omniture

MSCI ESG Research Berikan YES BANK Penarafan 'AAA'

YES BANK Ltd
2016-12-15 11:38 810

MUMBAI, India, 15 Disember 2016 /PRNewswire/ -- YES BANK, bank sektor swasta kelima terbesar di India, telah dinaik taraf oleh MSCI ESG Research untuk menerima Penarafan AAA berbanding penarafan AA yang terdahulu. MSCI ESG Report telah menonjolkan kelebihan utama YES BANK dari segi Keselamatan Produk Kewangan, Tadbir Urus Korporat dan Kestabilan Sistem Kewangan, selain turut menekankan bahawa tiada risiko signifikan bagi bank itu menurut perspektif ESG.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151012/769006 )

Rana Kapoor, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai EksekutifYES BANK, berkata, "YES BANK menunjukkan kecemerlangan dari segi pengurusan risiko memandangkan kami merupakan bank pertama di India yang menyepadukan risiko persekitaran dan sosial ke dalam rangka kerja penilaian risiko kredit keseluruhan, yang membolehkan kami mengurangkan risiko yang muncul secara proaktif dan mencipta peluang baharu dalam sektor-sektor baharu di India. Pelabur-pelabur institusi serta individu kini semakin peka terhadap potensi risiko serta peluang yang berkaitan dengan faktor-faktor Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)."

Penarafan 'AAA' itu mengesahkan seluruh rangka kerja risiko milik YES BANK, termasuk parameter ESG yang penting.

Persekitaran   

YES BANK memimpin melalui teladan – pada Tahun Fiskal 2016, bank tersebut mengurangkan GHG Khusus sendiri sebanyak 19.52%  berbanding tahun sebelumnya dan menerima pensijilan ISO 14001:2004 untuk 184 kemudahannya di India.

Sosial  

YES BANK telah melaksanakan model perbankan yang bersifat inklusif, sosial dan tanpa cawangan bagi mendekati lebih 18.8 ratus ribu isi rumah luar bandar melalui 1,55,000 Kumpulan Bantu Diri (SHG). Bank tersebut turut bekerjasama dengan 39 Koresponden Perniagaan (BC) bagi menyediakan perkhidmatan kewangan yang komprehensif kepada penduduk yang tidak mempunyai akaun bank di kawasan luar bandar dan separa bandar, yang meliputi 260 daerah di India.

Tadbir Urus  

YES BANK ialah sebuah institusi rujukan untuk bahagian perakaunan dan pelaporan Tiga Dimensi Penilaian Keuntungan di India, dan pada Tahun Fiskal 2016, ia menjadi bank pertama di India yang menerbitkan Laporan Kelestarian berdasarkan panduan Pelaporan Bersepadu daripada Majlis Pelaporan Bersepadu Antarabangsa, sambil terus mematuhi garis panduan GRI G4. Bank tersebut menerima pensijilan ISO 27001 untuk sistem pengurusan keselamatan maklumat dan dasar privasi data.

Latar Belakang YES BANK: 

YES BANK, bank sektor swasta kelima terbesar di India yang berada di seluruh India merentasi kesemua 29 negeri dan 7 wilayah kesatuan India, beribu pejabat di Daerah Inovasi Parel Bawah (LPID) di Mumbai, merupakan hasil komitmen profesional & keusahawanan oleh Pengasasnya Rana Kapoor serta pasukan Pengurusan Tertinggi, untuk terus berkembang sebagai bank profesional India dengan matlamat jangka panjang untuk 'Membangunkan Bank Dunia dengan Kualiti Terbaik di India menjelang tahun 2020'.

Maklumat Perhubungan Media:
Sonali Shome                                                                
+91-22 3347 8051                                                                                                  
sonali.shome@yesbank.in

Source: YES BANK Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Survey, Polls & Research