omniture

Carousell Peroleh Duriana untuk Kukuhkan Kepimpinan di Malaysia, Perkukuh Kedudukan sebagai Pasaran Iklan Mudah Alih Terbesar di APAC

Pemerolehan lebih 600,000 pengguna juga memacu kedudukan Carousell mendahului yang lain di Filipina
Carousell
2017-01-05 21:31 555

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Carousell memperoleh Duriana, syarikat baharu iklan mudah alih yang berpangkalan di Malaysia untuk menjadi syarikat iklan mudah alih paling hebat di negara ini. Perjanjian ini juga memberi peningkatan besar kepada Carousell di Filipina, tempat di mana Duriana telah membina kedudukan yang dihormati dan meletakkan Carousell sebagai pasaran iklan mudah alih terbesar dan terpesat di APAC.

Duriana merupakan pengambilalihan ketiga Carousell dalam tempoh kurang dari enam bulan. Ini menunjukkan keazaman tingginya untuk menjadi pasaran iklan mudah alih pertama di dunia. Sejak pelancaran pada Ogos 2012, Carousell telah berkembang ke 19 bandar utama di 7 negara, termasuklah pelancaran terbaru di Hong Kong, Filipina dan Australia. Perjanjian ini akan menambah lebih 600,000 pengguna Duriana ke platform Carousell, justeru meningkatkan pasaran iklan global mereka yang sekarang mempunyai lebih 57 juta senaraian dan lebih 23 juta barangan dijual pada Suku ke-4 2016.

Sejak pelancaran Carousell di Malaysia pada Disember 2014 dan di Filipina pada Oktober 2016, pasaran iklan telah berkembang pesat dengan hampir 2 juta barangan dijual di Malaysia pada Suku ke-4 2016 dan hampir berganda dalam tempoh sesuku tahun itu. Di Filipina, Carousell telah menikmati pertumbuhan yang teguh dengan lebih 80% pertambahan transaksi berbanding Suku sebelumnya dari Suku ke-3 2016.

"Pasaran iklan menawarkan pengguna lebih nilai apabila terdapat komuniti pembeli dan penjual yang besar, dan bersemangat dan bertenaga di platform ini. Kami lihat pengguna Duriana mempunyai demografik dan minat yang hampir sama dalam pembelian dan penjualan barangan fesyen, gajet dan barangan elektronik, serta perabot rumah. Dengan membawa pengguna Duriana ke dalam platform Carousell, kami membantu lebih ramai orang membeli dan menjual barangan terpakai mereka dengan cepat dan mudah. Matlamat kami ialah untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global kami untuk memenuhi kehidupan mereka dengan barangan yang lebih bermakna," kongsi Quek Siu Rui, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carousell. 

"Pengambilalihan ini mempercepat pertumbuhan antarabangsa, dan juga mengukuhkan kedudukan kami sebagai pasaran iklan mudah alih yang terbesar di Malaysia dengan lebih 5 juta senaraian. Ia juga dipacu oleh perkembangan kukuh kami di Filipina, pasaran terpesat kami yang mempunyai senarai melebihi setengah juta, dan meletakkan Carousell sebagai peneraju industri iklan mudah alih di Filipina dalam masa hanya empat bulan selepas pelancaran rasmi kami ke dalam pasaran."

Pengguna Duriana akan bergabung dengan pasaran Carousell dan mereka boleh terus membeli dan menjual barangan dalam talian sebagai sebahagian daripada komuniti global yang lebih besar.

"Tiga tahun bersama Duriana sangat mengujakan dan kami bangga dapat membawa syarikat ke tahap ini. Selepas pengambilalihan, kami tidak sabar untuk mengejar cabaran baharu." kata Saeed Gouda, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Duriana. "Carousell menggegarkan ruangan iklan mudah alih dan kami yakin mengguna Duriana akan seronok membeli, menjual dan berhubung sebagai sebahagian daripada komuniti Carousell yang bertenaga."

Bahan tambahan yang terdapat dalam kit media

Latar Belakang Carousell

Carousell ialah pasaran iklan mudah alih yang menjadikan aktiviti menjual barangan semudah mengambil foto dan membeli barangan semudah perbualan. Dilancarkan pada Ogos 2012, Carousell yang bermula di Singapura telah berkembang ke 19 bandar serata dunia. Dengan lebih daripada 57 juta senaraian, kami merupakan salah satu pasaran dunia yang terbesar dan yang terpesat berkembang. Carousell disenaraikan sebagai yang terbaik bagi aplikasi Gaya Hidup dan Beli Belah di Singapura, Taiwan, Hong Kong dan disokong oleh peneraju antarabangsa Venture Capitalists Sequoia India, Rakuten Ventures, 500 Startups, Golden Gate Ventures dan QuestVC. Di Malaysia, Carousell memiliki berbagai jenis produk dalam 28 kategori termasuklah, fesyen & kecantikan, gaya hidup, gajet dan fesyen muslimah. Muat turun aplikasi untuk iOS atau Android dan kunjungi https://my.carousell.com/ untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang Duriana

Duriana ialah salah satu pasaran fesyen dan gaya hidup mudah alih dahulu yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan lebih 600,000 pengguna di Malaysia dan Filipina. Diasaskan pada Oktober 2013, Duriana telah mendapat dana daripada pelabur seperti Alps Venture dan BEENOS.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Rantau untuk Carousell

Tania Wee / Daisy Sidhu

E: carousell@rantaupr.com.my

P: 03-7055 7269

M: 012-791 1226/ 012-233 8953

Carousell Pte Ltd

Pasukan Komunikasi

Jodie Nei / Emerald Loh

press@carousell.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170104/8521700043LOGO

Source: Carousell
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion