omniture

Switzerland Buka Terowong Keretapi Terpanjang di Dunia

Swiss Travel System AG
2016-12-08 08:30 670

ZURICH, 8 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Ia lebih panjang -- dan lebih dalam -- daripada mana-mana terowong keretapi lain di dunia. Ahad, 11 Disember 2016 menyaksikan pembukaan perkhidmatan Terowong Dasar Gotthard. Projek perintis ini akan membolehkan penumpang merentasi Pergunungan Alps dalam kira-kira 17 minit sahaja. Terowong dua landasan ini akan menghubungkan wilayah utara dan selatan Switzerland dengan lebih dekat, dan memendekkan masa perjalanan di antara dua buah negara berjiran. Ia membolehkan penumpang dari dekat dan jauh untuk menghabiskan lebih masa di destinasi mereka, meneroka keindahan utara dan selatan Switzerland yang terdapat di pergunungan Alps.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila tekan:
http://www.multivu.com/players/uk/7988951-opening-gotthard-base-tunnel-longest-train

Switzerland sememangnya mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang paling padat di planet ini. Dan, dalam beberapa tahun ini ia telah meningkatkan kedudukan mendahuluinya yang mengagumkan melebihi negara lain. Jun 2016 menyaksikan sambutan perasmian Terowong Dasar Gotthard – sebuah projek perintis berusia 17 tahun yang menjangkau sehingga 57 kilometer ke bawah, mencapai kedalaman maksimum 2300 meter di bawah sebahagian banjaran gunung Gotthard. Swiss Federal Railways (SBB) kini telah selesai menguji terowong tersebut dengan ujian keselamatan dan teknikal yang menyeluruh. Pada Ahad 11 Disember – hari rangkaian pengangkutan awam Switzerland mengubah jadual tahunannya di seluruh negara – Terowong Dasar Gotthard akan memulakan perkhidmatannya mengikut jadual.

Lebih mudah, cepat dan selesa. 

Terowong hebat yang tiada tolok bandingnya ini bukan sekadar hasil seni kejuruteraan landasan – ia juga adalah satu komitmen pengangkutan keretapi merentasi Alps yang efisyen, selamat dan mampan. Terowong Dasar Gotthard membolehkan penumpang melalui di bawah sebahagian banjaran gunung di Gotthard dalam kira-kira 17 minit sahaja. Ia memotong sebanyak 30 sehingga 40 minit masa perjalanan dari wilayah Switzerland yang menggunakan bahasa Jerman ke wilayah Switzerland yang menggunakan bahasa Itali. Trafik jalan utama yang baharu ini bermaksud sambungan yang lebih cepat dan kerap, menggunakan stok berpusing yang baharu dan moden. Terowong Dasar Gotthard ialah satu sebab yang mendorong untuk menjelajahi wilayah Switzerland utara dan selatan dengan menggunakan pengangkutan awam.

Maklumat selanjutnya tentang Terowong Dasar Gotthard di bawah
http://www.swisstravelsystem.com/media

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161123/442486 )

Source: Swiss Travel System AG
Keywords: Transportation Travel New products/services