omniture

Deer Jet Raih Anugerah Jet Peribadi Utama Dunia

Syarikat jet peribadi Asia pertama rangkul World Travel Awards bagi tahun kedua berturut-turut
DEER JET (Beijing) CO. LTD
2016-12-05 21:36 538

BEIJING dan SHANGHAI, 5 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Buat tahun kedua berturut-turut, Deer Jet meraih gelaran Carter Jet Peribadi Utama Dunia. Setelah setahun mencari syarikat terbaik dalam kalangan terbaik dalam sektor pengembaraan dan pelancongan seluruh dunia, World Travel Awards (WTA) memilih Deer Jet hasil perkhidmatannya yang bertaraf dunia, kecemerlangan operasi dan rancangan global berwawasan, memberikan penghormatan tertinggi untuk syarikat penerbangan perniagaan.

World Travel Awards meraikan ulang tahun ke-23 tahun ini dan diperakui di seluruh dunia sebagai anugerah perjalanan utama. Anugerah tersebut bertujuan untuk meraikan organisasi-organisasi yang menerobos sempadan kecemerlangan industri.

Awal tahun ini, Deer Jet meraih beberapa anugerah, sijil dan pengiktirafan atas kecemerlangannya dalam aspek keselamatan dan operasi termasuk Anugerah National Business Aviation Association (NBAA) kerana bebas daripada kemalangan penerbangan selama 21 tahun.

Setakat ini, Deer Jet mengendali dan mengurus armada yang terdiri daripada 90 pesawat yang membuat penerbangan ke 820 lapangan terbang di 180 negara dan wilayah. Ia merupakan pengendali jet perniagaan terbesar di Asia, mengurus satu-satunya BBJ 787 "Dream Jet" di dunia. Deer Jet juga memiliki jaringan FBO terbesar di China merentasi hab perniagaan utama dan destinasi pelancongan. Syarikat tersebut menjadi satu-satunya pengendali Cina yang mempunyai jaringan FBO komprehensif yang merupakan sebahagian daripada Air Elite Network yang terkemuka di dunia.

Frank Fang, Naib Presiden Deer Jet, berkata: "Kami berbangga kerana sekali lagi terpilih sebagai syarikat jet peribadi terkemuka dunia. Tahun ini, kami meraikan banyak pencapaian, yang memperlihatkan komitmen kami dalam usaha menyediakan pengalaman VIP mewah yang terunggul. Sebagai tanda kecemerlangan kami, kami mengendalikan BBJ 787 pertama di dunia, The Dream Jet dan bekerjasama dengan nama-nama berprestij dalam aspek kemewahan, kesenian dan rekaan demi mencipta 'penerbangan seni', visi masa depan kami terhadap penerbangan perniagaan."

Deer Jet terlibat dalam proses pengembangan global menerusi pelaburan strategik dan jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat terkemuka dalam industri penerbangan perniagaan. Syarikat tersebut mengasaskan Hong Kong Jet, dan merupakan pemegang saham utama dalam Asia Jet serta Hawker Pacific. Deer Jet memanfaatkan kumpulan syarikatnya demi mencipta sinergi bernilai dan memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161205/0861613081

Source: DEER JET (Beijing) CO. LTD
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Transportation Travel