SINGAPURA, 13 Disember 2016 /PRNewswire/ -- HPL Hotels & Resorts, sebuah anak syarikat Hotel Properties Limited yang berpangkalan di Singapura dan pengendali segmen pengurusan hospitaliti di seluruh rantau Asia Pasifik, dengan ini mengumumkan ia akan mengambil alih pengurusan Boathouse by Montara pada 8 Disember 2016.
Hotel tersebut akan dijenamakan semula sebagai "The Boathouse Phuket", di bawah jenama The Boutique Collection by HPL Hotels & Resorts. Hotel-hotel lain termasuk Casa del Mar Langkawi, Casa del Rio Melaka dan The Lakehouse Cameron Highlands.
"Jenama The Boutique Collection berkitar tentang penyediaan perkhidmatan diperibadikan dan membuatkan tetamu berasa seolah-oleh berada di rumah, dan menambah jenama Boathouse ke dalam kluster yang akan melengkapi portfolio tersebut," kata Stephen Lau, Pengerusi HPL Hotels & Resorts. "Pengambilalihan ini memperlihatkan komitmen kami dalam mengembangkan perniagaan kami di Thailand dan di seluruh pelusuk rantau ini."
HPL Hotels & Resorts menjamin bahawa ia akan menjalankan perniagaan seperti biasa, "tetamu yang membuat tempahan setelah berlakunya perubahan pengurusan dijamin bahawa segala terma dan syarat tempahan mereka tidak akan berubah. Pasukan kami juga tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan kedatangan mereka," kata Max Chin, Pengurus Besar The Boathouse Phuket.
Terletak di Kata, di bahagian pantai barat Phuket, hotel ini bermula sebagai sebuah restoran sejak lebih 27 tahun lalu. Kini, hotel tersebut menyediakan sejumlah 38 bilik tamu, termasuk 11 suit, kelab pantai, spa, ruang istirehat matahari terbenam, bilik simpanan wain bawah tanah yang pernah meraih anugerah, sebuah bar dan juga restoran Boathouse Wine & Grill yang terkenal.
The Boathouse Phuket merupakan hartanah ke-12 yang diurus oleh syarikat pengurusan hospitaliti yang berpangkalan di Singapura ini. Jenama-jenama lain yang turut diurus oleh HPL Hotels & Resorts termasuk Concorde Hotels & Resorts, Hard Rock Hotels dan Gili Lankanfushi, pusat peranginan mewah yang mesra alam di Maldives.
Alamat
The Boathouse, Phuket
182 Koktanode Road, Kata Beach, Phuket 83100, Thailand. Tel: +66-76-330-015-7
Faks: +66-76-330-561
E-mel: info@boathouse–phuket.com
Laman sesawang: www.boathouse-phuket.com
LATAR BELAKANG HPL HOTELS & RESORTS
Beribu pejabat di Singapura, HPL Hotels & Resorts ialah sebuah syarikat pengurusan hospitaliti, dikendalikan dan dimiliki sepenuhnya oleh Hotel Properties Limited (HPL), sebuah syarikat Singapura yang tersenarai pada papan utama. HPL Hotels & Resorts mengurus segala aktiviti yang dijalankan oleh dua belas hotel dan pusat peranginan di Asia Pasifik serta Lautan India. Ini termasuk Concorde Hotel Singapore, Concorde Hotel Kuala Lumpur, Concorde Hotel Shah Alam, Concorde Inn Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Hard Rock Hotel Bali, Hard Rock Hotel Pattaya, Hard Rock Hotel Penang, Casa del Mar Langkawi, The Lakehouse Cameron Highlands, Casa del Rio Melaka, The Boathouse Phuket dan juga Gili Lankanfushi Maldives.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hplhotels.com.
Segala pertanyaan berkenaan media, sila hubungi:
Angeline Loh, Pengarah Komunikasi Pemasaran
E-mel: angeline.loh@hplhotels.com
Talian Terus: +65-6731-4902 | Tel: +65-6734-5250 | Faks: +65-6235-3216
HPL Hotels & Resorts
50 Cuscaden Road, #05-02 HPL House, Singapura 249724