omniture

Restoran Soleil The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali Diiktiraf Salah Satu Tempat Makan Terbaik dan Hidangan Lewat Pagi Ahad Mewah di Dunia

The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali
2016-12-20 17:56 908

BALI, Indonesia, 20 Disember 2016 /PRNewswire/ -- The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali telah menambah anugerah berprestij menerusi anugerah-anugerah terkenal dunia - Architectural Digest, VERANDA dan Anugerah Pilihan TripAdvisor Travelers yang mengiktiraf Soleil (www.themulia.com/soleil-nusa-dua) sebagai salah sebuah Restoran Terbaik di Dunia.

Restoran Soleil The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali Diiktiraf Salah Satu Tempat Makan Terbaik dan Hidangan Lewat Pagi Ahad Mewah di Dunia
Restoran Soleil The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali Diiktiraf Salah Satu Tempat Makan Terbaik dan Hidangan Lewat Pagi Ahad Mewah di Dunia

Sorotan anugerah Soleil:

Hidangan Lewat Pagi Ahad Paling Mewah Dunia di Bali ~ Architectural Digest (2016)

http://www.architecturaldigest.com/story/luxurious-brunch-restaurants

Architectural Digest ialah sebuah badan berwibawa antarabangsa dalam reka bentuk dan seni bina, yang menyediakan akses eksklusif kediaman tercantik di dunia serta individu-individu hebat yang mendiami kediaman tersebut, memberikan sumber maklumat yang luas kepada pelanggannya tentang seni bina dan reka bentuk dalaman, seni dan antik, destinasi pelancongan serta produk-produk luar biasa.

20 Restoran Terbaik Dunia buat Mereka Yang Gemar Menikmati Hidangan Penuh Gaya ~ VERANDA (2016)

http://www.veranda.com/luxury-lifestyle/g1577/best-restaurants/

VERANDA ialah forum kehidupan sejahtera yang terbaik. Sentiasa tulus dan tidak pernah berpura-pura, VERANDA memberikan pembaca perkembangan terkini reka bentuk, hiasan, pelancongan mewah dan banyak lagi perkara yang terbaik, menginspirasikan mereka menerusi keindahan serta keanggunan. VERANDA merupakan kedua-dua perkara ini – paparan idea dan pelarian yang amat menyeronokkan, suatu tempat di mana kediaman terasa selesa secantik penampilannya.

10 Restoran Hidangan Gaya Mewah Terbaik di Indonesia ~ Anugerah Pilihan TripAdvisor Travelers (2016)

https://www.tripadvisor.com/TravelersChoice-Restaurants-cFineDining-g294225

Anugerah Pilihan oleh TripAdvisor Travelers yang diadakan setiap tahun mengiktiraf hotel-hotel terbaik dunia, yang memperoleh pengiktirafan daripada mereka yang paling mengenali hotel-hotel ini – pelancong sebenar.

Tumpuan bagi restoran dan bar yang luar biasa, The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali menawarkan penggemar makanan himpunan pengalaman menikmati hidangan yang dipilih dan disusun dari serata dunia. Nikmati pengalaman menjamu selera utama Mulia Bali di Soleil dengan tempat duduk tropika di dalam atau luar restoran, menghadap Laut India yang begitu indah. Menu hidangan menyediakan seleksi hidangan Mediterranean dan Pan-Asia yang beraneka, manakala hiasan dalaman restoran ini menonjolkan gaya kontemporari Eropah, dengan tingkap-tingkap dari lantai ke siling, bagi membolehkan tetamu menikmati keindahan pulau tersebut. Suatu yang tidak boleh dilepaskan ialah pengalaman menikmati hidangan Lewat Pagi Ahad yang terkenal atau hidangan makan malam hujung minggu yang disajikan dengan wain yang dihidangkan berterusan secara percuma.

Latar Belakang The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali

Gaya menonjolkan tiga hartanah ultra mewah yang terletak di sepanjang landskap luas berukuran 30 hektar, di pinggir pantai Nusa Dua yang dramatik, yang menciptakan The Mulia and Mulia Resort & Villas (www.themulia.com). Melambangkan kekayaan dan kemewahan, digabungkan dengan layanan yang tulus, pusat peranginan yang mempesonakan ini menakrifkan semula elemen sofistikasi.

Maklumat Perhubungan Akhbar:

Jabatan Komunikasi
Nombor Telefon: +62-361-3017777 samb. 6011
E-mel: communications@themulia.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161219/8521608253

Source: The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards