omniture

Afini -- Perkenal Kelab Destinasi Mewah Asia

Cipta pengalaman pelancongan mewah yang disesuaikan untuk ahli-ahli yang punyai citarasa
Afini
2016-12-06 17:00 608

SINGAPURA, 6 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Afini dengan sukacitanya memperkenalkan definisi baharu pelancongan mewah menerusi pelancaran satu-satunya kelab destinasi mewah di Asia. Hasil kejayaan terbukti model-model yang serupa di Amerika, Afini ialah kelab keahlian khas yang menyediakan pelancong mewah dengan keistimewaan, termasuk akses kepada portolio pelbagai kediaman peribadi bernilai berjuta-juta dolar yang terletak di pusat-pusat peranginan terkemuka; perkongsian dengan jenama-jenama hotel ikonik daripada pasaran metropolitan utama; akses eksklusif ke acara-acara unggul; dan faedah tersuai yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Nilai Afini paling hebat disediakan menerusi perkhidmatannya, yang memberikan ahli-ahli Perunding Gaya Hidup yang berdedikasi dan amat terlatih untuk mengatur setiap komponen perjalanan sebelum berlepas, dan pekerja rencam di lokasi yang memastikan setiap perincian dilaksanakan dengan sempurna, dan membolehkan ahli-ahli melancong tanpa sebarang tekanan serta dapat mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga dan juga rakan-rakan – kesemuanya pada nilai yang cukup luar biasa.

Afini Phuket Residence
Afini Phuket Residence

 

Bagi menikmati Afini, ahli-ahli hanya perlu membuat sekali bayaran permulaan, yuran pembaharuan tahunan dan kadar bermalam pada harga diskaun, tanpa had bagi jumlah hari berkunjung. Bagi meraikan pelancarannya, Afini menawarkan keahlian pengasas pada jumlah yang terhad dengan yuran permulaan yang lebih rendah.

Kediaman Indah pada Nilai Luar Biasa

Kediaman yang dikelolakan oleh Afini terletak di pantai-pantai, gunung dan juga destinasi bandar utama. Amat sesuai untuk keluarga dan kumpulan, kediaman Afini dibina dengan begitu indah, mempunyai beberapa bilik tidur dengan ruang yang cukup luas untuk semua, berserta kemudahan mewah seperti kolam renang peribadi, pakej bekalan operasi yang proprietari, disediakan untuk menjamin pengalaman yang tekal dan akses eksklusif ke restoran-restoran atau kelab-kelab yang berhampiran. Bagi acara-acara yang tidak memerlukan penginapan vila yang lebih besar, atau untuk memberi akses ke destinasi-destinasi yang terpencil kepada ahli-ahli, Afini telah memeterai kerjasama eksklusif dengan hotel-hotel ikonik, bagi memastikan ahli-ahli kami mendapat akses kepada pelbagai pilihan hartanah dan lokasi terbaik. Memandangkan Afini mengawal dan mengurus koleksi kediamannya secara eksklusif, hanya ahli-ahli yang dapat menempah lokasi ini pada kadar purata semalam 15% - 45% di bawah harga pasaran.

Kepimpinan dan Sokongan Kewangan Kukuh

Afini mempunyai teras kepimpinan yang sukar ditandingi dalam industri pelancongan dan evolusinya berpandukan konsep kelab-kelab destinasi mewah yang bertapak kukuh serta berjaya di Amerika.

Ketua Pegawai Eksekutif, John Blanco mempunyai minat dan pemahaman yang mantap tentang perniagaan hotel mewah sejak 20 tahun lalu. Pernah berkhidmat lama dengan Ritz-Carlton Hotels sepanjang kerjaya beliau, baru-baru ini, Blanco memantau prestasi operasi tujuh aset hospitaliti daripada portfolio Indochina Land.

Ketua Pegawai Operasi, Martin Pucher mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam mengetuai pasukan-pasukan yang amat berjaya yang memperlihatkan keputusan serta penciptaan nilai yang kukuh berulang-ulang kali. Berperanan sebagai Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi di Inspirato baru-baru ini, beliau mengetuai pasukan Operasi dan Teknologi untuk kelab destinasi mewah yang paling pantas berkembang dan terbesar di dunia.

Ketua Pegawai Kewangan, Ben Rule ialah seorang profesional terkenal dalam bidang kewangan dan hartanah, yang mempunyai pengalaman dalam industri kelab destinasi mewah serta perbankan pelaburan. Sebagai ahli penting dalam pasukan baharu itu, beliau membawakan pengalaman selama lebih 12 tahun berkhidmat di Exclusive Resorts dan Inspirato bagi memantau bahagian Kewangan, Strategi dan Hartanah di Afini.

Afini menyempurnakan pusingan pembiayaan awal dan disokong oleh pelbagai kumpulan pelabur yang berada di seluruh dunia. Kumpulan pelabur ini membawakan pandangan dan hubungan yang tiada tandingan melibatkan industri hospitaliti, hartanah, pelancongan dan pelaburan, selain menyediakan sumber yang luas kepada Afini bagi menyokong pertumbuhannya di seluruh Asia.

Latar Belakang Afini

Beribu pejabat di Singapura, Afini menjanjikan cara lebih baik untuk melancong. Berasal daripada perkataan "affinity", Afini ialah kelab destinasi mewah yang berusaha mencipta pengalaman buat yang tersayang berkongsi, mengukuhkan hubungan antara keluarga dan rakan taulan, selain untuk mencipta kenangan yang berkekalan. Menerusi portfolio kediaman mewah eksklusif dan rakan kongsi hotel ikonik di serata dunia, Afini menyediakan percutian tempahan buat ahli-ahlinya, bagi memastikan tiada perkara yang tidak dipenuhi. Perunding gaya hidup yang berdedikasi serta pekerja rencam destinasi menjamin perjalanan dirancang dengan teliti dan dilaksanakan dengan sempurna menerusi penginapan serba mewah, perkhidmatan yang cemerlang dan kemudahan bertaraf lima bintang. Dengan menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi pada nilai yang luar biasa, Afini bakal menjadi penyedia terunggul bagi hospitaliti tersuai untuk pelancong Asia yang mempunyai citarasa dan sofistikated. www.afini.com

Maklumat Perhubungan Media:

Petrie PR

Linda Petrie (Hong Kong)
linda@petriepr.com 
+852-2521-9608

Tania Joslin (Singapura)
tania@petriepr.com 
+65-6908-0698

Risti Brophy (Indonesia
risti@petriepr.com
+62-878-8222-3730

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161202/8521607903-a
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161202/8521607903LOGO-b

Source: Afini
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services