omniture

Fragrance Du Bois Tambah Koleksi Prive

Fragrance Du Bois
2016-12-08 15:29 801

PARIS, 8 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Didorong oleh kejayaan rangkaian pilihan produk yang hebat serta usaha melebarkan sayapnya ke seluruh dunia, Fragrance Du Bois menambah tiga ciptaan baharu untuk koleksi Prive yang eksklusif.

Heritage, Parisian Oud dan Amber Intense daripada Fragrance Du Bois
Heritage, Parisian Oud dan Amber Intense daripada Fragrance Du Bois

Koleksi tersebut telahpun menyertakan rangkaian minyak wangi edisi terhad yang memukau, dan koleksi wangian ini mempunyai bahan utama minyak Oud yang 100% asli, semula jadi serta diperoleh secara lestari yang memberi impak kepada pasaran antarabangsa, yang dengannya minyak 'Parisian Oud', 'Heritage' serta 'Amber Intense' kini turut disertakan dalam koleksi tersebut.

Koleksi Prive dicipta untuk para pencinta minyak wangi yang menghargai kehalusan dan kemahiran penciptaan minyak wangi yang berkualiti. Dengan bilangan botol minyak wangi yang terhad diedarkan ke seluruh dunia, minyak wangi yang enigmatik ini merupakan hasil ciptaan Fragrance Du Bois yang paling bernilai.

Rangkaian minyak wangi terkini -- Oud Noir Intense, Sahraa Oud dan London Oud -- kesemuanya mendapat sambutan yang menggalakkan sejak pelancaran masing-masing, diinspirasikan oleh imaginasi pembuat minyak wangi Perancis Fragrance Du Bois, mencetuskan simfoni haruman yang harmoni -- lembut, namun seimbang dan memiliki kekuatan serta ketahanan.

Setiap rumusan Fragrance Du Bois memiliki inspirasi dan keperibadian yang tersendiri, sama seperti tiga tambahan minyak wangi baharu, yang menambahkan lagi kehebatan dan karakter koleksi Prive yang menawan. Semua produk dalam koleksi Prive mengandungi minyak Oud kebanggaan jenama ini, diperoleh secara lestari daripada ladang-ladang khusus milik Fragrance Du Bois dan dijamin mesra alam serta berkualiti terbaik.

Parisian Oud oleh Fragrance Du Bois
Parisian Oud oleh Fragrance Du Bois

Parisian Oud dicipta oleh pembuat minyak wangi Christian Provenzano, dan seperti yang dapat dilihat pada nama itu, ia diinspirasikan oleh 'Bandar Cahaya' itu sendiri. Minyak wangi tersebut mempunyai aroma kulit dan asap yang lembut, serta didahului dengan wangian rempah yang ceria, tercetus daripada lada merah jambu dan buah pelaga. Haruman Parisian Oud menyerlah dengan begitu sempurna, dengan limau gedang sebagai haruman utama, diimbangi oleh haruman badam yang lembut.

Minyak wangi itu didahului dengan pelbagai haruman bunga, dicetuskan daripada intipati mawar, melati putih dan geranium, sebelum wangian kulit dan minyak Oud Fragrance Du Bois yang 100% asli dan semula jadi mengolah wangian itu menjadi simfoni yang kompleks dan sofistikated. Seterusnya, Cistus labdanum dan kemenyan menambah haruman mewah dan resin kepada haruman asas yang membangkitkan aroma berasap yang sangat halus, dengan cendana serta nilam yang meringankan ensembel menjadi haruman 'kerusi kulit lembut'.

Heritage dicipta oleh Pakar Pembuat Minyak Wangi Francois Merle-Baudoin untuk Fragrance Du Bois
Heritage dicipta oleh Pakar Pembuat Minyak Wangi Francois Merle-Baudoin untuk Fragrance Du Bois

Heritage, hasil ciptaan Pakar Pembuat Minyak Wangi Francois Merle-Baudoin, meraikan gaya dan warisan busana anggun yang abadi. Harumannya bersifat mewah dan elegan serentak; sofistikated dan memikat; dengan wangian permulaan bergamot yang segar serta aldehid bunga yang menghasilkan haruman lembut melati dan serbuk orris yang kompleks namun disenangi, ditambah dengan sedikit bau kemenyan yang mistik.

Bagi haruman dasarnya, cedarwood dan cendana memberikan pelbagai bauran yang begitu selesa dan menghangatkan, manakala haruman vanila yang lembut dan berkrim serta minyak Oud Fragrance Du Bois yang 100% asli dan semula jadi memberikan kehebatan haruman yang menakjubkan dan rasa sejahtera yang hampir memukau serta tahan lama.

Amber Intense daripada Fragrance Du Bois
Amber Intense daripada Fragrance Du Bois

Akhir sekali, melambangkan intipati semangat bebas, Amber Intense yang dinamik dan menarik ialah eksperasi Oud Amber Intense yang diformulasikan semula, diperkenalkan pada tahun 2014. Ia mengambil inspirasi dari Timur dan mengandungi wangian permulaan yang berempah dan bersitrus, berserta haruman bergamot, limau, lada hitam dan juga kayu manis. Wangian kayu bunga-bunga dan buah-buahan daripada neroli, ros, anggur hitam dan nilam memikat hati serta dikekalkan bersama-sama dengan amber accord. Campuran yang pelbagai itu memukau deria, diakhiri dengan haruman kasturi, balsam Peru dan minyak Oud kebanggaan Fragrance Du Bois yang 100% asli dan juga semula jadi.

Parisian Oud, Heritage dan Amber intense (100ml) setiap satunya berharga EUR695.00 dan akan disediakan secara eksklusif di butik utama Fragrance Du Bois Eropah yang bakal dibuka tidak lama lagi di Geneva, Switzerland, serta di kedai-kedai minyak wangi Jovoy di Paris, Perancis serta Doha, Qatar.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham 
Pengurus Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel: samantha.tham@fragrancedubois.com 
Tel: +65 9144 0933

Charlotte Medigue  
Pegawai Pemasaran & Pentadbiran - Eropah
E-mel: charlotte.medigue@fragrancedubois.com  
Tel. Bimbit: +41 227 077 330

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois ialah sebuah syarikat minyak wangi khas yang mewah, dihasilkan daripada sari pati alam semula jadi yang terkaya, dibuat oleh pakar minyak wangi generasi kelima daripada tradisi Grasse, Perancis pada abad ke-17. Bahan utama di sebalik ciptaan kesemua produk Fragrance Du Bois ialah minyak Oud kami yang istimewa, yang memancarkan aroma kemewahan sebenar yang tersendiri dan unik. Kesemua minyak Oud yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan sendiri di ladang yang diurus secara lestari dengan jaminan perolehan bahan yang beretika dan mampan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161206/8521607972-a 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161206/8521607972-b 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161206/8521607972-c 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161206/8521607972-d

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services