omniture

Bahrain Petroleum Company Teraju Sektor Minyak & Gas MENA dengan Rangkaian Fabrik Avaya yang Pertama

AVAYA
2017-01-05 09:00 683

MANAMA, Bahrain, 5 Januari 2017 /PRNewswire/ --

Bahrain Petroleum Company (Bapco), syarikat minyak nasional Bahrain telah memilih teknologi Avaya untuk mengubah infrastruktur rangkaian mereka. Selaras dengan objektif perniagaan mereka iaitu penjenamaan semula dan transformasi digital, Bapco akan menggunakan teknologi Fabrik (kerangka) Avaya generasi akan datang untuk menguasakan rangkaian korporatnya di seluruh lokasi di Bahrain, seterusnya membolehkan syarikat menambah perkhidmatan dan peranti secara selamat dan lancar dalam era Internet Komunikasi Benda (IoT).

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/453208/Avaya_Fabric_Network.jpg )

Merupakan syarikat pertama yang menjumpai minyak di semenanjung Arab pada tahun 1932, Bapco bakal menjadi syarikat pertama dalam sektor minyak dan gas rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) yang melancarkan penyelesaian rangkaian Fabrik Avaya generasi akan datang. Teknologi yang dipilih ini bakal memberikan Bapco infrastruktur yang boleh bertahan di masa hadapan, menyediakan kemudahan dan keandalan dalam melancarkan servis baharu apabila diperlukan. Dengan titik sentuh konfigurasi yang minimum, teknologi ini mengurangkan kadar kesilapan yang disebabkan oleh manusia dan menjamin kebingkasan yang diperlukan untuk mengelakkan bocoran kuasa dan perkara yang memberi kesan terhadap proses perniagaan.

Rangkaian infrastruktur baharu ini akan menyediakan hubungan kepada pelbagai perkhidmatan termasuklah suara, data, CCTV, video, paparan iklan digital dan lain-lain lagi. Teknologi yang dipilih ini membolehkan Bapco mendapat faedah daripada trend terkini seperti awan, mobiliti dan IoT dengan selamat dan terkawal. Dengan membolehkan Bapco mencipta segmen-segmen hiper yang senyap dalam rangkaian mereka, Avaya dapat menyediakan keanjalan untuk melindungi 'perimeter setiap pelosok', memberikan rangkaian  bersegmen dari hujung ke hujung. Peranti dan perkhidmatan boleh disediakan dengan cepat dan mudah, lalu mengurangkan tempoh ia masuk ke dalam pasaran.

Bapco meneraju dalam sektor minyak dan gas di rantaunya dan juga merupakan penyumbang penting Bahrain moden. Bapco juga bertanggungjawab terhadap sebahagian besar aktiviti yang melibatkan tenaga di rantaunya. Dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Bahrain, aktiviti Bapco termasuklah penapisan, penyimpanan, pengeluaran, pemasaran, latihan dan pembangunan, dan inisiatif alam sekitar dalam negara.

Petikan

"Bapco tidak pernah duduk diam dan kami sentiasa mencari cara untuk menggunakan teknologi bagi meluaskan tampuk pimpinan kami dalam sektor minyak dan gas. Kami memerlukan rangkaian infrastruktur yang boleh memenuhi keperluan harian dan membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang diperlukan pada masa hadapan. Teknologi canggih Avaya memberikan kebingkasan, kebolehskalaan dan keselamatan untuk memastikan tiada kesan terhadap proses perniagaan di samping memudahkan peruntukan bagi perkhidmatan baharu apabila diperlukan".

En. Daij Khalifa, Pengurus – Teknologi Maklumat, Bapco

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.avaya.com

Sumber: AVAYA

Source: AVAYA
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Oil/Energy