LOS ANGELES, 22 Disember 2016 /PRNewswire/ --
G2A, sebuah syarikat permainan digital dan teknologi kewangan, baru-baru ini dijemput menjadi tetamu dalam program Worldwide Business with kathy Ireland. Rancangan tersebut, yang ditayangkan sebagai program tajaan dalam saluran Fox Business Network pada 17 Disember 2016, menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama G2A, Bartosz Skwarczek, serta Ketua Pegawai Maklumat dan pengasas bersama, Dawid Rozek, untuk berbual tentang usaha G2A pada masa lalu, masa kini dan paling utama, masa depan.
(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/451311/G2A_Fox.jpg )
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat G2A duduk bersama-sama Kathy Ireland untuk membincangkan masa depan G2A.COM. Walaupun masih berperanan sebagai pasaran permainan digital, G2A telah meningkat maju melangkaui pasaran permainan digital semata-mata, dan beberapa tahun lalu banyak melabur dalam gerbang pembayarannya, G2A Pay. Dalam rancangan itu, Bob Voermans, Naib Presiden Eksekutif Global Payments, menjelaskan tentang kelebihan G2A Pay, bermula dengan penyepaduan ringkas dengan satu langkah, kepada e-dompet maya G2A, kepada 150 kaedah bayaran berbeza yang ditawarkan. Minat G2A terhadap pelbagai produk dan projeknya jelas terlihat di Worldwide Business, ketika beberapa pengurus syarikat ini membincangkan tentang produk serta projek yang membangkitkan semangat mereka, termasuk G2A 3D Plus, penyelesaian pencetakan semua-dalam-satu, serta G2A Land, taman hiburan realiti maya.
Kisah G2A, bermula dari awal hingga kini, diceritakan melalui Fox Business Network, iaitu saluran berita perniagaan dan kewangan Amerika yang distrim kepada hampir 74 juta kediaman di AS. FBN, dimiliki oleh Fox Entertainment Group (sebahagian daripada 21st Century Fox), ialah saluran utama untuk berita perniagaan di AS, di samping CNBC. Worldwide Business with kathy ireland, menjadi sebahagian daripada rancangan Fox Business selama lebih setahun, telah mengundang pelbagai syarikat yang berjaya, termasuk Dell Inc., Allianz Global Assistance, dan American Express. Kini, G2A menyahut cabaran dan berkongsi kisah perniagaan serta pandangannya dalam program tersebut.
G2A berasa teruja untuk memberikan sorotan kepada pelanggan dan rakan kongsi berhubung segala kerja-kerja dalaman G2A.COM dan memaklumkan tentang rancangan syarikat berhubung usaha pengembangan masa depan.
Sila hubungi pr@g2a.com untuk maklumat lanjut.
Sumber: G2A.com