omniture

Pacific Mutual Membayar RM18.6 Juta Kepada Para Pelaburnya

Pacific Mutual Fund Bhd
2017-01-03 12:15 461

PETALING JAYA, Malaysia, 3 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Dalam satu kenyataan hari ini, Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group, dengan sumber dalaman untuk mengurus kedua-dua pelaburan tempatan dan global untuk para pelanggannya, telah mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM18.6 juta kepada pelabur dana-dana berikut:

Pacific AsiaPac Income Fund:

2.00 sen seunit

Pacific Dividend Fund:

5.00 sen seunit

Pacific Cash Fund:  

0.40 sen seunit (agihan suku tahunan)

Pacific Islamic Cash Fund:

1.00 sen seunit (agihan suku tahunan)

Pacific Emerging Market Bond Fund:

0.96 sen seunit (agihan suku tahunan)

Pacific Cash Deposit Fund:

0.70 sen seunit (agihan suku tahunan)

 

Teh Chi-cheun, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif, Pacific Mutual Fund Bhd
Teh Chi-cheun, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif, Pacific Mutual Fund Bhd

Tahun 2017 menandakan permulaan tahun ke-23 Pacific Mutual beroperasi di Malaysia. Dalam tempoh dua tahun syarikat ini akan menyambut kehadiran suku abadnya di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Pacific Mutual, Teh Chi-cheun, "Usaha yang gigih dan kepintaran perniagaan dari kedua-dua pihak pengurusan dan kakitangan diperlukan agar sesebuah syarikat boleh bertahan dua puluh lima tahun dalam industri ini. Peluang yang ada perlu dikenalpasti dengan pantas dan direbut. Selain itu, kami juga sangat berterima kasih kepada semua pelabur kami yang telah menyokong dan mempercayai kami selama ini."

"Dalam pengurusan pelaburan, pengurusan risiko dan pengurusan pulangan sama pentingnya. Matlamat setiap pelabur adalah mencapai pulangan pelaburan yang tinggi, tetapi sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab, kami tidak mendedahkan pelabur kami kepada risiko yang boleh dielakkan. Ini merupakan salah satu sebab ramai pelabur kekal melabur dengan Pacific Mutual sejak tahun pertama ia mula beroperasi di Malaysia," kata Chi-cheun.

Sepanjang kehadiran lebih dua dekad di Malaysia, Pacific Mutual telah menerajui banyak kejayaan ulung dalam industri unit amanah. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat pengurusan unit amanah pertama yang mengurus dana global melalui pasukan pelaburan dalaman yang beroperasi di Malaysia. Melangkah ke hadapan, Pacific Mutual akan terus menawarkan produk-produk berinovasi dan pada masa yang sama menguruskan risiko dan pulangan secara berhemah untuk para pelaburnya.

Untuk memastikan syarikat ini menjejaki suku abad kedua di Malaysia dengan asas yang kukuh, Pacific Mutual menyasar untuk menggandakan jumlah aset di bawah pengurusan (assets under management) kepada hampir RM3 bilion menjelang akhir tahun 2017.

Pacific Mutual adalah ahli OCBC Group, dan merupakan anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited). Pacific Mutual menerima sokongan nasihat pelaburan dari pasukan pelaburan Lion Global Investors Limited, yang merupakan salah satu pengurus aset terbesar di Asia Tenggara dengan aset sebanyak USD31.2 bilion di bawah pengurusannya (pada 30 September 2016).

PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada akhir tahun 2016, Pacific Mutual mengurus hampir RM1.40 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pacificmutual.com.my.

HUBUNGAN MEDIA:

Cindy Thean, +603-7725-9877 sambungan 226, cthean@pacificmutual.com.my
Geraldine Choong, +603-7725-9877 sambungan 227, geraldine@pacificmutual.com.my

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170103/8521608431

Source: Pacific Mutual Fund Bhd
Keywords: Banking/Financial Service Mutual Funds Dividends