omniture

Legrand di CES 2017: Dinamik Program Eliot Tingkatkan Momentum, Legrand Pamer Inovasi Terhubung Terkini

Legrand
2017-01-05 15:00 721

LIMOGES, Perancis, 5 Januari 2017 /PRNewswire/ --

Bagi tahun ketiga berturut-turut, Legrand, selaku pakar global bagi prasarana bangunan elektrik dan digital, akan mengambil bahagian dalam Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas mulai 5 hingga 8 Januari 2017. Bagi menunjukkan peningkatan penggunaan program Eliot miliknya, Legrand memperkenalkan penyelesaian kawalan kediaman terhubung baharu, Céliane with Netatmo, sistem kemasukan pintu terhubung baharu, Classe 300, serta sistem Pengurusan Lampu Digital, penyelesaian pengurusan lampu profesional yang terhubung. Tumpuan terhadap program Eliot ini ditekankan lebih lanjut dengan memberi fokus terhadap perkongsian Legrand. Hasil daripada pelancaran Eliot yang dibuat di AS baru-baru ini, penyertaan Legrand dalam CES 2017 membuktikan elemen dinamik terhadap inovasi yang dibangunkan oleh Legrand berkaitan Internet Komunikasi Benda serta konsep saling boleh kendali.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/8011051-legrand-ces-2017-eliot-program-dynamic  

"Kehadiran kami di CES 2017 memperlihatkan impian global kami terhadap pasaran bangunan pintar," kata Gilles Schnepp, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Legrand. "Strategi kami melibatkan usaha membangunkan penyelesaian terhubung yang bersifat inovatif, menyediakan prasarana yang sesuai, dan menggalakkan konsep saling boleh kendali menerusi perkongsian agar dapat memenuhi segala keperluan."

Program Eliot dilancar di CES 2017 ̶ produk dan penyelesaian terhubung untuk pengalaman pengguna dipertingkat yang berterusan

Memandangkan peranti terhubung merupakan salah satu daripada tiga elemen penting dalam program Eliot, Legrand memutuskan untuk mempamerkan produk-produk khusus untuk kediaman terhubung. Pelbagai pilihan suis dan soket terhubung Céliane with Netatmo memperlihatkan usaha Legrand untuk menginovasi dan mempopularkan kediaman pintar. Rangkaian baharu ini memudahkan proses memasang lampu terhubung, penggelek penutup bidai atau termostat, dan mengawal produk-produk ini sama ada secara setempat atau pada jarak jauh, menggunakan suis atau telefon pintar, atau hanya melalui arahan suara.

Di gerai pamerannya, Legrand turut mempamerkan sistem kemasukan pintu terhubung baharu, Classe 300, yang terbukti amat berjaya sejak dilancarkan di Eropah pada Oktober 2016 yang lalu. Ia membolehkan pengguna bertindak (melihat, bertutur, memberi akses) pada bila-bila masa, daripada tablet mahupun telefon pintar, melalui aplikasi Door Entry yang boleh dimuat turun secara percuma, tanpa memerlukan sebarang langganan.

Khusus buat pasaran Amerika, Legrand juga turut mempromosikan penyelesaian terhubung DLM (Pengurusan Lampu Digital) untuk pengurusan lampu profesional di bangunan-bangunan sektor komersial seperti gedung-gedung.

Inovasi dengan sokongan prasarana elektrik dan digital yang lebih boleh diskala, teguh dan selamat

Agar peranti terhubung dapat berkomunikasi, ia memerlukan bukan sekadar rangkaian berprestasi tinggi, tetapi juga infrastruktur dalam sesebuah bangunan yang membolehkannya terhubung dengan rangkaian ini. Ini merupakan asas kedua bagi program Eliot. Legrand turut meningkatkan infrastrukturnya menerusi sentuhan Awan dengan membawakan kesemua rangkaian produknya di bawah Legrand Cloud tunggal serta melancarkan API miliknya sendiri.

Perkongsian dan Saling Boleh Kendali: elemen utama strategi IoT Legrand

Asas ketiga program Eliot, konsep saling boleh kendali ialah elemen utama pendekatan Legrand. Memandangkan elemen ini merupakan prasyarat penting untuk pembangunan peranti terhubung, Legrand bertindak melalui pelbagai cara demi membantu menetapkan standard berhubung hal ini. Perkara yang menjadi keutamaan ialah kemampuan menggalakkan penggunaan bentuk bahasa komunikasi terbuka, yang mampu bersepadu dengan sistem pihak ketiga dan berkongsi data. Inilah sebabnya Legrand meletakkan kedudukannya sebagai penjana perkhidmatan pihak ketiga, dengan menyediakan pemasangan elektrik yang andal serta tahan lama yang penting bagi membolehkan perkhidmatan lain disampaikan kepada pengguna. Legrand merupakan sebahagian daripada beberapa perkongsian bersama rakan-rakan kerjasama seperti The French IOT, Zigbee Alliance, Thread Group atau la Poste.

Legrand di CES 

Legrand : Ekspo Sands, Dewan A-D: reruai nb 43900 / Legrand & Netatmo : Ekspo Sands, Dewan A-D: reruai nb 43700 

Latar Belakang Legrand

http://www.legrand.com

Latar Belakang Eliot 

http://www.legrand.com/EN/eliot-program_13238.html

Video: http://www.multivu.com/players/uk/8011051-legrand-ces-2017-eliot-program-dynamic

Source: Legrand
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology New products/services Trade show news