omniture

Informatica Lancar Program Pembantu Rencam Rakan Kongsi Asia Pasifik

G-ABLE sokong pendekatan baharu pertingkat kecekapan prestasi, memacu inovasi dan mendorong kejayaan masa depan
Informatica
2017-01-10 10:00 547

SINGAPURA, 10 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Informatica®, penyedia penyelesaian pengurusan data Nombor 1 di dunia, secara rasminya mengumumkan Program Pembantu Rencam Rakan Kongsi Asia Pasifik bersama rakan kongsi pertama yang menyokong pendekatan baharu ini.

Program Pembantu Rencam Rakan Kongsi dilaksanakan di Asia Pasifik sebagai satu kaedah untuk mendorong kejayaan pantas di rantau ini. Di beberapa negara, rakan-rakan kongsi merupakan satu-satunya wakil Informatica oleh yang demikian, wujud satu keperluan genting untuk menyokong mereka sebagai lanjutan daripada organisasi jualan, dan bukannya sebagai pasukan berasingan.

"Kami dengan sengaja berundur daripada membangunkan satu lagi portal – naluri kami inginkan interaksi sesama manusia demi memudahkan masalah yang rumit. Hasil terbaik timbul setelah sesi perbincangan kritikal bersama rakan-rakan kongsi. Kami melihat terdapatnya peluang untuk membangunkan model perkhidmatan pembantu rencam yang berfungsi sama seperti pekerja rencam hotel yang akan mengurus keperluan yang kompleks demi memudahkan permintaan tetamu hotel sepantas dan secekap yang boleh," kata Murray Sargant, naib presiden kanan, Informatica Asia Pasifik & Jepun.

"Kami mempersiapkan rakan-rakan kongsi utama kami yang bersaiz kecil dan besar, untuk menjadi penjana jualan yang berjaya, dan bukan sekadar menjadi cabang pelaksanaan teknikal untuk Informatica. Rakan-rakan kongsi akan memainkan peranan penting dalam memudahkan urusan perluasan dan capaian syarikat. Menerusi program ini, kami menyasarkan untuk memacu 60 peratus hasil untuk rantau ini daripada Saluran tersebut," kata Sargant.

Pasukan Program Pembantu Rencam Rakan Kongsi mengadakan bengkel untuk melatih rakan-rakan kongsi dalam semua aspek penyelesaian Informatica, termasuk penstrukturan perjanjian, penyampaian maklumat tawaran nilai utama, demonstrasi teknikal dan bengkel jualan. Rakan-rakan kongsi yang telah selesai menjalani latihan ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada hab pengetahuan untuk mengembangkan program tersebut.

Program tersebut dilancar melalui program rintis di ASEAN pada bulan Oktober, dan bengkel pertama telahpun dijalankan di Thailand. Maklum balas awal daripada rakan-rakan kongsi adalah amat positif.

"Program Pembantu Rencam Rakan Kongsi membolehkan G-ABLE mendorong penyelesaian bernilai tinggi untuk pelanggan menerusi kolaborasi erat bersama Informatica. Kami dapat membantu pelanggan meningkatkan kecekapan prestasi, selain memberikan hasil inovasi dan mengubah kejayaan masa depan. Penyelesaian kami, digabungkan dengan kepakaran Informatica, dapat membantu pelanggan menambah baik kecekapan operasi, mengurangkan kos dan meningkatkan kelebihan daya saing," kata Suthep Oonmettachit, ketua pegawai komersial G-ABLE.

"Salah satu faedah dan pembeza utama yang telah kami lihat daripada program rintis ini ialah rakan-rakan kongsi boleh menuju ke satu lokasi untuk mendapatkan maklumat bagi memberi respons terhadap keperluan pelanggan. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan rakan kongsi kami dan mewujudkan capaian dan hasil yang lebih hebat. Kita dapat memberi penyelesaian bersama yang lebih baik dengan memahami kelebihan setiap rakan kongsi agar dapat mewujudkan pelan tindakan yang lebih cekap dan berkesan," kata Sudershan Krishnaswamy, pengurus saluran & kerjasama, Informatica ASEAN.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelancaran itu, sila kunjungi: https://www.informatica.com/sg/about-us/news/news-releases/2017/01/20170110-informatica-launches-partner-concierge-program-in-asia-pacific.html

Latar Belakang Informatica

Informatica ialah sebuah syarikat yang fokus sepenuhnya terhadap data, memandangkan dunia masa kini beroperasi menggunakan data. Organisasi-organisasi memerlukan penyelesaian perniagaan berkaitan data untuk perkhidmatan awan, data besar, masa sebenar dan juga penstriman. Informatica ialah penyedia penyelesaian pengurusan data No. 1 di dunia untuk perkhidmatan awan, di premis atau dalam persekitaran hibrid. Lebih 7,000 organisasi di serata dunia memilih Informatica bagi mendapatkan penyelesaian data yang dapat memajukan perniagaan mereka. Sebarang maklumat lanjut, hubungi +1-650-385-5000 (1-800-653-3871 di A.S.), atau layari www.informatica.com. Anda boleh berhubung dengan Informatica melalui https://linkedin.com/company/informaticahttps://twitter.com/Informatica dan https://facebook.com/InformaticaLLC.

Latar Belakang G-ABLE Group

G-ABLE Group ialah penyedia perkhidmatan IT profesional di Thailand. Kami menyediakan perkhidmatan kami untuk organisasi-organisai besar daripada sektor awam dan swasta, menumpu kepada syarikat-syarikat telekomunikasi, sektor industri, perniagaan kewangan, tenaga serta institusi-institusi pendidikan.

Nota: Informatica ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Informatica di Amerika Syarikat dan dalam bidang kuasa di seluruh dunia. Semua nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan nama dagangan atau tanda dagangan pemilik masing-masing.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170103/8521608435LOGO

Source: Informatica
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services