omniture

Jardine Schindler Group dan Aspen Group Meterai Perjanjian Kerjasama Tingkatkan Penyelesaian Mobiliti Bandar Digital Pintar dalam Pembangunan Aspen

Pemeteraian mulakan misi bersama bawa mobiliti digital canggih tingkat kehidupan harian rakyat Malaysia.
Jardine Schindler Group
2016-12-07 01:50 806

PULAU PINANG, Malaysia, 7 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Antah Schindler Sdn Bhd dan Aspen Vision All Sdn Bhd (sebuah anak syarikat Aspen Group) hari ini menandatangani satu Perjanjian Kerjasama di Pulau Pinang, mengesahkan kolaborasi dan penglibatan dalam usaha pembinaan bangunan masa depan di seluruh Malaysia menggunakan sistem mobiliti bandar digital pintar.

 

Penandatangan perjanjian itu berperanan sebagai rangka kerja untuk tujuan kolaborasi dan perkongsian maklumat antara pihak-pihak yang terlibat dalam reka bentuk, kejuruteraan, bekalan, penyampaian, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem mobiliti serta Penyelesaian Digital Pintar untuk seluruh pembangunan Aspen di Pulau Pinang dan juga Selangor. Penyelesaian Digital Pintar merupakan asas untuk peralatan rintis Schindler dan merangkumi pemantauan jarak jauh, analitik termaju, penghantaran lif pintar bagi menjamin prestasi trafik yang optimum, perkhidmatan penumpang diperibadikan dan teknologi memasuki bangunan menggunakan telefon pintar serta teknologi mobiliti, antara lainnya.

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Jujudhan Jena, Ketua Pegawai Eksekutif Jardine Schindler Group, Ashok Ramachandran, Pengarah Urusan Antah Schindler Sdn Bhd, Dato' M. Murly, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aspen Group serta Woo Kok Weng, Pengarah Eksekutif Aspen Group.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bersejarah ini bersama-sama Dato' Seri Nazir Ariff, Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Aspen Group serta Chan Siu Shing, Pengarah Pemasangan Baharu Antah Schindler Sdn Bhd.

Jalinan kerjasama ini adalah berikutan penganugerahan kontrak pembangunan komersial Vervea oleh Aspen Group baru-baru ini kepada Schindler, yang mana Schindler akan membekalkan 442 unit lif pintar.

Presint komersial Vervea ialah fasa pertama bagi Aspen Vision City di Batu Kawan, Pulau Pinang. Ia terdiri daripada 441 unit pejabat kedai setinggi tiga dan empat tingkat, serta menampilkan pelbagai ciri bernilai tambah seperti sambungan luar ke bangunan di sekitarnya, jalan tinggi berturap sepanjang 300-meter, laluan pejalan kaki dibarisi pokok dan setiap unit turut dilengkapi dengan lif peribadi. Meliputi kawasan seluas 245 ekar, Aspen Vision City ialah pembangunan kegunaan bercampur terbesar di negeri Pulau Pinang. Ia juga merupakan projek pembangunan usaha sama berskala mega antara Aspen Group dan Ikano Pte Ltd. 

"Kami berbesar hati kerana mempunyai rakan niaga baharu dan mantap di Malaysia, yang merupakan pasaran penting untuk kami," kata Jujudhan Jena, Ketua Eksekutif Jardine Schindler Group. "Membawakan penyelesaian digital pintar ke negara tersebut ialah sasaran yang kami kongsikan dengan penuh bangga bersama Aspen Group, dan kami berharap dapat mengukuhkan kedudukan kami di Malaysia menerusi kolaborasi penting ini," kata beliau.

"Penandatanganan perjanjian ini ialah langkah terbaik dalam jalinan kerjasama kami bersama Aspen Group," kata Ashok Ramachandran, Pengarah Urusan Antah Schindler Sdn Bhd. "Kami berasa bangga kerana terpilih untuk projek pembangunan Aspen Vision City disebabkan oleh reputasi jenama kami yang telah mantap serta hubungan baik bersama pelanggan kami," kata beliau.

"Kami teruja dengan kolaborasi bersama Schindler ini, dan kami amat yakin akan mengubah cara orang ramai bergerak dalam projek-projek pembangunan Aspen akan datang," kata Dato' M. Murly, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aspen Group. "Dengan menyepadukan Penyelesaian Digital Pintar Schindler terkini, seperti sistem penghantaran lif pintar yang memberikan prestasi trafik berkualiti terbaik, sistem kawalan akses keselamatan, dan perkhidmatan penumpang peribadi pintar, antara lain, kami berharap dapat membawakan pengangkutan lancar, cekap, selamat dan mudah kepada seluruh rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan kami," kata beliau.

Antah Schindler Sdn Bhd -- pusat Schindler di Malaysia

Antah Schindler Sdn Bhd ialah satu usaha sama antara Jardine Schindler Group dan Syarikat Persaka Antah Sdn Bhd, yang menyediakan khidmat pemasangan dan penyelenggaraan lif serta tangga bergerak di seluruh negara. Schindler Malaysia mengusahakan pelbagai projek-projek utama, termasuk KL Eco City, Intermark - Integra Tower, Pavilion KL, KLCC Lot C, KL Sentral, Lapangan Terbang Antarabangsa KL, dan Pavilion Residences.

Aspen Group

Aspen Group ialah kumpulan pembangunan harta tanah serta pelaburan hartanah yang berpusat di Pulau Pinang. Kumpulan tersebut ditubuhkan berpandukan prinsip untuk membawakan nilai kualiti dan mampu milik dalam industri pembangunan harta tanah yang sentiasa berubah-ubah. Diperkasa oleh model perniagaan yang mengutamakan pelanggan, Aspen Group menjadi nama yang cukup sinonim dengan harta tanah berorientasikan pembeli dengan kualiti dan ciri-ciri gaya hidup yang luar biasa. Dengan prospek masa depan yang cerah untuk sektor pembangunan harta tanah, Aspen Group bersedia menyahut cabaran yang lebih besar dan berbilang aspek di pelbagai lokasi strategik.

Aspen Vision City

Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM8 bilion dan meliputi kawasan tanah utama Pegangan Bebas seluas 245 ekar, Aspen Vision City ialah salah satu pembangunan bercampur paling besar di Pulau Pinang. Projek berskala mega ini ialah satu usaha sama utama antara Aspen Group dengan Ikano Pte Ltd, pemilik francais perabot terkenal, IKEA.

Sebagai projek pembangunan yang dirancang penuh teliti dalam beberapa fasa, Aspen Vision City merangkumi gabungan hebat antara kondominium, pejabat kedai, suit berservis, hotel, menara pejabat, hab kewangan, pusat perubatan dan sekolah antarabangsa yang disokong oleh pelbagai pilihan fasiliti dan kemudahan berkualiti tertinggi. Teraju utama projek ini ialah pusat membeli belah bersepadu dan gedung IKEA pertama yang amat dinanti-nantikan di Wilayah Utara, kedua-duanya bakal bernaung di bawah pengurusan Ikano Pte Ltd.

Bersiap sedia untuk menakrifkan semula landskap penting di Batu Kawan, Aspen Vision City terletak secara strategik di kawasan pendaratan yang sesak di Jambatan Pulau Pinang Kedua. Merupakan lokasi paling diingini di kawasan Tenggara Pulau Pinang, nilai dan status Aspen Vision City bakal berkembang dengan cukup pesat dalam tahun-tahun mendatang.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161202/8521607899LOGO
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO   

Source: Jardine Schindler Group
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Machinery Real Estate Contracts Joint ventures