omniture

Honor 6X Curi Perhatian di International CES 2017 dengan Prestasi Tanpa Kompromi

Telefon pintar bajet yang hebat direka untuk pengguna natif digital dengan dwi-kanta termaju, prestasi teguh dan jangka hayat bateri yang panjang
Honor
2017-01-04 23:05 979

LAS VEGAS, 4 Januari 2017 /PRNewswire/ -- International Consumer Electronics Show (Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa) – Dibina untuk pengguna milenium dengan kesedaran internet yang mementingkan harga tetapi tidak ingin berkompromi, Honor 6X ialah gajet bajet berteknologi yang paling sesuai buat mereka. Merangkumi moto "double or nothing" (berganda atau tiada) yang sangat penting bagi pengguna milenium, Honor 6X memecah pasaran baharu di CES 2017 dengan kamera belakang dwi-kanta premium, jangka hayat bateri yang panjang dan prestasi yang kukuh.

Honor 6X - Double or Nothing
Honor 6X - Double or Nothing

Direka untuk menawarkan pengalaman internet yang hebat kepada pengguna muda dan berani di serata dunia, Honor 6X ialah peranti yang berkuasa tinggi dan versatil dari semua segi yang memuatkan ciri-ciri dengan kualiti terbaik. Ia memperkasa pengguna milenium untuk menjelajah dunia, memupuk bakat seni terpendam dan menikmati dunia muzik, permainan dan filem.

"Bersesuaian dengan pengguna yang tidak rela menggunakan peranti kurang berprestasi, Honor 6X ialah peranti yang dibina dengan kecemerlangan yang tiada kompromi," kata George Zhao, presiden Honor. "Memahami gaya hidup pengguna milenia yang bersandarkan 'double or nothing', kami mereka cipta Honor 6X dengan kekuatan yang mencukupi untuk membolehkan mereka berkongsi, menjelajah dan menikmati kehidupan sepenuhnya."

Dilengkapi paparan HD penuh (1920*1080p) 5.5-inci yang besar, reka bentuk ergonomik Honor 6X menonjolkan bingkai logam nipis sepenuhnya (8.2mm tebal) dengan kaca 2.5D di hadapan dan panel melengkung di belakang.

Kamera dwi-kanta berkuasa tinggi

Honor 6X menampilkan kamera belakang dwi-kanta inovatif yang menawarkan jarak bukaan yang luas (F/0.95-F/16) sekali gus memberikan latitud yang diperlukan untuk mencungkil potensi kreatif anda. Kamera utama 12MP bertanggungjawab dalam gubahan imej manakala kamera 2MP memberikan maklumat latarbelakang yang mendalam justeru menghasilkan gambar-gambar cantik yang jelas dan tepat. Digabungkan dengan kamera bukaan luas (F/0.95), Honor 6X boleh menghasilkan latarbelakang yang kabur untuk menonjolkan subjek anda. Ciri ini, digandingkan dengan 1.25um saiz piksel, membolehkan Honor 6X mengambil gambar berkualiti walaupun dalam persekitaran rendah cahaya. Honor 6X menggunakan teknologi Fokus Auto Pengesanan Fasa (Phase Detection Auto Focus) yang membolehkan kamera memfokus dengan kelajuan 0.3 saat.

Prestasi yang kukuh

Berbekalkan kuasa oleh Kirin 655 yang mempunyai senibina teras-octa, Honor 6X dibina untuk memberikan pengguna pengalaman bebas gangguan. Kirin 655 memuatkan empat teras dengan kelajuan 2.1GHz dan empat lagi teras berkelajuan 1.7GHz. Dengan sokongan RAM[1] 3GB/4GB dan pemproses bersama i5 yang berkuasa tinggi, Honor 6X membolehkan anda bermain berterusan, mencari dan mendengar muzik atau mengendalikan pelbagai aplikasi serentak. Untuk menambahkan ketangkasan peranti ini, Honor 6X mempunyai ciri Sistem Fail Pintar Honor yang mempertingkatkan sistem EXT4 Android, menghalang pemecahan fail dan menambahkan prestasi jangka hayat Honor 6X.[2]

Jangka hayat bateri yang epik

Menggunakan bateri 3340 mAh berkuasa tinggi, Honor 6X menawarkan jangka hayat bateri yang luar biasa. Honor 6X menggunakan CPU 16 nm dan teknologi jimat tenaga yang membolehkan peranti ini mengurangkan kadar pengunaan tenaga. Honor 6X boleh digunakan selama 2.15 hari untuk kegunaan biasa dan 1.54 hari untuk kegunaan berat dengan sekali cas penuh. Dengan sekali cas penuh, Honor 6X membolehkan anda menikmati 11.5 jam video, 70 jam muzik atau sehingga 8 jam bermain permainan dalam telefon.[3] Honor 6X disokong oleh teknologi pengecasan 5V/2A optimum proprietari, menjadikan peranti ini sangat sesuai sebagai teman pengguna milenium.

Honor 6X didatangkan dalam tiga pilihan warna – emas, perak dan kelabu. Peranti jenis 3GB dipasarkan dan boleh dibeli mulai 4 Januari di pasaran terpilih termasuklah, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Belanda, Rusia, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi dengan pasaran lain menyusul kemudian.

Pasaran[4]

Cadangan Harga Runcit bagi jenis 3GB

Tarikh pemasaran

Saluran pembelian[5]

A.S.

USD 249.99

4 Januari (Tempahan awal)

15 Januari (Dijual)

Hihonor.com/us, Amazon.com, BestBuy.com, Newegg.com

 

Eropah (UK, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Belanda dll.)

EUR 249

4 Januari

Vmall.eu, Amazon.com

Nota pada jadual:

Jenis peranti 4GB akan dipasarkan pada suku pertama 2017 di pasaran terpilih. Cadangan harga runcit bagi peranti 4GB masing-masing ialah USD 299.99 dan EUR 299.

Latar belakang Honor

Honor ialah telefon pintar e-brand utama di bawah Huawei Group. Selari dengan slogan mereka, "For the Brave" (Untuk yang Berani), jenama ini dicipta untuk memenuhi keperluan pengguna natif digital melalui produk optimum internet yang menawarkan pengalaman hebat kepada pengguna, memberi inspirasi untuk bertindak, memupuk kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Menerusi tindakannya, Honor menyerlahkan diri dengan mempamerkan keberanian untuk melakukan perniagaan dengan cara berbeza dan mengambil langkah yang diperlukan untuk membawakan teknologi dan inovasi terkini kepada para pelanggannya.

[1] RAM dan saiz memori mungkin berbeza mengikut negara, bergantung kepada model yang ada dijual. Sila semak laman web tempatan untuk maklumat
[2] RAM dan saiz memori sebenar mungkin berbeza mengikut versi dan model yang berbeza di negara berbeza.
[3] Data berdasarkan ujian makmal Honor. Jangka hayat bateri mungkin berbeza mengikut corak penggunaan dan keadaan rangkaian.
[4] Pasaran termasuk tetapi tidak terhad kepada Amerika Syarikat dan Eropah.
[5] Saluran pembelian termasuk tetapi tidak terhad kepada yang disenaraikan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170103/0861614275

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Wireless Communications New products/services Trade show news