GUANGZHOU, China, 3 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Prolight + Sound Guangzhou, pameran perdagangan terbesar untuk industri pro audio dan pencahayaan di China, bakal mempamerkan pelbagai pilihan produk berkualiti terbaik berserta acara-acara berfokus industri di 13 dewan (130,000 meter persegi) serta seluruh ruang luar di Kawasan A Bangunan Kompleks Pameran Import & Eksport China di Guangzhou mulai 22 - 25 Februari 2017.
Pameran ini telah meningkat maju seiring dengan permintaan pasaran sejak 14 tahun lalu dan beransur-ansur berubah daripada sebuah platform serantau menjadi pentas perniagaan bertaraf antarabangsa yang menghubungkan pasaran Cina dan juga luar negara menerusi pelbagai produk, teknologi termaju dan risikan pasaran. Bagi menyambut ulang tahun ke-15nya dalam edisi pameran kali ini, Prolight + Sound Guangzhou 2017 akan mengundang kira-kira 1,250 pempamer dari dalam dan luar negara, termasuk beberapa nama paling terkenal daripada sektor pro audio, pencahayaan dan teknologi hiburan.
Kualiti dan keantarabangsaan akan kekal menjadi fokus utama edisi pameran kali ini. Bagi mencapai objektif ini, acara ini akan terus menyediakan pasaran yang merangkumi segala aspek menerusi zon produk tertentu untuk sistem persidangan, sistem PA, fon kepala, mikrofon dan aksesori, selain Dewan Jenama Audio utama.
Tatasusunan ruang luar yang diperluas menerusi tiga kawasan demonstrasi akan menampilkan bilangan terbesar jenama-jenama audio dari dalam dan luar negara yang menyediakan pelbagai pilihan penyumberan yang lebih luas kepada pengunjung.
Sebagai respons kepada pertumbuhan pasaran yang berkembang pesat dalam sektor hiburan Cina, "Theatre K Pub" akan dilancarkan bagi membantu pempamer dan pengunjung memanfaatkan banyak peluang yang tersedia daripada pasaran karaoke dan teater yang kian meningkat maju.
Terletak di Saluran Y dalam Kawasan A, terdapat pelbagai bilik pameran unik yang menampilkan sistem karaoke berkualiti tinggi, teater rumah mini, pemasangan tersuai, AV digital pintar dan juga penyepaduan sistem.
Sepanjang empat hari pameran berlangsung, acara-acara yang diadakan serentak termasuk Kursus Latihan Tahunan PLSG, Vision X Network dan beberapa siri seminar, forum dan pembentangan produk berorientasikan teknologi akan turut memberi peluang kepada pengunjung untuk mengikuti trend industri terkini dan juga perkembangan pasaran.
Prolight + Sound Guangzhou dianjurkan oleh Messe Frankfurt dan Guangdong International Science and Technology Exhibition Company (STE). Acara ini merupakan platform perniagaan bersaiz besar yang diadakan di Guangzhou, pusat pembuatan pro audio dan pencahayaan terbesar di China. Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang pameran itu, sila layari www.prolightsound-guangzhou.com atau e-melkan kepada plsgz@hongkong.messefrankfurt.com.
Hubungi:
Gloria Tai
+852-2230-9230
gloria.tai@hongkong.messefrankfurt.com
www.messefrankfurt.com
www.prolightsound-guangzhou.com