omniture

Miral Umum Rancangan Bangunkan SeaWorld di Pulau Yas, Abu Dhabi

Miral Asset Management
2016-12-14 03:16 1132

ABU DHABI, UAE, 14 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Miral jalin kerjasama dengan SeaWorld bawakan pengalaman taman tema hidupan marin generasi seterusnya serta Pusat Penyelidikan, Menyelamat, Rehabilitasi dan Pengembalian Hidupan Marin pertama UAE menjelang 2022

Miral dan SeaWorld Entertainment, Inc. (NYSE: SEAS) ("SeaWorld") hari ini mengumumkan perkongsian antara kedua-dua pihak untuk membangunkan SeaWorld Abu Dhabi, taman tema hidupan marin pertama seumpamanya di Pulau Yas. SeaWorld Abu Dhabi generasi seterusnya ini akan turut menyediakan pusat penyelidikan, penyelamat, rehabilitasi dan pengembalian yang pertama dan khusus untuk hidupan marin yang mempunyai kemudahan serta sumber bertaraf dunia untuk tujuan penjagaan dan juga pemuliharaan hidupan marin tempatan. SeaWorld Abu Dhabi akan menjadi SeaWorld baharu pertama tanpa paus pembunuh (orca) dan akan menggabungkan pengalaman mendekati haiwan, tarikan mega dan juga akuarium bertaraf dunia, selain membawakan teknologi terkini untuk penglibatan pengunjung.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/8002251-miral-announces-seaworld-yas-island

Jalinan kerjasama ini menggabungkan kepakaran Miral dalam membangunkan portfolio destinasi Pulau Yas dengan amalan serta pengalaman SeaWorld selama lebih 50 tahun mengurus taman tema, perubatan veterinar, sains marin dan juga zoologi.

"Abu Dhabi semakin menjadi destinasi pilihan utama oleh kalangan pengembara serantau dan global yang menggabungkan pengalaman budaya, warisan serta riadah yang unik dalam satu tawaran nilai yang menarik. SeaWorld Abu Dhabi terus memperkukuh kedudukannya di Pulau Yas sebagai destinasi pelancongan bertaraf global," kata Tuan Yang Terutama Mohamed Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Miral.

"Pengumuman yang dibuat ini mencerminkan sasaran emiriah untuk mewujudkan ekonomi yang mampan dan pelbagai, dengan menjadikan pelancongan sebagai salah satu tunjang utamanya. Abu Dhabi terus berusaha menjalin kerjasama yang berkekalan yang dapat membantunya mencapai Wawasan 2030 yang strategik, untuk mengubah serta merintis destinasi-destinasi baharu yang mendapat pengiktirafan kualiti, keaslian dan inovasi bertaraf dunia pada setiap peringkat.

Joel Manby, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SeaWorld berkata: "Kami berasa teruja untuk mengumumkan usaha peluasan antarabangsa pertama kami serta perkongsian kami dengan Miral dalam usaha kami membangunkan SeaWorld untuk generasi seterusnya yang menghubungkan, mendidik dan memberi inspirasi, satu pelan tindakan yang diwujudkan di Abu Dhabi. Taman baharu ini, digabungkan dengan kemudahan penyelidikan, penyelamat, rehabilitasi dan pengembalian khusus memberi tumpuan pada penjagaan dan pemuliharaan hidupan marin, meneruskan legasi SeaWorld terhadap usaha menyelamat hidupan marin yang dilakukan sejak lebih 50 tahun lalu. Projek ini memberi peluang kolaborasi dan pemahaman yang lebih baik tentang sejauh mana spesies telah beradaptasi terhadap persekitaran marin yang unik di rantau itu, selain untuk menginspirasikan pengunjung, penyokong pemuliharaan dan pakar penjagaan haiwan generasi akan datang."

Pusat penyelidikan, penyelamat, rehabilitasi dan pengembalian SeaWorld Abu Dhabi di Pulau Yas akan menjadi pusat yang pertama seumpamanya di negara tersebut yang menyediakan persekitaran termaju untuk penyelidik tempatan dan global, saintis serta penyokong pemuliharaan marin bagi membantu mereka memahami dan juga mempelajari habitat serta keadaan kehidupan marin di rantau itu dengan lebih baik. Dirancang untuk dibuka menjelang perasmian taman tema hidupan marin, kemudahan itu akan menyediakan sumber penting untuk warga dan penduduk UAE yang ingin mempelajari atau meningkatkan kepakaran dalam sains hidupan marin, selain berperanan sebagai hab untuk tujuan kolaborasi dengan organisasi-organisasi dan juga projek-projek alam sekitar di dalam dan luar negara.

Mohamed Abdalla Al Zaabi, Ketua Pegawai Eksekutif Miral berkata: "SeaWorld Abu Dhabi ialah sebuah projek unik untuk rantau tersebut yang melengkapi portfolio tempat tarikan kami dan memperkayakan Pulau Yas sebagai destinasi paling menarik untuk pengunjung kami. Sebagai pemaju destinasi Abu Dhabi yang tersendiri dan menarik ini, peluang untuk membangunkan taman tema hidupan marin generasi seterusnya dengan kerjasama SeaWorld adalah suatu yang berani dan bercita-cita tinggi. Miral akan terus membangunkan dan mencipta destinasi-destinasi utama untuk Pulau Yas yang menawarkan pengalaman yang unik, imersif dan menarik buat semua."

Penambahan SeaWorld Abu Dhabi ini meluaskan portolio destinasi Miral di Pulau Yas, yang bakal menggandakan jumlah pengunjung menjadi 48 juta menjelang tahun 2022. Rancangan pertumbuhan itu merupakan sebahagian daripada visi Abu Dhabi untuk menjadikan emiriah itu sebagai hab pelancongan global yang mempunyai tarikan tersendiri dan prasarana pelancongan bertaraf dunia.

SeaWorld Abu Dhabi bakal dibuka menjelang tahun 2022, dan bakal melengkapi portfolio destinasi Pulau Yas Miral yang terdiri daripada empat taman tema, termasuk Dunia Ferrari Abu Dhabi, Taman Tema Air Yas serta pembukaan Warner Bros. World Abu Dhabi dan juga Clymb pada tahun 2018 yang diumumkan baru-baru ini. Pulau Yas juga menawarkan pelbagai pengalaman sukan dan hiburan termasuk Litar Marina Yas, tujuh hotel, pelbagai siri acara yang diadakan sepanjang tahun, arena persembahan dan konsert secara langsung, padang golf kejohanan 18 lubang, marina, pantai, dan juga destinasi membeli belah yang semakin terkenal, Yas Mall.

Latar Belakang Miral 

Miral ialah pencipta destinasi Abu Dhabi, menyatukan orang ramai dan lokasi menerusi pengalaman yang unik, imersif dan menarik. Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan promosi Pulau Yas, aset-aset Miral terdiri daripada hiburan, hospitaliti, santai, sukan, restoran, gedung beli belah dan destinasi hartanah. Kini, Pulau Yas menempatkan Dunia Ferrari Abu Dhabi, Taman Tema Air Yas, Padang Gold Yas Links, Pusat Membeli belah Yas, Litar Marina Yas dan juga tujuh buah hotel, termasuk Yas Viceroy yang terkenal. Untuk maklumat lanjut tentang Miral, sila layari http://www.miral.ae.

Latar Belakang SeaWorld Entertainment, Inc. 

SeaWorld Entertainment, Inc. (NYSE: SEAS) ialah syarikat taman tema dan hiburan terkemuka, yang memberikan pengalaman penting, selain menginspirasikan tetamu untuk melindungi haiwan dan keajaiban hidupan liar di dunia kita. Syarikat ini ialah salah sebuah organisasi zoologi utama dunia serta peneraju global dalam kebajikan haiwan, latihan, penternakan dan juga penjagaan haiwan. Syarikat ini turut menyelamat dan memulihkan haiwan laut dan darat yang sakit, cedera, yatim atau ditinggalkan, dengan matlamat untuk mengembalikan haiwan tersebut ke dalam habitat liarnya. SeaWorld Entertainment, Inc. memiliki atau melesenkan portfolio yang merangkumi jenama-jenama diiktiraf, termasuk SeaWorld, Busch Gardens® serta Sea Rescue®. Selama lebih 50 tahun melakar sejarah, syarikat ini telah membangunkan pelbagai portfolio yang terdiri daripada 12 destinasi serta taman tema serantau di seluruh Amerika Syarikat. Taman-taman tema syarikat itu menyediakan pelbagai pilihan permainan, pertunjukan dan kemudahan-kemudahan lain yang merangkumi tarikan lokasi yang luas, memberikan pengalaman indah dan tawaran nilai yang besar untuk para tetamunya. Maklumat tambahan tentang SeaWorld Entertainment, Inc. boleh didapati di http://www.seaworldentertainment.com.  

Untuk pertanyaan media:
Aimée Jeansonne Becka
Komunikasi Korporat SeaWorld
Aimee.Jeansonne-Becka@SeaWorld.com
1.407.226.5258

Ghaith Nazzal
communications@miral.ae 
+971.50.611.7930

Photo - http://mma.prnewswire.com/media/448911/SeaWorld_Abu_Dhabi.jpg

Source: Miral Asset Management
Related Stocks:
NYSE:SEAS
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel Conservation/Recycling Joint ventures Licensing/marketing agreements New products/services