omniture

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2017 bakal buka tirai di Guangzhou, tampilkan peralatan periklanan canggih

Sepintas lalu zon papan tanda iklan, kotak lampu dan peralatan paparan, mesin mengukir dan membengkok serta peralatan pencetakan jet dakwat
International Signs and LED Exhibition
2016-12-26 07:55 527

GUANGZHOU, China, 26 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Memandangkan Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2017 bakal membuka tirainya pada 15-18 Februari 2017 di Kawasan B, Kompleks Pameran Canton, lebih 1600 syarikat terkemuka dari seluruh dunia termasuk HP, Epson, Mutoh, Keundo dan Teckwin dijangka akan mengambil bahagian dalam pameran perdagangan ini.

Menampilkan zon papan iklan, kotak lampu dan peralatan paparan, mesin mengukir dan membengkok, serta zon peralatan pencetakan jet dakwat, kawasan pameran bagi 2017 ISLE 2017 dijangka akan diperluas menjadi 120,000 meter persegi demi menawarkan pengalaman pembelian yang lebih baik untuk para pembeli.

  • Zon papan tanda iklan, paparan dan bahan-bahan berkaitan
    Selain paparan kotak lampu yang interaktif, papan, bendera, paparan kekuda, rak, bahan-bahan iklan terbaharu, bentuk sederhana dan bentuk paparan akan turut dipamerkan. Kotak LED ultra nipis yang bergaya, yang banyak diperkatakan kerana ciri kenipisan, warna yang sekata, menjimatkan kuasa dan ketahanan, serta mudah dikendali akan dipamerkan kepada pengunjung untuk dialami sendiri di tapak pameran. 
  • Zon mesin mengukir dan membengkok
    Pelbagai syarikat perindustrian akan memperkenalkan peralatan laser serta pengukir CNC utama, selain mesin-mesin pemotong mereka. Baisheng CNC, pengeluar terkenal di dunia bagi peralatan dan penyedia penyelesaian laser berkuasa rendah hingga sederhana, bakal membawa lebih 60 model mesin mengukir, memotong, menanda dan memateri ke pameran tersebut.
  • Zon Peralatan Pencetakan Jet Dakwat
    Pelbagai jenama pencetakan jet dakwat digital termasuk Yifang Digital akan memperkenalkan berbagai-bagai produk baharu pada pameran perdagangan tersebut, melibatkan pencetak landas rata gred perindustrian siri-UV ikonik, peralatan gegelung gred perindustrian, dan produk-produk hebat yang lain.

2017 ISLE 2017 ini akan turut mempamerkan teknologi & aplikasi paparan LED, pencantuman DLP, pencantuman LCD/PDP, paparan unjuran, papan iklan digital & paparan tablet serta lampu LED & jentera Kejuruteraan teknologi baharu.

"Kami berharap pameran tersebut akan memberi peluang kepada pempamer dan pembeli untuk berkongsi idea, seraya memperoleh pemahaman berhubung pasaran dengan merangkumkan dinamik dan teknik-teknik utama perindustrian," kata En. Lee Yingjie, pengarah ISLE.

Latar Belakang ISLE

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2017 bakal dianjurkan oleh Canton Fair Advertising Co., Ltd. dan China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp (CFTE). Pameran ini adalah khusus untuk membangunkan platform penyelesaian rantaian industri LED bersepadu sepenuhnya melibatkan papan iklan bertaraf profesional, berkarisma dan pintar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.isle.org.cn/en/

HUBUNGI:

Linda Chen
chenyanhui@cantonfairad.com
+86-20-8926-8256

Source: International Signs and LED Exhibition
Keywords: Computer/Electronics Machinery Trade show news