omniture

Alami Teknologi Pertama myPORT berasaskan Telefon Pintar Canggih Asia

Aplikasi mudah alih myPORT inovatif beri penguna cara serba baharu untuk bergerak dalam bangunan premium, dengan lebih selamat, selesa dan bebas.
Jardine Schindler Group
2016-12-02 02:52 817

JAKARTA, Indonesia, 2 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Schindler, sebuah syarikat lif dan tangga bergerak utama bertaraf global, hari ini mengumumkan pemasangan aplikasi mudah alih myPORT yang termaju di MD Place, di Jakarta, Indonesia. Penaiktarafan lif bangunan dan sistem pengurusan transit kini menawarkan tahap navigasi bangunan bertaraf dunia kepada pengguna.

Teknologi myPORT daripada Schindler telah bersepadu secara lancar dengan sistem pengangkutan vertikal MD Place, membolehkan transit yang lancar dan selamat setiap tingkat pejabat dan restoran melalui aplikasi telefon pintarnya yang canggih.

Calynn Tan, Pengarah Teknologi Transit Jardine Schindler Group (kanan) bersama Willis Phua, Pengarah Presiden PT Berca Schindler Lifts menunjukkan cara untuk membuka lawang putar dengan mudah menggunakan myPORT.

Calynn Tan, Pengarah Teknologi Transit Jardine Schindler Group (kanan) bersama Willis Phua, Pengarah Presiden PT Berca Schindler Lifts menunjukkan cara untuk memberi kebenaran memasuki bangunan kepada pelawat dengan menghantar kod video unik yang disediakan khusus oleh Schindler.

MD Place ialah bangunan pejabat premium untuk syarikat multimedia dan televisyen utama negara ini, MD Corp. Bangunan yang mempunyai muka hadapan berbentuk prisma yang menakjubkan ini dipasang dengan lif daripada Schindler serta sistem pengurusan transit PORT Technology yang termaju.

myPORT ialah aplikasi berasaskan telefon pintar intuitif bagi tujuan pergerakan peribadi, dan merupakan ciri tambahan Teknologi PORT – Sistem Kawalan Destinasi generasi ketiga Schindler.

Sebaik sahaja penghuni memasuki bangunan itu, myPORT mengesan telefon pintarnya dan mengaktifkan empat langkah sistem pemeriksaan keselamatan "tahap e-perbankan" bagi mengesahkan latar belakang dan tahap akses. Penghuni hanya perlu membuka kunci telefon pintar dan membawanya pada terminal PORT dan lif Schindler akan membawa beliau secara automatik ke tingkat beliau. Setelah akses memasuki bangunan diperoleh, keyakinan bahawa pemilik telefon pintar itu berhak berada di situ adalah amat tinggi. Bermula dari saat itu, pintu akan dibuka secara automatik, lif yang dipraprogram ditetapkan dan segala urusan umumnya dipermudahkan, semuanya tanpa perlu membawa keluar telefon pintar dari poket seseorang.

"Kini, pengguna mempunyai lebih kebebasan dan kemudahan berbanding sebelum ini, manakala pemilik bangunan pula mempunyai kawalan akses lebih hebat serta piawaian keselamatan yang lebih tinggi," kata Calynn Tan, Pengarah Teknologi Transit untuk Jardine Schindler Group. "Bagi pelawat yang tidak memasang aplikasi tersebut, pengguna myPORT boleh memberikan mereka akses sementara memasuki bangunan dengan menghantar pesanan SMS yang menghubungkan kod akses video yang unik. Pelawat hanya perlu menunjukkan kod ini kepada terminal PORT agar dibenarkan memasuki bangunan," kata beliau.

"Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan MD Place untuk melaksanakan teknologi myPORT revolusioner dengan jayanya dalam bangunan ini," kata Willis Phua, Pengarah Presiden PT Berca Schindler Lifts. "Memandangkan kehidupan pekerja bangunan dalam bandar yang semakin berkembang maju seperti Jakarta terus menjadi lebih sibuk dan lebih rumit, kami sentiasa berusaha menyediakan cara untuk memastikan persekitaran ini berjalan lancar, dan inilah yang dilakukan oleh myPORT. Kami berharap dapat melihat faedah unik teknologi ini memberi manfaat di Indonesia, mewujudkan persekitaran yang mesra pengguna dan selamat buat penghuni dan juga pelawat," kata beliau.

"Pengesahan tahap e-perbankan oleh myPORT memenuhi piawaian antarabangsa keselamatan tertinggi membuatkan pengguna berasa selesa," kata Manoj Punjabi, pemilik MD Place, dan Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif MD Corp. "Ia juga membuatkan pergerakan di sekitar bangunan menjadi pantas dan mudah, tanpa perlu mengangkat jari."

PT. Berca Schindler Lifts -- syarikat Schindler di Indonesia

PT. Berca Schindler Lifts (BSL) ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai hasil usaha sama antara Central Cipta Murdaya Group dan Jardine Schindler Group. Ibu pejabat BSL terletak di Jakarta dan BSL mereka, membangunkan, memasang, menyelenggara dan memodenkan lif, tangga bergerak dan laluan pejalan kaki bergerak di serata Indonesia.

Teknologi myPORT daripada Schindler telah bersepadu secara lancar dengan sistem pengangkutan vertikal MD Place, membolehkan transit yang lancar dan selamat di setiap tingkat pejabat dan restoran melalui aplikasi telefon pintarnya yang canggih.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161130/8521607738-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161130/8521607738-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161130/8521607738-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161130/8521607738-d
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141202/8521407199LOGO-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO

Source: Jardine Schindler Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Machinery New products/services