omniture

Satoshi Studios, Inkubator Rantaian Blok Pertama Asia Tenggara, Mulakan Aplikasi untuk Kumpulan Pertama

Darwin Labs
2016-12-20 16:43 614

GURGAON, India, 20 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Asia Tenggara kini memiliki Inkubator Rantaian Blok pertamanya yang dibimbing/dilabur oleh perintis Bitcoin seperti Roger Ver, Amit Bhardwaj, Michael Terpin, antara lainnya.

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/450671/PRNE_SatoshiStudios_photo.jpg )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161201/444565-INFO )

Inkubator itu amat tepat dinamakan sebagai Satoshi Studios, menjemput permohonan daripada para usahawan yang bekerja di rantau Asia Tenggara. Inkubator ini menyediakan program penempatan intensif selama 3 bulan di New Delhi India, yang mana para pengasas akan meluangkan masa dengan syarikat-syarikat baharu Rantaian Blok yang lain dan memperoleh dana sebanyak 50K USD untuk 8%-15% ekuiti dalam syarikat tersebut.

Bercakap tentang perkara yang sama, pengasas bersama inkubator itu, Sahil Baghla berkata, "Kami mendapat banyak pertanyaan daripada rakan-rakan usahawan yang ingin mendapatkan maklum balas mengenai idea-idea mereka menggunakan teknologi Rantaian Blok dan beberapa usahawan yang kami dekati turut membangunkan beberapa aplikasi yang benar-benar menarik, dan kami ingin bekerjasama dengan mereka serta meninjau sekiranya kami berpeluang untuk mengenali dan bekerjasama dengan lebih ramai rakan-rakan genius ini. "

Mengulas lebih lanjut, Sahil berkata, "Kami berbangga kerana mendapat sokongan daripada individu seperti Roger Ver (yang membiayai pusingan pembiayaan benih secara sendirian untuk seluruh generasi pertama rangkaian perniagaan Bitcoin), Amit Bhardwaj (yang menerajui usaha Penggunaan Bitcoin di India), Michael Terpin (beliau turut mengasaskan BitAngels, rangkaian pelabur pertama yang membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat bitcoin/mata wang digital) serta banyak lagi perintis Bitcoin."

Bercakap tentang faedah lanjut yang boleh ditawarkan oleh inkubator terhadap syarikat-syarikat baharu yang terpilih, Sahil berkata, "Syarikat-syarikat baharu akan memperoleh ruang kerja dan tempat tinggal yang hebat selama 3 bulan di New Delhi. Terdapat sesi bimbingan intensif oleh golongan berpengalaman dalam Rantaian Blok (termasuk penyokong kami) yang akan membantu syarikat-syarikat baharu mencapai Kesesuaian Produk Pasaran dengan segera."

Latar Belakang Darwin Labs

Darwin Labs ialah sebuah studio perniagaan baharu yang berpusat di luar India, membangunkan produk-produk untuk Bitcoin, Rantaian Blok, Realiti Maya dan Teknologi Iklan. Satoshi Studios ialah produk Darwin Labs.

Hubungi:
Sanjay Goswami
sanjay@darwinlabs.io
+91-7042817302

Source: Darwin Labs
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services