omniture

Shanghai Corporate Avenue 3 Rasmi Dinamakan Sebagai Menara Infinitus

LKK Health Products Group
2016-12-19 08:11 806

SHANGHAI, 19 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Pada 17 Disember, 2016, LKK Health Products Group ("LKKHPG") mengumumkan untuk menamakan Corporate Avenue 3 Shanghai secara rasmi sebagai Menara Infinitus. Majlis membuka tirai Menara Infinitus didakan pada hari yang sama.  En Lee Man Tat, Pengerusi Lee Kum Kee Group, ahli Keluarga Lee Ku Kee, En. Sammy Lee, Pengerusi & Pengarah Urusan LKKHPG, ahli lembaga LKKHPG dan tetamu kenamaan lain menghadiri acara tersebut

Shanghai Corporate Avenue 3 dengan rasminya dinamakan Menara Infinitus
Shanghai Corporate Avenue 3 dengan rasminya dinamakan Menara Infinitus

 

Majlis membuka tirai Menara Infinitus
Majlis membuka tirai Menara Infinitus

Pada bulan Disember tahun lepas, LKKHPG memasuki perjanjian jual beli untuk memperoleh Harta Tanah dengan pertimbangan sebanyak RMB 5.7 bilion melalui usaha sama antara subsidiari LKKHPG dan Vanke Property (Hong Kong) Company Limited ("VPHK") masing-masing, yang mana LKKHPG akhirnya memiliki 90% syer manakala VPHK memiliki 10% syer tersebut. Harta Tanah itu, yang dibangunkan oleh Shui On Land Limited, memiliki ruang lantai kasar seluas kira-kira 87,295 meter persegi.

Kadar penghunian di bangunan pejabat Gred A Harta Tanah ini ialah pada 99% ,dan buat masa ini menempatkan antara lainnya PWC, McKinsey, Pernod Ricard, antara peneraju multinasional lain. Infinitus Mall, sebuah pusat membeli-belah mewah di Harta Tanah itu kini dalam proses menarik peniaga dan dijadualkan akan dilancarkan secara besar-besaran pada separuh tahun pertama 2017 nanti.

Terletak di No. 168, Hubin Road, Daerah Huangpu, Shanghai, Harta Tanah ini berada di blok utama pembangunan Xintiandi dan diiktiraf sebagai mercu tanda baharu di Shanghai. Pemerolehan dan penamaan Harta Tanah tersebut adalah atas dasar jenama utama LKKHPG iaitu "Infinitus" yang memperlihatkan keyakinan kumpulan itu terhadap pembangunan masa hadapan China dan industri penjagaan kesihatan, serta keazaman dalam memastikan pertumbuhan mampan kumpulan itu.

Latar Belakang LKK Health Products Group (www.lkkhpg.com)

LKKHPG mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, jualan dan perkhidmatan produk kesihatan herba China; pengurusan ladang TCM dan penjualan bahan ubatan China mentah; platform internet mudah alih serta produk dan perkhidmatan yang berkaitan; dan pelaburan harta tanah. Beribu pejabat di Hong Kong, LKKHPG memiliki subsidiari di tanah besar China, Hong Kong, Taiwan, Malaysia, Singapura dan Kanada. Kumpulan itu kini mempunyai empat harta tanah premium, termasuk Pusat Infinitus di Guangzhou, Plaza Infinitus di Hong Kong, Menara Infinitus di Shanghai serta Plaza Infinitus Guangzhou, yang masih lagi dalam pembinaan.

Ikuti kami di Facebook:  https://www.facebook.com/lkkhpg

 Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161217/0861613543-a
Photo  - http://photos.prnasia.com/prnh/20161217/0861613543-b

 

 

 

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Commercial Real Estate Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Real Estate Acquisitions, mergers, takeovers