omniture

Asiana Lounge di Seoul Incheon International Raih Anugerah Ruang Menunggu Lapangan Terbang Terbaik Priority Pass Asia Pasifik Tahunan 2016

Priority Pass
2016-12-08 12:45 484

LONDON, 8 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Asiana Lounge di Seoul Incheon International terpilih sebagai Pemenang Ruang Menunggu Terbaik Tahunan Asia Pasifik sempena Anugerah Ruang Menunggu Priority Pass Terbaik Tahunan 2016. Ia juga menerima Pujian Tinggi untuk kategori Kualiti Hidangan Ringan Terbaik Global. Kini dalam tahun kedua belasnya, anugerah tersebut diberikan berdasarkan penilaian yang diberikan oleh anggota-anggota Priority Pass dan mengiktiraf kecemerlangan dalam program keahlian ruang menunggu bebas terbesar di dunia yang merangkumkan reka bentuk perkhidmatan dan pengalaman pengunjung terbaik di lebih 1,000 ruang menunggu lapangan terbang di lebih 500 bandar.

 Pemenang keseluruh tahun ini ialah:

En. Kihyung Nam, Naib Presiden Kanan, Bahagian Pentadbiran & Perkhidmatan Penumpang Asiana Airlines berkata: "Kami berbesar hati kerana Asiana Lounge di Seoul Incheon International telah diiktiraf sebagai pemenang Asia Pasifik bagi Anugerah Ruang Menunggu Terbaik Tahunan 2016. Kemenangan ini memperlihatkan komitmen Asiana Airlines bagi memastikan tetamu kami dapat menikmati saat yang menggembirakan dan tidak dapat dilupakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, salah satu hab lapangan terbang paling terkenal di rantau Asia Pasifik."

Tony T. Low, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Asia Pasifik untuk Priority Pass, sebahagian daripada Collinson Group berkata: "Kami berbesar hati Asiana Lounge di Seoul Incheon International telah diiktiraf sebagai Pemenang Keseluruhan Asia Pasifik. Asiana Lounge mendapat Pujian Tinggi bagi rantau Asia Pasifik pada tahun lalu, dan sebelum ini pernah meraih Anugerah Asia Pasifik pada tahun 2011. Komitmen pasukan dan kemampuan untuk terus melangkaui jangkaan penumpang yang sering membuat penerbangan benar-benar suatu yang memberi inspirasi kepada semua."

"Suasana hiruk pikuk di terminal lapangan terbang hari ini menjadikan pelarian dari kesibukan itu sesuatu yang lebih penting berbanding dahulu. Kami berbangga kerana mempunyai program keahlian ruang menunggu bebas yang terbesar di dunia yang memberi akses kepada ruang yang tenang di lebih 1,000 ruang menunggu yang terdapat di destinasi utama serata dunia. Ketika rangkaian kami terus berkembang, pengetahuan dan pemahaman kami terhadap permintaan dunia dalam kalangan pelancong abad ke-21 yang berubah-ubah turut bertambah, sesuatu yang dapat memberi maklumat kepada setiap tahap perkhidmatan di ruang-ruang menunggu yang terdapat dalam rangkaian Priority Pass."

Kunjungi prioritypass.com untuk melihat senarai lengkap pemenang tahun ini.

Source: Priority Pass
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Transportation Travel Awards