omniture

Pameran Perdagangan Alam Sekitar Utama Asia Teruskan Pertumbuhan Pesat

ekspo IE Guangzhou 2016 Langkaui Jangkaan
-- 301 pempamer dan 19,923 pengunjung perdagangan
-- Program sokongan berkualiti tinggi
-- Pemadanan perniagaan sokong permintaan dan bekalan
IE expo Guangzhou
2016-12-14 19:58 640

GUANGZHOU, China, 14 Disember 2016 /PRNewswire/ -- ekspo IE Guangzhou 2016 melabuhkan tirai pada 26 November lalu di Kompleks Pameran Import dan Eksport China di Guangzhou – dan mencatat rekod baharu. Tahun ini, pameran perdagangan ini telah menarik 301 pempamer-- satu peningkatan sebanyak 50 peratus -- daripada 15 negara dan kawasan untuk mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka di ruang pameran berkeluasan 19,000 meter persegi. Dengan bilangan seramai 19,923 orang, jumlah pengunjung perdagangan turut meningkat 32 peratus berbanding pada tahun 2015. Pertumbuhan kukuh ekspo IE Guangzhou dalam semua segmen – air, sisa, udara dan tanah – adalah bukti perkembangan pesat industri perlindungan alam sekitar di China Selatan.

Merupakan ekspo sampingan hasil daripada ekspo IE China di Shanghai, versi Guangzhou itu mendapat manfaat daripada reputasi kukuh jenama tersebut dan juga sumber global pihak penganjur, Messe Munchen, atas peningkatan tinggi bilangan pempamer dan pengunjung antarabangsa. Korea Trade-Investment Promotion Agency (Agensi Promosi Perdagangan-Pelaburan Korea), berserta Korean Environment Preservation Association (Persatuan Pemeliharaan Alam Sekitar Korea), menganjurkan Pavilion Negara yang terdiri daripada 19 syarikat perusahaan Korea buat pertama kalinya. Golongan profesional antarabangsa dari Vietnam, Filipina, Australia, Malaysia, Brazil, India, dan Albania turut mengunjungi pameran tersebut. 

Selain itu, program sokongan di ekspo IE Guangzhou 2016 adalah salah satu daripada acara kemuncaknya. Sebanyak lima belas forum dan seminar memberi tumpuan terhadap topik-topik hangat dan trend terkini dalam industri perlindungan alam sekitar di China Selatan. Lebih 100 ahli profesional dan peneraju utama mengambil bahagian dalam program itu dan berkongsi pengalaman mereka bersama audiens. Antaranya, Forum Sidang Kemuncak Perlindungan dan Kawalan Pencemaran Air China Selatan, Seminar Teknologi Kawalan dan Pemantauan Sebatian Organik Meruap (VOC) Industri-industri Utama Guangdong, Seminar Akademik Rawatan Kumbahan Seluruh Negara dan Penaiktarafan Taman-taman Industri 2016 serta Jerayawara Teknologi Peranti Pengukuran Alam Sekitar merupakan tumpuan utama bagi tahun ini.

ekspo IE Guangzhou 2016 turut diadakan serentak dengan WasteMET Asia 2016, yang dianjurkan oleh SingEx dan WMRAS, selain menghimpunkan sembilan persatuan pengurusan sisa daripada Asia Pacific Waste and Environment Alliance (Pakatan Sisa dan Alam Sekitar Asia Pasifik) (APWEA). Penempatan bersama ini mencetuskan sinergi utama untuk sektor pengurusan dan kitar semula sisa bagi kedua-dua pempamer dan juga pengunjung. Dengan sokongan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Sains dan Teknologi Wilayah Guangdong, beberapa acara pemadanan perniagaan turut ditawarkan. Lebih 50 pengguna akhir menghadiri mesyuarat tersebut. Lebih 100 pempamer turut membantu pengguna akhir mencari penyelesaian yang lebih berkesan dan menjimatkan bagi menangani cabaran yang sedang mereka hadapi.

Program sokongan ekspo IE Guangzhou 2016

Laporan akhir ekspo IE Guangzhou 2016.

Edisi seterusnya bakal diadakan mulai 20-22 September 2017 di Kompleks Pameran Import dan Eksport China di Guangzhou, China.

ekspo IE China 2017 Terus Diperluas

Sehubungan dengan keputusan baik yang dicatat daripada ekspo IE China 2016 dan peningkatan permintaan terhadap teknologi alam sekitar terkini, ruang pameran untuk tahun 2017 akan ditambah bagi menampung keseluruhan 8 dewan; lebih 60% daripada reruai ekspo IE China 2017 sudah terjual.

Sila klik pautan berikut untuk mendapatkan maklumat terperinci.

Senarai Pempamer ekspo IE 2016

Brosur Pameran ekspo IE 2017

Borang Permohonan ekspo IE China 2017

 

 

Source: IE expo Guangzhou
Keywords: Computer/Electronics