omniture

Honor Rai Ulang Tahun Ketiga dengan Honor Magic

Terus bawakan inovasi berani untuk Pengguna Digital
Honor
2016-12-19 08:17 751

SHENZHEN, China, 19 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Honor, sebuah e-jenama telefon pintar terkemuka di dunia untuk pengguna teknologi digital, meraikan ulang tahun ketiganya dengan pelancaran Honor Magic hari ini, satu peranti yang padat dengan teknologi disruptif yang bersedia menakrifkan semula jangkaan terhadap telefon pintar.

Honor Magic -- menuju masa depan
Honor Magic -- menuju masa depan

Honor raih kejayaan berterusan kerana kehadiran seluruh peminat yang berada di serata dunia. Bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka, Honor komited untuk meneroka bidang teknologi baharu, membawakan pengalaman mudah alih yang hebat buat mereka. Honor Magic, produk terkini yang ditambah kepada rangkaian peranti canggih Honor, mencerminkan usaha penting yang dilaksanakan dan memperlihatkan kemuncak kerja-kerja pembangunan & penyelidikan (R&D) lanjutan Honor bagi tujuan membawakan teknologi terbaik teknologi pelanggannya.

Didorong oleh komitmen utuh terhadap inovasi dan kualiti, jejak Honor telah diperluas dengan ketara hanya dalam tempoh tiga tahun, merentasi 74 negara dan rantau berbeza hingga ke hari ini, dengan hasil jualan melebihi US$6 bilion dan 40 juta unit peranti dihantar ke seluruh dunia pada tahun 2015.

Honor Magic Futuristik

Honor terus meneroka aplikasi teknologi baharu. Honor Magic membawakan penemuan baharu dengan menggabungkan elemen kepintaran buatan yang direka untuk memahami dan menganalisis data pengguna demi menyediakan ciri-ciri interaktif yang pintar.

Dikuasakan oleh Kirin 950, Honor Magic menampilkan skrin lengkung 5.09-inci 2K AMOLED. Honor Magic turut memaparkan reka bentuk bergaya dan ergonomik, berserta badan kaca 3D melengkung.

Direka bagi menyokong pengalaman pengguna mudah alih yang lebih intuitif, Honor Magic menawarkan sensor pintar serta teknologi pengecaman. Sensor WiseScreen membolehkan pengguna membuka kunci telefon mereka dengan hanya mengangkat telefon serta melihat pada skrin, manakala paparan akan terpadam secara automatik dan skrin akan dikunci apabila diletakkan atau dimasukkan ke dalam poket. Sementara itu, ciri pengecaman pintar FaceCode menjamin privasi sepenuhnya dengan hanya memaparkan notifikasi mesej pada wajah yang telah didaftar terlebih dahulu.

Untuk terus meningkatkan pengalaman pengguna, Honor Magic menyediakan sistem Honor Magic Live, yang dapat meramal kehendak pengguna dan memudahkan urusan kehidupan seharian mereka dengan menawarkan pelbagai maklumat prediktif. Sebagai contoh, sistem Honor Magic Live mampu memberi pelbagai cadangan yang disesuaikan berdasarkan perbualan sosial pengguna melalui aplikasi pemesejan segera – perbualan berkisarkan filem akan mencetuskan cadangan filem blokbuster.

Paparan Pintar Honor Magic mampu mendapatkan semula dan memaparkan maklumat praktikal secara proaktif, dan meramal keperluan pengguna. Sebagai contoh, tempahan teksi menerusi Honor Magic akan mencetuskan paparan nombor plat lesen pemandu pada skrin.

Untuk menjadikannya pendamping sepanjang masa yang sebenar, Honor Magic menggunakan Huawei Magic Power, teknologi pengecasan pantas proprietari yang revolusioner, yang mampu mengecas 70% bateri dalam masa 20 minit, dan 40% dalam masa 10 minit.1

"Honor Magic merangkumkan komitmen kami terhadap inovasi dan teknologi canggih," kata George Zhao, presiden Honor. "Menerusi pelancaran ini, kami di Honor ingin memaklumkan kepada peminat kami di seluruh dunia bahawa kami benar-benar komited untuk mencabar diri kami dan bersedia memperbaharui status quo,untuk membolehkan kami membawakan pengalaman internet-mudah alih terbaik kepada mereka."

Pencapaian Global Honor

Ulang tahun ketiga Honor mengakhiri satu lagi tahun yang membawa kejayaan untuk jenama utama bertumpukan milenial ini. Pada tahun 2016, ia mencatat rekod jualan merentasi pelbagai peranti yang padat dengan teknologi, mengukuhkan kedudukan Honor sebagai jenama telefon pintar utama dunia.

Di Perancis, Honor ialah peneraju utama dalam kedua-dua segmen EUR200-250 dan EUR300-400 pada April 2016.2 Di Sweden dan Finland, Honor 8 menerajui jualan dalam lingkungan harga EUR400-500, di samping memainkan peranan utama dalam julat harga yang sama di Rusia.3 Honor 8 juga muncul sebagai produk terlaris melalui Amazon di Jerman dan Itali semasa Jualan Black Friday tahun ini.

Honor berbangga – dan berbesar hati – kerana berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama utama untuk golongan pengguna digital. Pada masa depan, Honor akan terus memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha inovasi yang mampu memperkasa golongan milenial.

Latar Belakang Honor

Honor ialah sebuah e-jenama telefon pintar terkemuka yang bernaung di bawah Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani" ("For the Brave"), jenama tersebut dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, menginspirasikan aksi, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikannya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

1

Data adalah berdasarkan ujian makmal Honor. Hayat bateri mungkin berbeza mengikut corak penggunaan dan keadaan rangkaian.

2 & 3

Sumber: Statistik GFK diterbitkan pada Oktober 2016

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161215/0861613631

 

 

 

Source: Honor
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services