omniture

BDB Sediakan Kejutan Krismas Istimewa untuk Pedagang Dalam Talian

Banc De Binary Ltd (BDB)
2016-12-22 21:12 534

LIMASSOL, Cyprus, 22 Disember 2016 /PRNewswire/ --

BDB pelawa pedagang dalam talian alami pengalaman berdagang berasaskan Krismas dengan corak nada percutian

Salah sebuah firma brokeraj opsyen binari utama, Banc De Binary Ltd., bakal melancarkan promosi perayaan Krismas yang amat menarik, yang akan berlangsung antara 22 dan 31 Disember 2016 ini. BDB meraikan semangat percutian sempena perayaan ini dengan satu promosi percutian istimewa, termasuk corak hiasan untuk laman sesawangnya, serta tawaran eksklusif yang memberi peluang untuk meraih ganjaran. The Gift of Trading-Power: corak nada perayaan Krismas terhadap pengalaman berdagang yang biasa.

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/451521/PRNE_Calypso_Image.jpg )

BDB mencipta pengalaman perdagangan percutian "Ekspedisi Krismas" dengan mahir, yang diadakan di taman ajaib musim sejuk yang interaktif. Versi laman sesawang syarikat yang khusus untuk perayaan Krismas ini akan menyediakan figura beranimasi, yang antaranya akan menjadi watak magis yang akan hidup dan berinteraksi dengan pedagang. Watak-watak ini akan membimbing pelanggan sepanjang ekspedisi perdagangan percutian mereka, yang bakal bertukar menjadi hadiah Krismas yang mengujakan untuk beberapa pedagang.

Elemen yang benar-benar hebat daripada pengalaman Gift of Trading-Power BDB ini ialah hakikat bahawa ia memberikan nilai tambah kepada pelanggan terhadap pengalaman perdagangan biasa mereka. Semua aktiviti perdagangan yang dijalankan melalui platform itu semasa tarikh promosi berlangsung akan menerima ganjaran dalam semangat memberi, yang berpotensi membolehkan pelanggan pulang dengan beberapa barangan percutian yang paling hangat di pasaran.

Ekspedisi Krismas BDB ialah sebuah suasana serba baharu yang pemurah dalam dunia opsyen binari – yang boleh dinikmati oleh pelanggan sedia ada dan juga pelanggan baharu. Promosi dalam tempoh masa terhad yang dilancarkan pada 22 Disember ini, akan memberikan pedagang salah satu sebab utama tambahan untuk berdagang dengan BDB, firma Brokeraj Opsyen Binari yang terkemuka. Klik di sini untuk menerima e-mel peringatan pada hari pelancaran.

Latar Belakang BDB 

Sejak ditubuhkan, BDB telah mengalami pertumbuhan yang begitu pesat. Sebagai pelopor dalam bidang yang diceburinya dan selaku salah satu peneraju industri tersebut, BDB komited untuk menyediakan pedagang dengan pengalaman berdagang yang begitu menyeluruh. Ini termasuk, menawarkan platform perdagangan yang intuitif, instrumen perdagangan yang berkesan, pilihan bahan pendidikan yang begitu luas, pelbagai aset jaminan global, pilihan perdagangan dan juga pasukan sokongan yang responsif. Dalam usaha mereka untuk menyediakan persekitaran perdagangan yang selamat dan juga telus, BDB menawarkan opsyen binari berkualiti terbaik dan terus berusaha menambah baik produk serta tawaran yang disediakan.

AMARAN PELABURAN BERISIKO TINGGI: Perdagangan Opsyen Binari adalah amat spekulatif, mempunyai satu tahap risiko dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda mungkin kehilangan semua modal yang dilaburkan, dengan itu, anda tidak seharusnya menjalankan spekulasi menggunakan modal yang tidak mampu menanggung kerugian. Anda seharusnya sedar akan semua risiko yang dikaitkan dengan perdagangan Opsyen Binari. Sila layari laman sesawang kami untuk membaca Amaran Risiko kami yang lengkap.

PERATURAN: Banc De Binary Ltd. ialah Syarikat Perkhidmatan Kewangan yang dibenarkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (CySEC) dengan lesen bernombor 188/13.  

Sumber: Banc De Binary Ltd (BDB)

Source: Banc De Binary Ltd (BDB)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce