LEIPZIG, Jerman, 29 Disember 2016 /PRNewswire/ --
Bandar raya budaya Leipzig, Jerman, akan mengorak langkah yang menakjubkan ke tahun 2017 menerusi beberapa pameran yang luar biasa. Panometer Leipzig bakal membawa para pengunjungnya menelusuri perjalanan di bawah ombak mulai 28 Januari 2017 dan seterusnya: "TITANIC" Panorama 360° baharu oleh seniman panoramik terkenal, Yadegar Asisi, akan melawat semula bangkai kapal yang paling terkenal sepanjang zaman dan akan turut menunjukkan gergasi di dalam laut itu seperti mana ia pada hari ini – 105 tahun selepas dilanda malapetaka – di dasar Lautan Atlantik. http://www.asisi.de
(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/452510/Leipzig_Panorama_Michael_Bader.jpg )
(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/452511/Visualisation_TITANI_Casisi.jpg )
Muzium Seni Halus akan mengalami satu badai warna warni sebenar menerusi pameran istimewanya "Nolde and 'Die Brücke'" (12 Februari - 18 Jun 2017). Seniman muda daripada kumpulan Expressionist 'Brücke' itu, termasuk Fritz Bleyl, Erich Heckel, Ernst Ludwig Kirchner dan Karl Schmidt-Rottluff, begitu terpesona dengan hasil kerja oleh pelukis cat hebat Emil Nolde. Kolaborasi antara kumpulan itu dengan Nolde, yang berusia hampir satu generasi lebih tua, bertahan hampir dua tahun lamanya, bermula pada tahun 1906 dan seterusnya, dan menandakan permulaan seni moden di Jerman. Buat pertama kalinya, muzium Leipzig membawakan kisah sejarah seni Jerman yang menarik menerusi 150 catan, lukisan dan juga cetakan. http://www.mdbk.de
'Spinnerei' di Leipzig ini ialah suatu yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat seni kontemporari. Sebelas galeri terkemuka dan lebih 100 studio kini dipenuhi hasil seni di ruang dindingnya yang dahulunya pernah menjadi sebuah kilang kapas terbesar di benua Eropah. Sempena Jelajah Galeri Spinnerei ini, semua galeri dan ruang pameran mengadakan pameran baharu (14 Januari, 29/30 April dan 15/16 September 2017; http://www.spinnerei.de). Ia juga merupakan satu lencongan yang berbaloi untuk pameran 'Kunstkraftwerk' yang baru dibuka: Bagi "Hundertwasser Experience" pula, seniman imersif dari Itali, Gianfranco Iannuzzi telah mengubah loji pemanasan terdahulu menjadi dunia Hundertwasser imersif yang berwarna warni, rancak dan menarik. Hasil daripada pemasangan video secara meluas, pengunjung berpeluang menyelami hasil seni daripada Friedensreich Hundertwasser, seorang pelukis cat dan arkitek, hingga 24 Ogos 2017. http://www.kunstkraftwerk-leipzig.com
Tahun 2017 merupakan ulang tahun ke-500 Luther memakukan fatwa beliau pada pintu Gereja Istana di Wittenberg. Ulang tahun Reformasi penting ini akan disambut di Leipzig menerusi pelbagai program acara. Dua belas pameran istimewa di muzium-muzium Leipzig – termasuk Muzium Sejarah Bandar Raya, Muzium Seni Catan dan Muzium Seni Halus – akan menyerlahkan segala usaha reformis itu di Leipzig dan sekitar kawasannya. Bandar raya terbesar di kawasan Luther, Leipzig memainkan peranan penting dalam mengedarkan hasil tulisan Luther, manakala Perdebatan Leipzig 1519 menjadi titik perpisahan beliau dengan Gereja Katolik di Rom. http://www.luther-in-leipzig.de
Dari Asia, Turkish Airlines melakukan penerbangan ke Leipzig/Halle melalui Istanbul, empat kali seminggu.
Tawaran perjalanan, tempahan bilik: http://www.leipzig.travel
Maklumat Perhubungan Media: Cik Steffi Gretschel, no. telefon +49 341 7104 300, s.gretschel@ltm-leipzig.de
Sumber: Leipzig Region