SHENZHEN, China, 1 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar telefon pintar utama, Vivo, secara rasminya melancarkan telefon pintar baharu syarikat itu, Vivo V5, model baharu siri V dan merupakan produk pertama setelah slogan syarikat ditukar menjadi "Kamera & Muzik".
"Pelancaran V5 menandakan pengenalan slogan baharu kami," kata Alex Feng, Naib Presiden Global Vivo, dalam sidang akhbar itu. "Slogan baharu kami memperlihatkan hala tuju terkini Vivo dalam usaha untuk terus membawakan produk baharu dan kejutan buat pengguna kami dengan memperkenalkan pengalaman pengguna yang terkumpul."
"Fotografi dan muzik telah menjadi dua cara paling penting untuk orang ramai menikmati kehidupan dan mengekspresikan diri mereka. V5 yang mempunyai kamera cahaya lembut yang diperbaharui dan teknologi Hi-Fi canggih memperlihatkan fokus baharu kami dalam usaha memenuhi semua kehendak ini, dan meneroka hubungan lebih mendalam antara muzik dan kehidupan sebenar," jelas Feng.
Menampilkan bingkai yang begitu tirus, dan pada masa yang sama dilengkapi dengan paparan 5.5-inci yang luas dengan Kaca Corning Gorilla 2.5D, V5 membawakan reka bentuk satu-struktur muat-pada-tangan yang muat dalam satu tangan dengan selesa dan sungguh ideal untuk pengendalian menggunakan sebelah tangan.
Dibangunkan bersama SONY, edisi V5 Vivo menampilkan kamera hadapan 20MP, lampu sorot swafoto dan perisian perindahan sofistikated. Ia juga mempunyai sensor penting IMX376 khusus untuk V5 yang memberikan pengalaman fotografi yang tiada tandingan.
Dengan sensor imej yang begitu besar iaitu seluas 1/2.78 inci, IMX376 setanding dengan kamera digital dari segi kualiti imej dalam keadaan rendah cahaya. Resolusi 20MP dengan apertur f/2.0 besar dan kanta 5P membolehkan penghasilan syot potret yang mengagumkan.
V5 turut memperkenalkan ciri Swafoto Cahaya-lembut yang akan mengesan cahaya persekitaran dan dihidupkan secara automatik apabila diperlukan bagi mewujudkan kesan cahaya dalam studio fotografi profesional.
Selain itu, menerusi Face Beauty 6.0, gambar swafoto yang sempurna boleh dihasilkan hanya dengan satu klik. V5 menjanjikan bukan sekadar gambar paling artistik, malah pengalaman fotografi yang hebat bagi mengekalkan detik-detik kehidupan yang berharga namun pantas berlalu.
Menerusi jalinan kerjasama dengan rakan strategik Vivo, AKM, pengeluar cip muzik terunggul di dunia, V5 memperkenalkan cip Hi-Fi baharu, AK4376, demi memberikan pengalaman muzik yang menyeronokkan dengan menghasilkan semula setiap butiran kecil dalam persembahan muzik, menjadikan bunyinya seperti persembahan secara langsung.
Ciri-ciri utama V5 yang lain termasuk:
Edisi V5 telah dilancarkan di India, Vietnam, Filipina, Malaysia, Indonesia, Myanmar serta Thailand dan bakal dijual tidak lama lagi.
Latar Belakang Vivo
Sebuah jenama telefon pintar global yang berjiwa muda dan bertenaga, fokus dalam memperkenalkan kualiti bunyi yang sempurna dan fotografi hebat berserta teknologi terkini, Vivo menghasilkan produk yang dinamik serta bergaya untuk mereka yang bersemangat. Syarikat ini tergolong antara 5 jenama telefon pintar terbaik di seluruh dunia, menurut laporan IDC Suku Ketiga 2016.