SHENZHEN, China, 5 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Industri Pembuatan Jentera Antarabangsa Shenzhen (SIMM) kali ke-18 bakal berlangsung mulai 29 Mac – 1 April 2017 di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen. Sebagai pameran pembuatan terbesar di China Selatan, ruang pameran yang meliputi kawasan seluas 110,000 meter persegi akan menempatkan para pempamer yang menjadi contoh tahap pemintaran industri pembuatan jentera Industri 4.0 China serta kapasiti pengeluaran rantau itu di kawasan Delta Sungai Mutiara (PRD) China.
PRD mempunyai kapasiti pengeluaran yang amat besar dan juga pasaran yang besar. Turut dikenali sebagai "Kilang Dunia", segmen ini telah meraih pencapaian penting dalam industri pembuatan pintar hasil sokongan dasar benefisial kerajaan tempatan dan juga kelebihan kedudukannya yang berhampiran dengan pasaran China Selatan. Hasil daripada pasaran yang dinamik dan dasar benefisial, SIMM berkembang pantas menjadi pameran pembuatan paling berpengaruh di China Selatan.
Di SIMM 2017, lebih 1,000 syarikat daripada lebih 20 negara, seperti +GF+, HEXAGON, MAZAK, FANUC, TRUMPF dan Han's Laser, akan mempamerkan penyelesaian pembuatan terkini masing-masing. PRD bukan sahaja menjadi bakal pasaran terbesar untuk peralatan pembuatan; ia juga turut membangunkan kapasiti pengeluaran yang kukuh untuk bahan guna habis industri seperti alat pemotong, bahagian kepersisan dan aksesori. Pengeluar-pengeluar paling hebat di PRD berhimpun di SIMM bagi memperlihatkan keupayaan mereka kepada dunia.
SIMM 2017 akan memberi tumpuan untuk mempamerkan kesemua aspek pembuatan pintar di China. Pameran itu menggabungkan keratan logam digital dan peralatan membentuk dengan anjal, bahan-bahan berkualiti tinggi, robotik industri, teknik pengukuran, pengurusan pengeluaran awan dan sistem kawalan untuk membangunkan sistem pembuatan pintar yang merangkumi seluruh rantaian industri. Di samping itu, usaha mempamerkan barisan pengeluaran 3C kilang untuk projek rintis pembuatan pintar akan menjadi satu wadah untuk dunia melihat sendiri kapasiti pembuatan pintar China.
SIMM 2017 terdiri daripada 9 astaka bertema. Barangan pameran meliputi segmen CNC, robotik, peralatan pengukuran industri, pengautomatan, alat memotong, dai dan acuan, bahan logam, bahagian kepersisan, dan pencetakan 3D. SIMM 2017 juga akan menganjurkan sesi persidangan projek pemadanan berhubung kawalan kualiti, robotik dan barisan pengeluaran kepingan logam anjal. Platform profesional dan bertaraf tinggi ini akan membantu para hadirin mendapatkan penyelesaian dan mempelajari lebih lanjut tentang industri yang sentiasa berubah ini.
Untuk maklumat lanjut tentang SIMM 2017, sila layari laman sesawang SIMM. Untuk mendapatkan tiket PERCUMA, sila klik DI SINI untuk mendaftar.