omniture

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LinkSure Danian Chen Tersenarai "40 bawah 40" Majalah Fortune Edisi Cina 2016

LinkSure China Holding Pte. Limited
2016-12-23 16:24 443

SINGAPURA, 23 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Pada 20 Disember, Fortune edisi Cina mengumumkan senarai "40 Bawah 40" bagi tahun 2016, penarafan tahunan majalah itu bagi belia paling berpengaruh dalam bidang perniagaan. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LinkSure, En. Danian Chen, merupakan salah seorang daripada golongan yang cemerlang ini.

En. Chen mengasaskan Shanda Group bersama abangnya, En. Tianqiao Chen, dan turut memimpin usaha menubuhkan Shanda Literature and Shanda Innovations. Pada tahun 2013, En. Chen mengasaskan LinkSure di Shanghai bagi tujuan mengendalikan "WiFi Master Key" (goo.gl/pWFqDj), satu aplikasi mudah alih percuma yang membolehkan orang ramai mengakses Internet melalui kawasan khas Wi-Fi yang dikongsi, di samping menggalakkan pemilik kawasan khas itu berkongsi sumber melahu bersama masyarakat.

Produk ini mendapat inspirasi daripada konsep "berkongsi ekonomi" dan diwujudkan untuk merapatkan "jurang digital" yang semakin melebar berbanding sebelum ini. Menurut statistik daripada World Bank, lebih 4 bilion individu di dunia masa kini tidak mendapat akses Internet.

"Ketaksamaan teknologi maklumat akan membuatkannya semakin sukar untuk golongan miskin memperoleh peluang yang mampu mengubah kehidupan mereka. Oleh yang demikian, kami memberi komitmen terhadap aplikasi WiFi Master Key serta visi yang membolehkan lebih ramai individu mendapat akses Internet secara percuma. Kami juga memulakan projek untuk membangunkan rangkaian Internet untuk kira-kira 1,000 sekolah di kawasan miskin pergunungan, agar kanak-kanak di tempat itu tidak lama lagi akan mendapat peluang untuk meneroka dunia melalui Internet," kata En. Chen.

Dalam tempoh tiga tahun yang singkat sejak LinkSure beroperasi, aplikasi tersebut telah memperkasa jutaan individu untuk mengubah nasib dan masa depan mereka melalui akses Internet percuma. "WiFi Master Key" ialah salah satu daripada tiga aplikasi terbaik yang mempunyai kumpulan pengguna terbesar di China, selepas aplikasi gergasi untuk pemesejan Wechat dan juga QQ. Setakat ini, aplikasi itu telah mengatasi sasaran pengguna aktif bulanan sebanyak 500 juta pengguna, dan mendapat jumlah muat turun sebanyak lebih 900 juta di lebih 200 negara. "WiFi Master Key" turut berada dalam senarai teratas bagi aplikasi instrumen dalam gedung Google Play di 49 negara. Pada Ogos 2016, Tencent secara rasmi melaporkan jumlah pengguna baharu yang memuat turun "WiFi Master Key" setiap hari telah mengatasi pencapaian WeChat dan QQ, menjadikannya aplikasi paling banyak dimuat turun setiap hari di China.

Seperti yang dinyatakan dalam Fortune, "Kami mengetengahkan golongan muda ini bukan sahaja disebabkan oleh penilaian tinggi yang diberikan oleh syarikat-syarikat mereka, bahkan juga atas usaha yang disumbangkan terhadap masyarakat. Nama-nama ini akan membawa kita menuju masa depan," inisiatif En. Danian Chen untuk memberikan penghakikian diri melalui akses Internet percuma menjelaskan kelayakan beliau untuk mendapat pengiktirafan "40 bawah 40" yang diberikan oleh Fortune ini.

LATAR BELAKANG WIFI MASTER KEY oleh en.wifi.com
WiFi Master Key ialah aplikasi mudah alih percuma yang dikendalikan oleh LinkSure bagi menyediakan akses Internet secara percuma. Setakat Jun 2016, aplikasi ini mendapat 900 juta pengguna serta 520 juta pengguna aktif setiap bulan. Syarikat ini turut mencatat rekod sebagai syarikat Internet mudah alih bertaraf 'unicorn' (syarikat baharu bernilai lebih $1 bilion) yang paling pantas berkembang di China yang mencapai nilai satu bilion dolar pada tahun 2015, selepas melengkapkan pusingan pembiayaan Siri A yang bernilai $52 juta.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN AKHBAR
Lydia Chow
lydia.chow@wifi.com
+65-67156081

Source: LinkSure China Holding Pte. Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Wireless Communications Awards