omniture

Porsche Bawa Media Driving Academy ke Sepang, Malaysia

Porsche Asia Pacific Pte Ltd
2016-12-15 10:00 870

SINGAPURA, 15 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Ekoran daripada kejayaan sulung Porsche Media Driving Academy (MDA), Porsche Asia Pacific, dan Sime Darby Auto Performance -- pengimport rasmi kereta Porsche di Malaysia -- bersama-sama menganjurkan lelaran MDA kedua yang berlangsung dari 13 sehingga 16 November 2016. Acara ini diadakan di Litar Antarabangsa Sepang di Malaysia, tuan rumah untuk Malaysian Formula 1 Grand Prix.

Untuk mendapatkan siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/porsche_201611.shtml

 

 

Peserta menjalani kursus mencabar di Akademi Memandu Media Porsche 2016
Peserta menjalani kursus mencabar di Akademi Memandu Media Porsche 2016

   

Daripada pemanduan harian kepada pemanduan profesional di litar
Daripada pemanduan harian kepada pemanduan profesional di litar

 

Menyempurnakan kemahiran memandu di Litar Antarabangsa Sepang
Menyempurnakan kemahiran memandu di Litar Antarabangsa Sepang

 

Akademi Memandu Media Porsche kedua
Akademi Memandu Media Porsche kedua

 

MDA membolehkan peserta mengalami prestasi maksimum kereta Porsche melalui kursus berturutan yang direka untuk menajamkan kemahiran pemanduan wartawan. Dengan penekanan terhadap pemindahan teknologi Porsche daripada sukan permotoran kepada kereta kegunaan di jalan raya, acara ini menawarkan peluang kepada para wartawan untuk merasai keseluruhan dan kepelbagaian model Porsche -- dari kereta sports biasa kepada kereta lumba jalanan. Model Porsche termasuk 911, 718 Boxster S, Cayenne dan Macan disediakan untuk dipandu peserta semasa MDA. Porsche memaparkan pilihan model semasa yang lengkap kecuali untuk Panamera kerana model generasi baharu akan tiba dalam rantau ini tidak lama lagi semasa tempoh peralihan ini.

Wartawan dari rantau ini menyertai salah satu daripada tiga kursus prestasi MDA: Individu, Profesional atau Elit. Dalam setiap kursus, pengajar bertauliah Porsche memberikan bimbingan pakar dan petua profesional. Pemandu yang membuat kemunculan pada tahun ini ialah pemandu kereta lumba popular Earl Bamber, yang bekerja secara langsung dengan peserta kursus Profesional dan Elit, berkongsikan pengalaman pemanduan bertahun-tahun beliau dalam litar untuk membolehkan mereka merasai kehidupan seorang pemandu Le Mans.

Selain aktiviti di trek perlumbaan, para wartawan turut diberikan pengajaran teori dan bengkel mendalam, termasuk rejim keadaan sukan permotoran unik untuk kursus lebih pakar yang biasanya dikhaskan untuk pemandu kereta lumba yang berkaliber lebih tinggi. Pada akhir kursus, mereka telah menerima pensijilan rasmi yang mengiktiraf kelayakan yang diperolehi di MDA.

"Litar Antarabangsa Sepang memberikan persekitaran yang selamat dan terkawal untuk pemandu berasa bebas daripada rutin pemanduan biasa mereka dan meningkatkan lagi kelajuan pemanduan mereka. Apa yang lebih penting, Media Driving Academy membawakan pengalaman Porsche dari bilik pameran ke kawasan berturap untuk menyerlahkan inovasi teknologi kereta kami," kata Martin Limpert, selaku Pengarah Urusan Porsche Asia Pacific.

Orang awam yang berminat untuk memandu kereta Porsche di atas trek boleh mendaftar dengan Porsche Sport Driving School, di lokasi berlainan dalam dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: https://drivingexperience.porsche.com/en/sport-driving-school.

Porsche Media Driving Academy 2016 -- Kursus

Individu

Kursus Individu menumpukan terhadap asas kawalan kenderaan, termasuk slalom, pembrekan, laluan keselamatan dan ubah laluan pemanduan. Diketuai oleh pengajar Porsche berkelayakan, program ini memberikan pandangan mendalam tentang undang-undang fizik asas yang berkaitan dengan pemanduan dan pengendalian serta pengenalan alat bantu pemanduan elektronik Porsche yang pelbagai untuk digunakan di trek perlumbaan atau di luar trek perlumbaan.

Profesional

Kursus ini melibatkan latihan yang lebih intensif dalam mendekati dan melalui liku dengan tepat, melibatkan latihan pembelokan yang lebih rumit. Selain latihan brek dan ubah laluan jalan yang bermanfaat ini, buat pertama kali dalam tahun ini, peserta Profesional akan turut mengalami sendiri Latihan Fizikal Sukan Permotoran oleh pengajar kecergasan yang sellau melatih pemandu kereta lumba. 

Elit

Menumpukan kepada wartawan yang sudahpun merupakan pemandu yang hebat, program ini dibuat bagi menyokong pemanduan berorientasikan sukan bebas. Menerusi penggunaan kereta Porsche berprestasi tinggi dan latihan persendirian, para wartawan boleh mendapatkan maklumat dari dalam dan mengalami prestasi penuh kereta tersebut, menggunakan teknik lanjutan seperti pembrekan seret dan stereng pendikit.

Petikan Rakaman Temuramah Earl Bamber, Juara 24 Hours of Le Mans 2015

Earl, anda dibesarkan di New Zealand, dan kini tinggal di Malaysia. Apakah yang membawa anda ke sini?

Saya berpindah ke sini kira-kira empat ke lima tahun lepas. Ada banyak peluang dalam rantau ini untuk sukan permotoran, terutamanya di Malaysia. Sebenarnya, litar Sepang telah menjadi salah satu hab pusat untuk sukan permotoran di Asia. Sepang juga merupakan satu kemudahan yang bagus – pada saya ini adalah trek utama saya. Jelas sekali, kami amat berbangga dengan Sepang. Kini trek ini telah turap semula dan beberapa liku telah diubah, ia menjadikannya lebih menarik dan hebat. Ia sesuatu yang bagus apabila trek seperti ini ada di sini kerana mereka yang ada dalam rantau ini dapat mula memahami sukan permotoran dan juga idea tentang prestasi dan pemanduan dalam litar.

Apakah yang anda sukai tentang memandu Porsche di dalam trek dan di atas jalan dan apakah model kegemaran anda?

Bagi saya, sememangnya saya suka memandu dan sentiasa gembira untuk menaiki kereta dan memandu. Tetapi yang saya benar-benar suka adalah kehampiran ciri antara kereta jalan dan kereta lumba – ia benar-benar menarik. Kerana semua orang mengetahui, kereta Porsche untuk jalan raya juga sama seperti kereta lumba. Apabila anda memandu Porsche anda sentiasa memandu dengan senyuman di wajah. Untuk saya, kereta untuk jalan raya kegemaran saya ialah 911 GT3 RS. Saya amat bertuah dapat memandu ujinya, memang ia benar-benar hebat.

Petikan Rakaman Temuramah Martin Limpert, Pengarah Urusan Porsche Asia Pacific

Dengan kumpulan pelanggan yang meningkat di Asia, adakah kita akan melihat perkembangan seterusnya daripada segi pengelektrikan? Di Asia, mungkin tiada infrastruktur yang mencukupi untuk menyokong kereta elektrik, apakah pendapat anda tentang ini?

Saya berpendapat pengelektrikan akan menjadi lebih popular, persoalannya adalah bila ia akan berlaku? Ini mungkin berbeza-beza mengikut negara daripada segi kepantasan, sama ada disebabkan infrastruktur atau lain-lain, tetapi kami amat percaya bahawa ia akan berlaku. Penghibridan adalah satu cara untuk mencapainya, tetapi sebenarnya jika kita lihat ke hujung dekad ini, akan ada Porsche Mission E kami, kereta elektrik sepenuhnya pertama daripada kami. Untuk Porsche, kereta sports elektrik bukan sahaja boleh dibayangkan, tetapi juga akan menjadi realiti.

Saya melihat Pratonton Ringkas 718 Boxster, 718 Cayman dan Panamera di seluruh rantau baru-baru ini. Apakah produk lain yang menjadi tumpuan anda?

Ya, 718 Boxster dan 718 Cayman diperkenalkan pada awal tahun ini dengan enjin baharu, konsep pemindahan teknologi terbukti untuk pengecasan turbo daripada 919 Hybrid unggul, juara 24 Hours of Le Mans, membawakan inovasi daripada trek perlumbaan ke jalan raya. Kemudian Panamera generasi kedua, diperkenalkan melalui kempen "Courage Changes Everything" (Keberanian Mengubah Segala-galanya). Kereta ini digelar sebagai salun kemewahan paling pantas dalam dunia dengan 7 minit dan 38 saat masa pusingan Nürburgring. Anda boleh membayangkan betapa terujanya mempunyai Gran Turismo untuk pemanduan perniagaan, keluarga, mewah dan sporty, semua dalam satu. Yang terkini, kami mengumumkan Cayenne Platinum Edition, yang memberi pelanggan banyak pilihan standard seperti tempat duduk sports dengan Alcantara, tayar rekaan RS Spyder 20 inci, pakej rekaan luar dalam warna hitam kilat licau dan kaca privasi, sistem keliling BOSE dan Pengurusan Komunikasi Porsche generasi terkini yang sofistikated. Penampilan keseluruhan menyerlahkan rekaan sporty yang eksklusif.

Latar Belakang Porsche Asia Pacific Pte Ltd

Porsche Asia Pacific Pte Ltd memulakan operasi pada 1 Oktober 2001 dan diasaskan untuk merapatkan hubungan Porsche dengan pasaran Asia Pasifik yang menjadi semakin penting dan untuk menyokong pengimport dan pengedar kami. Porsche Asia Pacific menyokong operasi di sebanyak 13 buah negara/ rantau: Brunei, Kemboja, Polinesia Perancis, Indonesia, Malaysia, Mongolia, New Caledonia, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201611/porsche/video.mp4 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161201/8521607529-a 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161201/8521607529-b 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161201/8521607529-c 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161201/8521607529-d 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160120/8521600399LOGO

Source: Porsche Asia Pacific Pte Ltd
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion New products/services Trade show news