pada 20 November, SANY Heavy Machinery melancarkan pelantar penggerudian berputar siri C10, disediakan dengan pelbagai pilihan kapasiti pengendalian.
Pada 20 November, SANY Heavy Machinery melancarkan pelantar penggerudian berputar siri C10, disediakan dengan pelbagai pilihan kapasiti pengendalian.

Pelantar penggerudian berputar siri C10 SANY disediakan dengan pelbagai pilihan kapasiti pengendalian, termasuk model pelantar bersaiz kecil dan sederhana SR155C10, SR205C10, SR235C10, 265C10 untuk kerja pembinaan awam, SR285RC10, SR360RC10 dan pelantar penggerudian berputar untuk menggerudi batu SR365RC10, pelantar penggerudian berputar bersaiz besar SR405RC10 selain pelantar penggerudian berputar pusingan penuh SR235W10 dan SR285RW10.

Prestasi pelantar penggerudian berputar siri C10 ditingkatkan dan diubah suai dengan diameter cerucuk yang diperbesar, kedalaman cerucuk yang ditambah, kuasa enjin yang lebih hebat dan garis kelajuan win utama yang lebih pantas. Pemanduan berputar generasi kelima dengan kawalan berbilang gear turut digunakan demi meningkatkan tahap kecekapan penggerudian. Reka bentuk baharu win utama, penggunaan bahan api yang rendah dan enjin mesra alam daripada Isuzu atau Cummins, selain casis unik yang direka khas, kesemuanya menyumbang kepada pengendalian yang cekap dan stabil.

Di samping itu, ruang pemandu yang luas dengan bumbung berpanorama direka untuk memberikan persekitaran yang lebih selesa dan jarak penglihatan yang lebih luas kepada pengendali. Kekuatan tinggi bar Kelly SANY dan sistem pelinciran pusat automatik memastikan hayat perkhidmatan jentera penggerudian yang lebih lama.

"Kami tidak akan berhenti berusaha untuk mencipta nilai untuk pelanggan, mengusahakan inovasi berteknologi seperti biasa, menyediakan jentera menanam cerucuk yang menjimatkan kos, dan perkhidmatan selepas jualan yang paling komprehensif untuk anda semua," kata En. Xiong Yiqun, pengurus besar SANY Heavy Machinery cawangan Beijing.

Majlis pelancaran unit siri C10 itu juga merupakan sebahagian daripada Sidang Kemuncak Peniaga Global Pertama SANY, yang diadakan pada 20-21 November, demi mendorong perkembangan antarabangsa syarikat dari segi jalinan kerjasama dengan peniaga serta rakan kongsi di seluruh dunia.

Peniaga yang menghadiri majlis pelancaran itu kagum dengan siri C10 yang baru dilancarkan. Sebagai salah satu rakan kongsi utama SANY di luar negara, RTC Company turut bersama mencipta bar penggerudian khas untuk kerja-kerja asas bangunan di bahagian utara Rusia, yang membolehkan pelantar penggerudian berputar yang dioptimumkan memulakan proses dan beroperasi dengan cekap walaupun pada suhu negatif 50 darjah Celsius di kawasan Artik, dan juga boleh beroperasi selama 24 jam tanpa mengalami sebarang masalah teknikal. Menerusi jaringan perkhidmatan luas SANY juga, pelanggan dapat memanfaatkan sokongan bahagian teknikal dan alat ganti yang spontan.

Latar Belakang SANY Group

SANY Group (SANY), dengan ibu pejabat global yang terletak di China, ialah pengeluar jentera berat utama dunia yang memiliki kilang di AS, Jerman, Brazil dan India. Segmen perniagaan syarikat ini meliputi lebih 100 negara dan rantau di serata dunia. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat paling inovatif dan berjaya di dunia, manakala jentera konkritnya meraih kedudukan No. 1 pada peringkat global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sanyglobal.com, atau ikuti SANY Group melalui Facebook dan YouTube.

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Rebecca Zhou
+86-10-6073-7480
zhouyy5@sanygroup.cn

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161129/0861612854

Source: SANY
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Maritime/Shipbuilding Transportation New products/services