SHANGHAI, 29 Disember 2016 /PRNewswire/ -- XCMG mengalu-alukan lima perantis antarabangsa menyertai Program "XCMG Apprentice" ("Perantis XCMG") Musim Kedua yang dianjurkan di ibu pejabat syarikat yang terletak di Xuzhou, China mulai 16 hingga 20 Disember, menawarkan peluang kepada perantis-perantis global untuk mempelajari tentang XCMG serta teknologi inovatif miliknya sambil menggalakkan perkongsian peringkat antarabangsa dalam industri jentera pembinaan dan budaya. Program ini disiar secara langsung melalui Facebook dan menjangkau audiens yang luas di serata dunia.
Program selama seminggu yang imersif itu diadakan buat pertama kali pada Januari 2016 dan telah mencipta kejayaan yang luar biasa. Kali ini, XCMG menerima sejumlah 10,640 permohonan daripada 54 negara dan rantau pada peringkat awal perekrutan dari seluruh dunia, satu peningkatan sebanyak tiga kali ganda berbanding musim pertama. Lima perantis bertuah yang menonjol daripada proses pemilihan itu ialah Rajanna K.V. dari Nigeria, Xavir Taillard.T dari Namibia, Mahmut Demircan dari Turki, Faizan Naeem dari Pakistan dan Lyubov Korovina dari Uzbekistan.
Para perantis mengikuti mentor mereka dari jabatan-jabatan berbeza termasuk jabatan penyelidikan & pembangunan (R&D), pengurusan dan perkhidmatan dalam satu perjalanan khas untuk melawat bangunan kilang tergabung paling besar di dunia daripada industri jentera pembinaan, makmal getaran dan hingar terbesar di Asia, stesen utama kimpalan terbesar dan paling automatik serta barisan pemasangan kren tan super linear pertama dunia, selain mempelajari tentang produk-produk canggih milik XCMG yang terkemuka di dunia, termasuk pengorek bergerak mudah alih ET110.
Dalam kalangan perantis itu, Naeem amat berminat dengan teknologi pembuatan pintar utama XCMG, manakala Taillard.T begitu mengagumi komponen-komponen serta model-model daripada pelbagai produk XCMG.
"Perantis XCMG" Musim Kedua ini turut memperkenalkan lebih banyak kerja-kerja amali seperti memandu lori pembuang lima paksi suspensi pneumatik hidro pertama, mengalami sendiri kawalan jarak jauh kren G1, membuat semula komponen-komponen jentera dan juga menyelesaikan proses kimpalan bersimulasi dalam makmal digital pintar.
"Program Perantis XCMG menonjolkan nilai-nilai kami dalam usaha mewujudkan dunia yang lebih baik, golongan pelatih muda mempunyai potensi yang besar dalam industri jentera pembinaan di negara asal mereka, dan kami berbangga dapat memperkenalkan bukan sahaja syarikat kami, bahkan budaya pembuatan Cina serta semangat XCMG kepada mereka," kata Wang Min, pengerusi XCMG.
Latar Belakang XCMG
XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 73 tahun. Syarikat ini kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan peringkat dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 176 negara dan rantau di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/452480/XCMG_Apprentice_Season_II.jpg