omniture

Dari Hati ke Hati - Hari Valentine 2017 THOMAS SABO

THOMAS SABO GmbH & Co.KG
2016-12-07 01:29 738

LAUF A. D. PEGNITZ, Jerman, 7 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Cinta tidak memerlukan bait kata yang hebat, cukup sekadar perlakuan kecil yang ikhlas dari hati! Atas sebab ini, THOMAS SABO meraikan lambang cinta paling hebat di dunia bagi meraikan Hari Valentine menerusi diskaun sebanyak 15% untuk semua barangan berbentuk hati daripada koleksi terkini.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161205/445633 )

Tidak mengira sama ada barangan tersebut dihiasi zirkonia atau memberikan saduran emas mawar 18k, sepasang anting-anting berkerawang atau loket kecil Charm yan comel: seleksi luas motif berbentuk hati ini menawarkan hadiah sempurna buat semua sempena Hari Meraikan Cinta. Dibalut dengan penuh kasih sayang, reka bentuk tersebut merupakan lambang kasih sayang yang mendalam dan emosi yang cukup hebat – barangan kemas yang menjadikan hati berdegup sedikit kencang dan merakamkan detik-detik yang diraikan bersama untuk selama-lamanya.

Kempen Hari Valentine ini akan diadakan antara 24 Januari dan 14 Februari 2017 di semua kedai THOMAS SABO, kedai-dalam-kedai, kedai dalam talian dan rakan kongsi terpilih. Kedai-kedai THOMAS SABO yang tidak terlibat dalam kempen ini ialah kedai-kedai di Wertheim Village, Ingolstadt Village, Neumünster Designer Outlet dan Factory Outlet Lauf.

Anda boleh memuat turun gambar dan harga di sini.

#foreverinmyheart #THOMASSABO #valentinesday

Latar Belakang THOMAS SABO   

THOMAS SABO ialah salah satu peneraju global syarikat barang kemas, jam dan kecantikan, mereka bentuk, menjual dan mengedarkan produk gaya hidup untuk wanita dan lelaki. Syarikat itu, ditubuhkan pada 1984 oleh Thomas Sabo di Lauf an der Pegnitz, selatan Jerman, beroperasi dengan kira-kira 300 buah kedainya sendiri di serata lima benua dengan keseluruhan pekerja seramai 1,860 orang. Di ibu pejabatnya, THOMAS SABO menggaji kira-kira 490 orang pekerja. THOMAS SABO juga berkolaborasi secara global dengan kira-kira 2,800 rakan kongsi dagangan dan juga pengendali syarikat penerbangan dan kapal persiaran terkemuka.

Maklumat perhubungan akhbar
Felizia Kindermann | Ketua Bahagian Perhubungan Awam Antarabangsa & Korporat
Telefon.: +49912397150-0
E-mel: press@thomassabo.com

Sumber: THOMAS SABO GmbH & Co.KG

Source: THOMAS SABO GmbH & Co.KG
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Mining/Metals Precious Metals Retail