omniture

Telepizza Tiba di Iran

Telepizza
2016-12-05 12:16 478

MADRID, 5 Disember 2016 /PRNewswire/ --

  • Ia merupakan rantaian restoran Eropah pertama dalam sektor QSR yang dibuka di negara ini  
  • 200 kedai akan dibuka dalam tempoh 10 tahun  
  • Syarikat umumkan operasi antarabangsa penting yang lain di UK, Malta dan Arab Saudi baru-baru ini.   
  • Telepizza beroperasi di empat benua dengan 1,342 kedai memberikan perkhidmatan kepada lebih 60 juta pelanggan dan dengan jumlah jualan €506 juta    

Telepizza, syarikat peneraju penghantaran pizza di luar AS berdasarkan jumlah kedai, mengumumkan kehadirannya di Iran pada Mac 2017 menerusi perikatan francais induk strategik dengan rakan kongsinya Momenin Investment Group dan mempunyai objektif 200 kedai dalam 10 tahun.  Ini bermakna pembukaan 20 kedai setahun dan pelaburan €100 dalam sepuluh tahun oleh MIG.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735407-a )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161202/444999 )

Kedai yang pertama akan dibuka di ibu negara, Teheran, dan selepas itu, tujuh lagi akan dibuka menjelang akhir tahun.

"Kehadiran Telepizza di Iran merupakan satu pencapaian besar dalam peluasan antarabangsa kami dan melambangkan peluang besar bagi perniagaan kami. Kami gembira berkongsi asas utama jenama kami, menawarkan pizza dengan rasa yang unik tak kira masa dan tempat, bersama pelanggan Iran," kata Pablo Juantegui, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Telepizza.

"Kami amat berpuas hati kerana menemui teman seperjalanan seperti Momenin Investment Group untuk memulakan kembara kami di Iran, yang pastinya begitu menarik. Kami bakal menjadi rantaian Eropah pertama dalam segmen QSR yang ditubuhkan di negara ini, memenuhi permintaan pelanggan yang masih belum dipenuhi sehingga ke saat ini," kata Giorgio Minardi, Pengerusi Antarabangsa Telepizza.

"Kami berbangga memperkenalkan jenama global Telepizza ke Iran. Konsep jenama yang disegani dengan inovasi produk yang tinggi, kecemerlangan dalam penghantaran dan teknologi pengguna membolehkan kami membawakan sesuatu yang tiada di pasaran masyarakat Iran hari ini: pizza buatan sendiri yang segar berkualiti, dihantar dengan mesra dan inovatif pada nilai hebat yang dapat dinikmati di mana-mana sahaja ", jelas Hadi Momenin, wakil Momenin Investment Group.

Pembukaan operasi antarabangsa lain baru-baru ini: United Kingdom, Malta, Arab Saudi 

Selain kehadiran Telepizza di Iran, syarikat juga telah mengumumkan operasi penting yang lain dalam peluasan antarabangsa di sepanjang tahun 2016.

Dalam hal ini, Telepizza telah mengumumkan ia bakal membuka 80 kedai di UK dalam tempoh 10 tahun akan datang, bersama-sama Karali Ventures Limited, serta membangunkan pelan perniagaan yang merancang 300 kedai baharu dalam sedekad, menerusi kolaborasi 20 penerima francais.

Selain itu, di Malta, menerusi perkongsian dengan Joseph P. Attard, jenama ini akan mempunyai sebuah kedai dalam suku pertama 2017 dan tiga lagi dalam tempoh tiga tahun berikutnya.

Arab Saudi sudahpun merupakan salah satu negara yang mempunyai kedai Telepizza berikutan pembukaan pertama tiga kedai di Riyadh, ibu negara Arab Saudi. Ketiga-tiga kedai ini merupakan yang pertama daripada 100 kedai yang dirancang untuk tempoh 10 tahun. Di sini, operasi dikendalikan bersama-sama Emtyaz Catering Company, subsidiari Al Bayan Holding Group.

Telepizza, projek antarabangsa yang berjaya  

Sejak ketibaannya di Chile pada tahun 1992, peluasan antarabangsa Telepizza masih belum berakhir. 1,342 kedai (456 milik syarikat dan 886 penerima francais dan francais induk) beroperasi dalam 15 negara di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin, menawarkan produknya kepada lebih 60 juta pelanggan dengan jumlah jualan €506 juta.

Syarikat juga memiliki kilangnya sendiri di enam buah negara (Sepanyol, Portugal, Poland, Chile, Columbia dan Peru) serta kilang francais induk di enam kawasan lain: Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Tengah, Rusia, Bolivia, dan Angola; dan mempunyai gudang rakan kongsi di Ecuador dan Poland.

Telepizza Group 

Kami merupakan syarikat penghantaran pizza di luar A.S. yang terbesar di dunia berdasarkan bilangan kedai. Beribu pejabat di Madrid, Sepanyol, Telepizza beroperasi di lebih 15 negara menerusi rangkaian kedai sendiri, penerima francais dan francais induk, dengan 1,342 kedai di seluruh dunia, termasuk 456 kedai sendiri (34%) dan 886 kedai francais dan francais induk (66%) setakat 30 September 2016.

Termasuk pesaing kami yang berpangkalan di A.S., kami merupakan syarikat penghantaran pizza keempat terbesar di dunia dari segi bilangan kedai. Kami merupakan peneraju pasaran dalam pasaran teras kami berdasarkan bilangan kedai (nombor satu di Sepanyol, Portugal, Chile dan Colombia dan nombor dua di Poland).

Jumlah jualan dalam rangkaian kami, termasuk kedai sendiri, penerima francais dan francais induk, yang direkodkan sebagai jualan rangkaian, berjumlah €506 juta dalam tempoh dua belas bulan berakhir pada 30 September 2016, dengan EBITDA €63.4 juta dalam tempoh yang sama.

Telepizza tersenarai dalam bursa saham Barcelona, Bilbao, Madrid dan Valencia dengan sahamnya mula didagangkan pada 27 April 2016. Jumlah bilangan saham ialah 100,720,679.

http://www.telepizza.com

Maklumat lanjut:
Ketchum - Monica Escusa / Ana Moreno
Tlf.: +34-917883200
e-mel: prensa.telepizza@ketchum.es

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Transportation Corporate Expansion