omniture

Dapatkan Previu Awal Telefon Pintar BlackBerry Papan Kekunci Baharu di CES

Ciri-ciri BlackBerry baharu berdasarkan keselamatan, produktiviti dan keutuhan
TCL Communication Technology Holdings Limited
2017-01-06 12:41 848

LAS VEGAS, 6 Januari 2017 /PRNewswire/ -- TCL Communication Technology Holdings Ltd. ("TCL Communication") hari ini menawarkan pandang pertama telefon pintar papan kekunci premium BlackBerry terbaharunya di Pameran Elektronik Pengguna (CES). Ia merupakan produk pertama ke arah perjanjian pelesenan jangka panjangnya dengan BlackBerry merangkumi jenama dan perisian keselamatan.

New Keyboard BlackBerry Smartphone
New Keyboard BlackBerry Smartphone

 

Telefon pintar BlackBerry baharu ini direka dengan tiga ciri utama: keselamatan, produktiviti dan keutuhan. Ia menggunakan keselamatan mudah alih dan kepakaran perisian yang tiada tandingan bagi menawarkan keselamatan paling lengkap yang sedia ada bagi sebuah telefon pintar Android. Papan kekunci BlackBerry yang tersendiri dan pelbagai aplikasi, seperti Hub+, membolehkan produktivitinya untuk perniagaan dan pengguna profesional. Dengan kecemerlangan rekaan perkakasannya, ia memiliki ketahanan sebenar.

"Di TCL Communication, kami komited dalam menghasilkan produk Blackberry terbaik untuk pengguna dan pengguna perusahaan," kata Nicholas Zibell, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Communication.

Walaupun nama telefon pintar baharu BlackBerry dan butiran akhirnya akan didedahkan secara rasmi di Kongres Dunia Mudah Alih 2017 di Barcelona bulan hadapan (sila hubungi GlobalPR@tcl.com untuk menempah taklimat amali), En. Zibell menjelaskan visinya ke arah pelaburan jangka panjang dalam portfolio produk berjenama BlackBerry di CES. "Bersama-sama dengan platform perisian telefon pintar BlackBerry, perkongsian ini akan mencipta produk Android yang paling selamat."

BlackBerry baharu, boleh didapati pada awal tahun 2017, menawarkan ciri-ciri ulung premium termasuk:

Papan kekunci: Papan kekunci pintar paling maju di dunia sehingga kini; peka sentuhan dengan fungsi ramalan taipan yang disesuaikan dengan gaya penulisan dan keutamaan bahasa anda

Taktiliti: Kekunci yang digilap sehingga berkilat menyerupai kemasan kaca paparan, memberikan konsisten, rupa yang digilap di seluruh bahagian hadapan peranti

Keselamatan: Keselamatan peranti terbina dalam dari mula menggunakan perisian keselamatan BlackBerry yang dipercayai yang telah dikemas kini dalam masa nyata bagi memastikan perlindungan terbaik untuk data korporat dan peribadi anda

Android: Android 100% untuk akses ke semua aplikasi dan data anda serta keseluruhan ekosistem Android dan kemas kini OS

TCL Communication, pengeluar telefon bimbit keempat terbesar di Amerika Utara dan 10 teratas dalam peringkat global menurut IDC, sedang meluaskan landskap persaingan telefon pintar premium dengan pilihan ketiga bagi perusahaan dan pengguna. Syarikat ini memiliki rekod prestasi yang terbukti menerajui trend utama (MBB, IoT, keselamatan, VR), rangkaian bekalan, Peranti Pintar, dan portfolio jenama adunan.

Latar Belakang TCL Communication

TCL Communication Technology Holdings Limited mereka, mengilang dan memasar portfolio yang sedang berkembang bagi produk mudah alih dan internet serta perkhidmatan seluruh dunia di bawah tiga jenama utama – TCL, Alcatel dan BlackBerry. Portfolio produk syarikat ini kini dijual di lebih 160 negara di seluruh Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Menurut firma kajian telekomunikasi, IDC dan data syarikat, syarikat ini menduduki tangga ke-7 dan ke-10 dalam kalangan pengilang telefon global dan pengilang telefon pintar global masing-masing pada suku ketiga tahun 2016. Syarikat ini juga menduduki tangga ke-7 dalam kalangan pengilang tablet global. 

Beribu pejabat di Hong Kong, TCL Communication (Kod saham HKSE: 2618) mengendalikan kilang pembuatannya yang berkecekapan tinggi di Huizhou, China serta 9 pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia. Syarikat ini menggaji kira-kira 13,000 kakitangan di serata dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tclcom.com

TCL merupakan tanda dagangan berdaftar TCL Corporation. Semua tanda dagangan adalah hak milik pemiliknya masing-masing. Alcatel ialah tanda dagangan Alcatel-Lucent yang digunakan di bawah lesen TCL Communication.

BlackBerry dan tanda dagangan, nama dan logo berkaitan merupakan hak milik BlackBerry Limited dan didaftarkan dan/atau digunakan di A.S dan negara lain di serata dunia. Semua tanda lain merupakan hak milik pemiliknya masing-masing. BlackBerry tidak bertanggungjawab ke atas sebarang produk dan perkhidmatan pihak ketiga.

Hubungi:

Linna Yi
+86-186-8882-1783
GlobalPR@tcl.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170104/8521700053
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170104/8521700053LOGO 

Source: TCL Communication Technology Holdings Limited
Related Stocks:
HongKong:2618
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news