omniture

Medimix Perluas Kehadiran di Malaysia dan Timur Jauh

Cholayil
2016-12-22 21:11 867

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Untuk Menjadi Penaja Utama Sambutan Ulang Tahun ke-10 Kuil Murugan Batu Caves

Syarikat barangan pengguna India yang terkemuka, Cholayil iaitu pembuat jenama Medimix yang terkenal bagi produk-produk penjagaan peribadi (http://cholayil.com/brands.php), kini sedang giat memperluas kehadirannya di Malaysia dan juga negara-negara lain di rantau Timur Jauh.

Sebagai sebahagian daripada komitmen mereka terhadap pasaran Malaysia, syarikat itu bakal menjadi penaja utama untuk sambutan Ulang Tahun ke-10 yang diadakan tidak lama lagi untuk Kuil Murugan Batu Caves yang terkenal di dunia. Kuil Murugan Batu Caves menyimpan patung kedua tertinggi di dunia, dan juga merupakan patung Murugan tertinggi di dunia, setinggi 42.7 meter (140 kaki). Kuil tersebut membuka tirainya pada Januari 2006 semasa Perayaan Thaipusam. Ulang tahun ke-10 kuil itu akan disambut pada 23 Disember 2016.

Mengulas tentang rancangan untuk negara Malaysia, Pradeep Cholayil, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cholayil Ltd berkata, "Dari segi strategi keseluruhan kami, pasaran luar negara memainkan peranan yang penting; kami melihat hal ini sebagai peluang yang amat besar untuk mempromosikan nilai-nilai Ayurveda tradisional, yang merupakan teras bagi jenama kami. Umumnya, dunia mula bangkit dan menyedari kuasa Ayurveda dalam bidang penjagaan kesihatan. Ia merupakan usaha kami untuk membawakan nilai-nilai ini ke setiap pelosok dunia."

"Jalinan kerjasama antara jenama tersebut dengan Kuil Lord Murugan Batu Caves ialah satu langkah permulaan yang kecil oleh Medimix untuk memahami kekayaan warisan budaya Malaysia dan penduduknya," tambah beliau. "Keputusan untuk terlibat dalam sambutan ulang tahun ke-10 kuil itu selari dengan warisan tradisional kami di Cholayil. Ia hanyalah satu permulaan, dan kami akan mencari lebih banyak peluang bekerjasama seperti itu di Malaysia dan negara-negara lain di rantau ini."  

Latar Belakang Cholayil    

Meneruskan kekayaan tradisi untuk memperoleh faedah daripada penjagaan kesihatan secara semula jadi dan menerusi Ayurveda, Cholayil yang beribu pejabat di Chennai, merupakan pembuat bagi jenama-jenama produk Medimix, nama yang begitu terkenal di beberapa pelosok negara itu. Medimix daripada Cholayil kini merupakan sabun Ayurveda yang paling banyak terjual di dunia. Untuk maklumat lanjut, layari http://cholayil.com/company.php

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Muralidharan Dhanapalan
+91-9962511180
Venkat Devarajan
+91-9600063748

Source: Cholayil
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Household Products Household/Consumer/Cosmetics Travel Corporate Expansion