omniture

S6 Dron Poket 4K Cnlight.Wingsland Diperkenal di CES2017

S6 Black diperkenal di CES2017
Wingsland Technology
2017-01-09 14:28 576

LAS VEGAS, 9 Januari, 2017 /PRNewswire/ -- CES 2017 berlangsung di Las Vegas seperti yang dijadualkan, dan mengambil kesempatan atas platfom yang terkenal ini, Cnlight.Wingsland melancarkan S6 Black, selepas lima warna terdahulu, perak logam, kuning lemon, oren, kamoflaj dan hijau darah.

Amat padat dan mudah alih

Saiz dilipat 138 * 79 * 32.6 mm, berat termasuk bateri hanya 250, hanya masukkan ia ke dalam poket jika diperlukan.

Pelbagai tambahan, keseronokan tidak berpenghujung

Wingsland S6 boleh dilengkapi dengan penambahan yang lucu seperti paparan Emoji, Cannon dan Searchlight, yang menjadikan dron bertambah pintar dan lebih rekreasi.

Kamera 4K HD

Kamera 4K Ultra-HD dengan EIS, Wingsland S6 boleh merakam setiap butiran dengan jelas, sama ada gambar mahupun video.

Operasi pintar

Dengan APP yang disesuaikan, ia boleh dikawal melalui pelbagai cara seperti kayu bidik Maya, sensor Graviti, kawalan Suara. Digabungkan dengan sistem berbilang kedudukan, GPS Dual, Inframerah, aliran Optik dan lain-lain, Wingsland S6 boleh terbang dengan stabil walaupun di dalam ruang bilik.

Fungsi sosial, perkongsian masa sebenar

Selepas merakam, anda boleh menyunting gambar atau video dan berkongsi di media-media sosial seperti Facebook, Twitter pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Kegunaan yang pelbagai

Mengembara, aktiviti santai, sukan luar, sukan ekstrim, jamuan keluarga, di mana sahaja anda mahukan.

S6 dijual pada harga $399 di A.S. dan telah sedia untuk dijual ke seluruh dunia.

S6 mulakan era baharu bagi dron pengguna

Buat masa ini, DJI Phantom 4, ZeroTech Dobby ialah dron pengguna paling popular dalam industri. Namun jika dibandingkan dengan Wingsland S6, analisis mereka terhadap keperluan pelanggan agak kurang tepat dan mempunyai jurang antara pembangunan fungsi dan pertimbangan masa depan.

Seorang pakar industri menganalisa dan berkata: "Di zaman baharu ini bila mana penghantaran tahunan kamera sukan hampir mencecah 10 milion unit, ciri-ciri baru pada Wingsland S6 seperti mudah alih, hiburan dan kebolehkembangan akan melengkapkan pembangunan dan perkembangan baharu jenama ini di industri dron pengguna."

 Dengan penampilan Wingsland S6, trend fesyen yang baharu akan bermula, dron mudah alih dan bersaiz poket dengan kepintaran yang boleh ditambah akan memulakan hit terbaharu di pasaran. Wingsland S6 memenuhi keseluruhan keperluan pelanggan yang pelbagai bagi fungsi-fungsi dron, penggunaan dalam lebih banyak acara dan dengan lebih interaksi. Wingsland S6 menerajui dan melonjakkan pembangunan trend industri ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Wingsland: http://wingslandtech.com

HUBUNGI: +86-18117410805

 

 

Source: Wingsland Technology
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services Trade show news