omniture

Tata Steel Perbaiki Jejak Karbon Dengan Teknologi EnergyNest

EnergyNest
2016-12-05 08:05 449

OSLO, Norway5 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Simpanan tenaga terma inovatif bantu manfaatkan haba sisa 

Sebagai sebahagian daripada jejak global mereka, Tata Steel mengendalikan pelbagai kemudahan pengeluaran di IJmuiden / Belanda. Pada ketika ini, sewaktu proses pengeluaran, pelepasan asap haba tinggi yang bersela tidak dimanfaatkan tetapi dibebaskan ke atmosfera.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161202/445006 )

Tata Steel terus menyasarkan untuk memperbaiki jejak karbon mereka dalam lingkungan fokus kelestarian syarikat. Dalam usaha untuk menggunakan tenaga dengan cara yang paling mesra alam, satu kemudahan Ijmuiden kini menyasarkan untuk memanfaatkan tenaga gas buangan daripada pengeluaran untuk menampung sebahagian daripada keperluan tenaga kemudahan tersebut. Rancangan itu termasuklah penghasilan penyimpanan tenaga untuk pengeluaran kelompok dalaman.

Teknologi EnergyNest boleh membantu Tata Steel untuk mencapai sasaran pengurangan jejak karbon mereka. Penyimpanan Tenaga Terma (TES) mereka yang tersendiri membolehkan mereka mengumpul haba sisa masa kini untuk digunakan kemudian, memberikan mereka manfaat ekonomi. Manfaat ekonomi utama penyimpanan ini ialah dalam penjimatan penggunaan gas asli, dan seterusnya mengurangkan pembebasan karbon dioksida. TES EnergyNest mudah untuk disepadu dan dikendali memandangkan ia tidak mengandungi sebarang komponen bergerak -- penyelesaian yang lengkap bagi "tenaga atas permintaan" akan dibangunkan bersama Jord sebagai penyedia kejuruteraan kilang dan EPC. Menggunapakai teknologi inovatif ini, Tata Steel di IJmuiden akan memperkukuh status kemudahan itu sebagai peneraju teknologi dengan meningkatkan pemanfaatan sumber.

EnergyNest telah membangunkan sejenis penyimpanan tenaga yang baharu sepenuhnya dengan penyelesaian Penyimpanan Tenaga Terma (TES) mereka dengan kadar kecekapan melebihi 95 peratus. Asas bagi teknologi penyimpanan inovatif ini adalah konrit HEATCRETE® yang istimewa, yang boleh menyimpan sebilangan besar tenaga terma untuk tempoh yang lama dengan kadar kehilangan haba yang sedikit (1% setiap hari).

Hubungi:
Yamaoka International Public Relations GmbH
Robin Tillmann
Tel: +49(0)40/300-326-55
E-mel: energynest@yamaoka.de

Source: EnergyNest
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues