omniture

Osram Sambut Majlis Pemasangan Bumbung Kilang Cip LED Kulim

Osram
2016-12-13 10:43 1302

KULIM, Malaysia, 13 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Osram Opto Semiconductors mengadakan majlis memasang bumbung untuk kilang pengeluaran cip LED baharu di Taman Teknologi Tinggi Kulim di Malaysia pada 24 November 2016. Aldo Kamper, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Osram Opto Semiconductors, Dr. Roland Mueller, Pengarah Urusan, dan Timbalan Menteri MITI YB Datuk Chua Tee Yong menghadiri majlis dalaman syarikat itu. Terletak di tanah berkeluasan 48 ekar, kilang Kulim itu akan menjadi tapak pengeluaran cip LED terbesar dan paling moden di dunia. Pembangunan dan pengeluaran kilang baharu di Kulim ini meliputi cip LED semikonduktor berdasarkan wafer 6 inci.

Dari kini ke kanan: En. Ado Kamper, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Osram Opto Semiconductors, Tuan Yang Terutama Holger Michael, Duta Republik Persekutuan Jerman, Yang Berhormat Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri MITI, Dr. Roland Mueller, Pengarah Urusan, Osram Opto Semiconductors menghadiri majlis memasang bumbung.
Dari kini ke kanan: En. Ado Kamper, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Osram Opto Semiconductors, Tuan Yang Terutama Holger Michael, Duta Republik Persekutuan Jerman, Yang Berhormat Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri MITI, Dr. Roland Mueller, Pengarah Urusan, Osram Opto Semiconductors menghadiri majlis memasang bumbung.

Aldo Kamper, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Osram Opto Semiconductors, berkata: "Kami dapat menyaksikan pertumbuhan yang tinggi dalam pasaran lampu LED global, didorong oleh peningkatan penggunaan sistem lampu LED. Cip-cip LED merupakan komponen utama dalam sistem lampu moden ini. Kami berasa bangga kerana dapat mengeratkan hubungan kami dengan Malaysia yang telah terjalin selama sedekad menerusi kemudahan baharu ini, khususnya ketika Malaysia semakin menempa nama sebagai hab pengeluaran untuk pembuatan LED. Kilang baharu di Kulim ini bukan sahaja terus menyokong pembangunan ekosistem LED di Malaysia, bahkan turut mengukuhkan kedudukan kepimpinan Osram dalam pasaran LED global."

Setelah selesai fasa memasang cerucuk dan substruktur, kilang baharu itu dijadualkan menerima peralatan pada awal musim panas tahun 2017 dan bakal memulakan operasi pengeluaran pada akhir tahun 2017. Setelah siap, kilang baharu itu dijangka dapat menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di Malaysia.

Wajah terkini kilang LED baharu Osram di Kulim, Malaysia
Wajah terkini kilang LED baharu Osram di Kulim, Malaysia

Dr. Roland Mueller, Pengarah Urusan Osram Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn. Bhd. berkata, "LED kami telah dipasang di kilang rintis Osram di Pulau Pinang sejak awal tahun 1970-an. Sejak itu, pengeluaran cip LED moden telah ditambah untuk kilang tersebut. Kini, sejak diperluas ke Kulim, keupayaan pengeluaran tambahan itu akan membolehkan Osram untuk terus memperkukuh kepimpinan teknologi dan kemampuan untuk bertindak balas secara anjal terhadap peningkatan permintaan untuk LED berkualiti terbaik di seluruh dunia."

LATAR BELAKANG OSRAM

OSRAM, yang berpangkalan di Munich, ialah pengeluar lampu terkemuka di dunia, yang mencatat sejarah sejak 100 tahun lalu. Portfolio produk merangkumi aplikasi berteknologi tinggi berasaskan teknologi semikonduktor seperti inframerah atau cahaya laser. Produk-produk tersebut digunakan untuk pelbagai aplikasi, bermula daripada realiti maya, pemanduan automatik atau telefon bimbit kepada penyelesaian lampu pintar dan terhubung di dalam bangunan dan juga di bandar-bandar. Bagi lampu automotif, syarikat ini merupakan peneraju pasaran dan juga teknologi. Berasaskan operasinya yang berterusan (tidak termasuk Ledvance), OSRAM menggajikan kira-kira 24,600 kakitangan di seluruh dunia pada akhir tahun fiskal 2016 (30 September) dan menjana hasil berjumlah hampir EURO 3.8 bilion pada tahun fiskal tersebut. Syarikat ini juga tersenarai dalam bursa saham di Frankfurt dan Munich (ISIN: DE000LED4000; WKN: LED400; simbol dagangan: OSR). Maklumat tambahan disediakan di www.osram.com.

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161212/0861613414-a
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161212/0861613414-b

Source: Osram
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Semiconductors New products/services