omniture

Perwakilan Industri Ubatan Cina Tradisional Hong Kong Berhimpun di Seminar Galakkan Perkembangan Industri

LKK Health Products Group
2017-01-03 08:36 685

HONG KONG, 3 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Undang-undang pertama China yang mengawal selia ubatan Cina tradisional ("TCM") telah mendapat kelulusan baru-baru ini. Ia merupakan pertama kali China menakrifkan kedudukan TCM di peringkat perundangan. LKK Health Products Group mengadakan satu seminar di Xinhui, Guangdong, China, pada 29 Disember 2016, mengundang lebih 40 pakar daripada industri TCM Hong Kong bagi membincangkan perkembangannya.

LKK Health Products mengundang lebih 40 pakar ubatan Cina tradisional dari Hong Kong untuk menghadiri seminar di Xinhui, Guangdong, China, serta mengunjungi ladang herba Cina serta kemudahan pengeluaran Infinitus, syarikat ahli Kumpulan ini
LKK Health Products mengundang lebih 40 pakar ubatan Cina tradisional dari Hong Kong untuk menghadiri seminar di Xinhui, Guangdong, China, serta mengunjungi ladang herba Cina serta kemudahan pengeluaran Infinitus, syarikat ahli Kumpulan ini

Tommy Li, Jaksa Pendamai HK dan ahli Jawatankuasa Pembangunan Ubat-ubatan China Hong Kong, Chen Qiang, timbalan pengarah jabatan penyelarasan di Pejabat Perhubungan Kerajaan Rakyat Pusat di Hong Kong S.A.R., wakil-wakil daripada Hong Kong Yee Yee Tong Chinese Medicine Merchants Association Limited, Modernized Chinese Medicine International Association (Persatuan Antarabangsa Ubat-ubatan China Moden), Hong Kong Chinese Prepared Medicine Traders Association Limited dan Hong Kong Chinese Medicine Industry Association Limited, selain pakar-pakar daripada Eu Yan Sang, China Shineway Pharmaceutical serta PuraPharm menghadiri seminar ini, dan turut mengunjungi ladang herba dan juga kemudahan pengeluaran Infinitus, syarikat ahli LKK Health Products Group.

Undang-undang ini yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2017, bakal meningkatkan kaliber TCM di seluruh dunia, selain mengukuhkan kedudukannya di China. Usaha mewujudkan dasar sokongan di peringkat negeri akan mendorong industri ini membangunkan serta menguatkuasakan himpunan piawaian yang diiktiraf, yang hasilnya akan membolehkan pengeluar TCM di Hong Kong bekerjasama antara satu sama lain dan menyediakan pengguna dengan produk dan perkhidmatan yang berkualiti lebih tinggi.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161230/0861614218

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news