ESPOO, Finland, 2 Disember 2016 /PRNewswire/ --
Lembaran baharu dan menarik dalam kisah perjalanan produk telefon bimbit jenama Nokia bermula hari ini ketika HMD Global Oy ("HMD") – syarikat baharu untuk telefon bimbit Nokia menembusi pasaran. Syarikat Finland, HMD akan membawakan telefon bimbit generasi baharu kepada pengguna, dan produk telefon pintar pertama bakal dilancarkan pada separuh pertama tahun 2017, berserta unit perniagaan telefon berciri jenama Nokia sedia ada.
Pelancaran HMD dibuat hanya selepas enam bulan syarikat itu menandatangani satu perjanjian pelesenan strategik dengan Nokia, yang memberikan penggunaan eksklusif jenama Nokia pada telefon bimbit dan tablet di seluruh dunia kepada HMD selama 10 tahun akan datang.
Dengan kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran telefon berciri yang telahpun diraih, HMD mempunyai pengaruh global yang penting termasuk di Amerika, Eropah, Asia, Timur Tengah, Afrika, India dan China sejak hari pertama lagi. Keluasan pengaruh ini, digandingkan dengan pasukan kepimpinan bertaraf dunia dan amat berpengalaman memberikan suatu permulaan yang benar-benar rancak kepada HMD.
HMD turut membangunkan model perkongsian strategik unik yang membolehkannya bekerjasama dengan beberapa syarikat teknologi utama di dunia termasuk Nokia, FIH Mobile Limited (FIH) dan Google. Telefon pintar Nokia pada masa depan akan memanfaatkan sistem pengendalian Android Google, yang kini digunakan oleh 86% telefon pintar di dunia.
Asas kepada model perkongsian HMD ini ialah perjanjian dengan FIH, sebuah syarikat pembuatan barangan elektronik pengguna dan teknologi bertaraf global yang akan mengeluarkan telefon bimbit dan tablet jenama Nokia, yang turut menjamin kualiti pembuatan dan inovasi secara meluas, selain memberi akses kepada keupayaan R&D bertaraf dunia milik FIH.
HMD kini membangunkan rangkaian produk berfokus pengguna yang menarik dan baharu, memberi tumpuan terhadap inovasi, kualiti dan pengalaman, berserta ciri-ciri telefon bimbit Nokia yang ikonik merangkumi reka bentuk, kekukuhan dan keandalan.
Syarikat turut menggabungkan ciri ketangkasan dan perspektif perniagaan syarikat baharu dengan kepakaran oleh beberapa pemimpin kanan yang paling berpengalaman dan bersemangat dalam industri ini. Pasukan HMD Global diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Arto Nummela dan Presiden Florian Seiche. Mereka bersama-sama akan memulakan lembaran baharu dalam kisah perjalanan produk telefon bimbit Nokia dengan sokongan pasukan kepimpinan berpengalaman yang terdiri daripada individu berbakat dalam pelbagai pasaran.
Arto Nummela, Ketua Pegawai Eksekutif HMD Global, berkata:
"Hari ini merupakan hari yang gembira dan penting untuk HMD. Nokia telah menjadi salah satu jenama telefon bimbit paling ikonik dan disegani di seluruh dunia selama berdekad. Keterujaan memperkenalkan semula jenama yang disayangi, dikenali dan dipercayai ini kepada pengguna telefon pintar ialah satu tanggungjawab dan cita-cita yang dikongsi oleh semua di HMD."
"Didorong oleh penerimaan yang benar-benar positif yang telah kami lihat sejak HMD diumumkan awal tahun ini, kami teruja untuk mencipta lembaran baharu bagi telefon bimbit Nokia. Kami melihat hal ini sebagai peluang yang sungguh menarik untuk menangani masalah pengguna dalam kehidupan sebenar dan untuk memberikan kualiti serta rekaan yang telah lama dikenali untuk jenama Nokia. Pasukan kami yang berbakat dan bersemangat mempunyai kedudukan unik dalam suasana moden ini dalam usaha memperkenalkan telefon bimbit Nokia yang andal, direka dengan begitu indah dan menyeronokkan untuk pengguna di seluruh dunia."
Florian Seiche, Presiden HMD Global, berkata:
"Kami percaya ini adalah saat yang tepat untuk membuat pembaharuan semula dalam industri mudah alih. Pasaran kian lesu dan dilambakkan dengan produk yang tiada bezanya. Pengguna inginkan teknologi yang mempunyai tujuan jelas yang bermanfaat, menarik dan bersama jenama yang mereka boleh percayai, dengan itu, pendekatan kami akan fokus terhadap pengalaman pengguna teras yang sebenar serta menumpu kepada kualiti."
"Bersama pasukan kami yang bersungguh-sungguh, mempunyai perspektif syarikat baharu, jenama yang 95% dikenali di dunia dan pendekatan perkongsian aset ringan yang unik, kami percaya bahawa kami mempunyai kedudukan yang sempurna untuk memperkenalkan cara baharu dalam industri mudah alih."
Brad Rodrigues, Presiden Interim Nokia Technologies, berkata:
"Kami sungguh kagum dengan semangat yang ditunjukkan di seluruh dunia apabila jenama Nokia kembali semula dalam pasaran telefon pintar. Pasukan HMD Global mempunyai cita-cita, bakat dan sumber bagi membawakan telefon bimbit jenama Nokia generasi baharu menembusi pasaran, dan kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka. Saya yakin berjuta-juta peminat Nokia kami akan teruja apabila melibat produk baharu mereka!"
Samuel W. L. Chin, Pengerusi Lembaga, HMD Global, berkata:
"Hari ini merupakan suatu detik menarik buat semua yang terlibat dalam usaha sama ini. Sebagai salah seorang Pengasas HMD Global, saya berasa amat berpuas hati untuk memantau pelancaran perniagaan kami menerusi pemeteraian beberapa perjanjian. Melalui kerja keras semua yang terlibat, kini kami dapat mengambil selangkah ke hadapan menerusi perniagaan baharu kami, satu pendekatan terhadap kategori itu dan satu permulaan baharu untuk telefon bimbit Nokia."
Latar Belakang HMD Global
Beribu pejabat di Espoo, Finland, HMD Global Oy ialah pangkalan baharu untuk telefon dan tablet Nokia. HMD mencipta dan memasarkan pelbagai pilihan telefon pintar dan telefon berciri yang menyasarkan pelbagai kumpulan pengguna dan kadar harga. Menerusi komitmen syarikat terhadap inovasi dan kualiti, HMD ialah pemberi lesen eksklusif yang utama kepada jenama Nokia untuk produk telefon bimbit dan juga tablet. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.hmd.global.
Pasukan Kepimpinan HMD Global yang diumumkan hari ini, terdiri daripada:
Kepimpinan Global
Kepimpinan Pasaran
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pejabat Akhbar HMD:
press@hmdglobal.com
Cohn & Wolfe:
+44(0)20-7331-5305