omniture

Syarikat Jepun Fidel Technologies KK Ambil Alih Syarikat Teknologi Baharu LinguaNext Perluas Portfolio Perkhidmatan & Penyelesaian Berbilang Bahasa

'LinguaSol', Entiti Baharu Akan Tawar Khidmat Bahasa Terurus Seluruh Asia
LinguaSol
2016-12-01 17:11 395

PUNE, India, 1 Discember 2016 /PRNewswire/ -- LinguaSol akan menawarkan teknologi Berpaten AS & khidmat terjemahan Fidel bersama-sama untuk mengalih bahasa (menterjemah) aplikasi web & mudah alih, portal web, laman sesawang dan produk-produk syarikat. Teknologi unik ini menterjemah laman sesawang atau aplikasi mudah alih tanpa mengubah penggunaan asalnya. Pengautomatan & AI membolehkan penyepaduan & penyampaian penyelesaian perisian tengah dibuat dengan lebih pantas menerusi aplikasi mudah alih mahupun laman sesawang.

'LinguaSol' merancang untuk memperkenalkan model perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) selain model lesen tradisional yang membolehkan pelanggan membayar apabila menggunakan perkhidmatan tersebut, dan ini memberikan cara berkesan kos untuk menyetempat dan merancang pemasaran perkhidmatan mereka. Menerusi model harga baharu ini, ia akan lebih memudahkan FMCG, E-dagang, SME dan syarikat-syarikat baharu untuk menyetempat laman sesawang & aplikasi ke dalam bahasa tempatan untuk mendekati pelanggan baharu. LinguaSol akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemilikan, pengurusan & penyelenggaraan terjemahan laman sesawang.

En. Sunil Kulkarni (Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif) LinguaSol menyatakan bahawa pengguna global lebih gemar untuk berurus niaga menggunakan bahasa tempatan mereka. Kami menyaksikan bahawa pengguna India baharu inginkan perkhidmatan yang sama, dan mujurlah teknologi membolehkan kami untuk melaksanakannya pada kadar yang lebih pantas & pada kos yang munasabah. Dalam situasi penyahwangan baru-baru ini, walaupun di kawasan luar bandar India, berlakunya dorongan untuk menggunakan teknologi dompet digital. Penyelesaian ini akan dapat disesuaikan lebih pantas, sekiranya perkhidmatan ini ditawarkan dalam bahasa serantau dengan menterjemah bukan sahaja pada senarai menu, malah katalog & kandungan. 

Selain model khidmat terurus baharu ini, kami ingin agar pelanggan kami mendapat pengalaman satu tingkap yang lancar & mengalih bahasa perniagaan mereka dalam tempoh paling singkat yang mungkin iaitu antara 2-4 minggu.

Kami menyokong inisiatif 'Dibuat di India' & rangkuman kewangan dengan menjadikan penyelesaian berasaskan teknologi tersedia dalam bahasa tempatan dengan mendekati agensi-agensi kerajaan dan bekerjasama erat dengan agensi-agensi ini.

Penyetempatan ialah sebuah industri bernilai $36 bilion di seluruh dunia dan syarikat-syarikat ingin mencapai taraf global. Pada masa yang sama, kaedah tradisional meningkatkan kos dan masa untuk menyediakannya dan menyukarkan perusahaan untuk melaksanakan konsep penyetempatan. Syarikat-syarikat terjemahan biasa yang hanya fokus terhadap satu perkhidmatan tidak dapat menangani keperluan terhadap data dinamik pada laman sesawang mahupun aplikasi mudah alih. Gabungan antara penyelesaian dan perkhidmatan ini akan memberi manfaat kepada pelanggan global memandangkan mereka mendapat akses terhadap penyelesaian unik ini dan juga perkhidmatannya.

LinguaNext diasaskan oleh En. Rajeevlochan Phadke pada tahun 2010. Teknologinya telah terbukti menerusi kejayaan pelaksanaanya di bank-bank dalam negara, portal gas My LPG, PSU minyak & gas. Rajeevlochan akan terus menerajui usaha kemajuan teknologi di LinguaSol.

http://www.linguasol.net

Latar Belakang Fidel Technologies: 

Fidel Technologies KK ialah sebuah firma Jepun (sejak tahun 2011) & bekerjasama dengan pelanggan global dalam bidang Teknologi Kewangan, Internet Komunikasi Benda (IoT) & Penyetempatan. Syarikat ini mempunyai portfolio yang terdiri daripada produk & perkhidmatan. Fidel menyediakan perkhidmatan penyetempatan sejak tahun 2008 dan bekerjasama dengan pelanggan termasuk jenama-jenama media sosial terbaik dan berjaya, serta syarikat-syarikat produk antaranya seperti IBM, Panasonic, Xiomi, SAP, Pearson.

Source: LinguaSol
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Contracts